Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah.

Oleh Anna Ramli

Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah.

  1. 1.

    Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas. Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.

  2. 2.

    Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak. Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju! Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!

  3. 3.

    Makan berkalsium tinggi Cubalah makan makanan berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi. Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran. Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.

  4. 4.

    Kurangkan berat badan Kalau anda perlu kurangkan berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan makanan yang seimbang.

  5. 5.

    Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu, gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

  6. 6.

    Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)

  7. 7.

    Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.

  8. 8.

    Mayonis lebih, please? What? Ada di kalangan anda fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng!

  9. 9.

    Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi, apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut bijirin penuh!

  10. 10.

    Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi, makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.

Anna

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

View all posts
  • izwan

    Pastikan susu yang anda minum rendah lemak, terutamanya kalau anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Susu yang berperisa coklat, strawberi, vanila dll juga mempunyai kalori extra berbanding dengan susu lemak rendah yang biasa. ;)

  • Haris Azman

    Just wana share about my experience being in Europe where you can easily get milk with cheaper price. Once I came back, my face seems to be even more chubby than I was. One of my friend told me that was the effect of the lactose which I thought eating cereal with milk would be ideal way to lose weight(plus it’s difficult to get kosher food in my place). Is that true?

  • leanmuscle88

    Semasa saya sekolah menenggah dulu saya agak chubby, makan ikut suka, dan selalu skip breakfast. Kesannya saya tidak dapat menumpukan perhatian di sekolah dan saya juga tidak gemar dan jarang makan di wktu rehat. Memang sarapn adalah penting utk tenaga, focus, dan berfikir.Bila dah mkn br la kepala tk fkr lapar or makn dah.

    Apabila saya menyambung pelajaran ke peringkat diploma in business studies di ipta, saya muka aktif dlm fitness and bodybuilding.Jadi Breakfast adalah satu benda yang wajib bg saya. Saya juga mula lihat perubahan dalam pembelajaran saya apabila saya makan sarapan setiap pagi sebelum ke kelas.Lebih focus,bersedia dan bertenaga walhal kawan2 yg lain kebanyakannya mengantuk. Disebab kan gaya hidup saya itu lah saya akhirnya berjaya mendapat anugerah naib cancelor dan anugerah dekan sebayak 6 semester berturut2. Untuk pengetahuan anda semua, saya lah satu2 nya pelajar lelaki yg mendapat gelaran tersebut dalam batch saya.

    Jadi kepada anda semua, jagn sesekali miss breakfast ok sbb ianya sgt penting utk kehidupan seharian kita. Visit my log at below.Fitness and bodybuilding has been my major interest
    Get Your Lean Muscle Mass Program For as low as RM 35.Get your lean body now!! http://leanmuscle88.blogspot.com/

  • Eqa_kpa89

    nak share di blog boleh??

  • nice tips! gonna try out.even that i’m not a student anymore.hehe

  • bertukar ke susu kambing! ^^ 

  • Miera Jeehah

    saya obes start dari sekolah rendah…since i studied in egypt, i manage to lost bout 15kg but it have been a year now and i didnt lost any weight..on summer, im going back to malaysia n confirm berat naik…when i came back to egypt, its nearly winter…mcm susah nak joging bila start winter…fast food sangat la banyak kat sni..but i try to avoid them…i juz take rice once a week in small portion and avoid all oily and high calories food..it still not work out…btw, i have bought ur ebook but i didnt really understand bout the calculation of the calories intake and output…is it possible to lost weight without exercise??i hope u can give tips on that since i didnt have much time to exercises…

  • Abir Ayob

    saya nak kurus :(

  • Noor Hidayyah

    salam..sya sdg bingong lah..dpt tak buat jadual pemakanan yang seimbang..sya nak buat keja pjpk lah..