fbpx

Kejayaan Syamir Zainal: Dari Remaja Obes 120kg ke 83kg

Syamir Zainal

  • Matlamat: Kurangkan berat badan.
  • Pencapaian: Kurangkan 37kg.
  • Facebook: syamirzainal

[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Jom Kurang Berat Badan.” color_override=””]

Seperti remaja-remaja  yang lain, saya juga menghadapi masalah berat badan sejak di zaman kanak-kanak lagi. Kurangnya penjagaan makanan serta tiada latihan untuk mengurangkan berat badan menyebabkan berat saya bertambah setiap tahun.

Ketika saya berada di darjah 6, berat saya sudah pun mencecah 85 kilogram. Kesedaran untuk mengurangkan berat badan timbul ketika saya berada di tingkatan 1. Namun ‘kesedaran’ tersebut hanyalah ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Ketika Tingkatan 2.

Pernah Mencuba:

Saya pernah mencuba untuk menguruskan badan dengan langsung tidak makan. Saya pernah tidak makan selama dua hari, dan hasilnya saya dapat mengurangkan berat badan saya sekitar 2 kg. Tapi sejurus saya makan kembali seperti biasa, berat saya meningkat dengan mendadak sebanyak 3 kg. Keadaan tersebut amat menyedihkan bagi saya dan saya berputus asa.

Tingkatkan 6 (95kg). Tingkatan 5 (119.8kg)

Bagaimana Bermula:

Segalanya bermula sebelum saya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kota Tinggi pada tahun 2009. Saya masih ingat sebelum saya menyertai PLKN, saya ada menimbang berat saya. Berat saya ketika itu 119.8 kilogram, dan saya bertekad untuk mengurangkan berat badan di PLKN.

Alhamdulillah, hampir 3 bulan di sana saya berjaya menurunkan berat saya sehingga 106 kilogram. Faktor latihan yang keras di PLKN mungkin telah banyak membantu saya.

Tidak berhenti:

Sejurus keluar dari PLKN, saya mendapat sedikit motivasi dari kadar penurunan berat badan saya. Saya terus mengamalkan latihan-latihan di PLKN terutamanya berjoging. Saya mula mereka program diet saya sendiri dengan ilmu-ilmu yang saya pelajari di PLKN. Selain itu, saya juga membuka website-website kesihatan terutamanya website Encik Kevin untuk mengetahui jenis-jenis senaman dan juga jenis-jenis makanan yang menyihatkan.

Program saya:

Dalam program yang telah saya reka ini, sememangnya memerlukan masa yang lama untuk mencapai objektif saya sendiri. Saya hanya mensasarkan untuk mengurangkan 10 kilogram sahaja dalam tempoh setahun. Bagi sesetengah orang 10 kilogram setahun tidak memadai, tapi bagi saya ia sudah pun mencukupi.

Saya hanya mensasarkan untuk mengurangkan 10 kilogram sahaja dalam tempoh setahun.

Pada pendapat saya, dengan umur yang masih muda ketika itu iaitu 18 tahun (2009), sekurang-kurangnya saya akan dapat mencapai sasaran saya iaitu 75 kilogram sebelum saya berumur 26 tahun. Jika saya dapat mencapai lebih dari 10 kilogram setahun saya anggap itu sebagai bonus bagi saya.

Tahun pertama di UNISEL, Shah Alam (87kg)

Apa yang saya lakukan:

  1. Setiap pagi atau petang saya akan berjoging 20 minit-40 minit tanpa berhenti.
  2. Makan mengikut waktu iaitu 5-6 kali sehari.
  3. Mengamalkan pengambilan pemakanan yang berkhasiat.
  4. Sentiasa merujuk website Kevin Zahri untuk mendapatkan tips.
Simple bukan? Tak perlulah banyak-banyak.

Ubat/supplement:

Sekadar pandangan sahaja, saya sebenarnya langsung tidak berminat dengan ubat-ubatan atau minuman-minuman untuk kurus yang banyak dipasaran pada hari ini. Pada pandangan saya, memang benar ia membantu, tapi untuk berapa lama? Saya melihat trend ini hanya dapat membantu mereka yang bermasalah untuk dalam suatu jangka masa yang pendek sahaja. Untuk sihat sebenarnya begitu mudah, iaitu amalkan gaya hidup yang sihat.

Jadikan gaya hidup sihat ini sebagai GAYA HIDUP KITA! Letakkan matlamat utama anda untuk sihat bukan semata-mata hanya untuk kurus sahaja.

…ini hanya dapat membantu mereka yang bermasalah untuk dalam suatu jangka masa yang pendek sahaja. Untuk sihat sebenarnya begitu mudah, iaitu amalkan gaya hidup yang sihat…

Nasihat:

Nasihat saya, sebelum anda memasang impian atau bertekad untuk kurus, dapatkan info sebanyak yang mungkin. Hal ini kerana, tanpa maklumat yang betul, diet yang kita amalkan mungkin sebenarnya diet yang tidak menyihatkan. Sebagai contoh, saya sering melihat ramai kenalan saya yang ingin menguruskan badan mereka dengan sanggup tidak makan atau hanya makan sekali sehari hanya kerana memikirkan ‘kita akan gemuk kalau kita makan’. Kerana itu saya akan sedaya upaya menerangkan kepada mereka tentang keluar masuk kalori kita untuk membantu mereka.

Alhamdulillah kini berat saya sudah mencecah 83 kilogram dengan mengikut tips dari Encik Kevin. Hanya lagi 8 kilogram sebelum saya mencapai berat ideal saya. Dengan ketinggian 176cm, berat ideal saya adalah 75kg. Langkah seterusnya saya akan mendaftar di gym yang berdekatan untuk mula membentuk otot dan mendapat bentuk badan yang diidam-idam kan selama ini. Dengan usaha selain doa impian saya akan tercapai suatu hari nanti, insyaAllah.

Privacy Preference Center