Makanan berkhasiat sesuai untuk pelajar universiti
Hi, nama saya Diana & berumur 19 tahun. Saya seorang pelajar universiti di Perlis. Masalah saya ialah saya tak tahu apa makanan berkhasiat yang sesuai di makan di sana. Pelajar universiti hanya dapat makan makanan yang disediakan di dining atau kedai makan yang lain kerana kami tiada dapur untuk memasak di asrama. Kadangkala makanan yang disediakan terlalu berminyak atau tidak cukup masak. Selain daripada kes kebersihan. Pelajar univeriti juga sering makan maggi sebagai alternatif jika tiada makanan lain yang hendak dimakan. Saya dan beberapa kawan seringkali makan maggi setiap lewat malam jika kami tak boleh tidur. Jadi, saya perlukan nasihat dan panduan untuk makanan yang berkhasiat sesuai untuk pelajar universiti.

saya rasa sandiwch sardin/tuna juga enak dan berkhasiat utk dimakan
dalam usaha diet
di samping mudah disediakan
Was this answer helpful?
LikeDislikeUntuk memastikan kita mendapat makanan yang sihat kita kena disiplin dalam mengawal permakanan kita. Bak kata pepatah sarapan seperti seorang raja, makan tengahari seperti anak raja, makan malam seperti hamba.
Makanan harian kita dah cukup berkhasiat cuma kita saja yang kena pandai memilih. Elakkan makanan bergoreng dan berlemak. Dan lebihkan sayuran dan buah-buahan. Maggi diwaktu malam boleh digantikan dengan buah.
Was this answer helpful?
LikeDislikesalam lady,makanan berkhasiat yer,bagi saya cara pemakanan rasulullah sangat menarik untuk diamalkan.kurma,minyak zaitun.kita makan biarlah berpada-pada.biaselah budak u makanan ye sempoi sahaja,asal kenyang sudah.tak pnting dah kahsiat ker tak berkahasiat.tanya hati ikut panduan terjaminlah perut u.
Was this answer helpful?
LikeDislikeSalam, cik diana, cuba biasakan mengambil snek bar antara makan pagi, tgh hari dan malam spt granola bar dan sebagainya. Bijirin oats bantu melegakan perut dari rasa lapar berpanjangan. Kini sudah ada snek bara keluaran tempatan yg citarasa M’sia
Was this answer helpful?
LikeDislikeSalam cik diana. Banyak sebenarnye makanana yg sesuai. Sarapan pg jgn sesekali tgglkan kerana anda perlukan tenaga untuk belajar. Makanan yg sesuai seperti bijirin Oat. Kalau tak ade, bole digantikan dengan makan roti (perisa coklat, jagung, vanila) dan minum la air suam2 panas seperti air Milo. Cadangan En. Mohsein Shariff sgt bgs untuk membantu mengurangkan lapar sebelum makan tgh ari dan juga makan malam. Se elok2 nye, makan mlm makan pada pukul 7.30ptg ke 8.30mlm untuk mengurangkan kelaparan pada waktu lewat mlm. Elakkan makan pada lewat mlm kerana waktu mlm adalah utk perut kita berehat. kalau terasa lapar, minum la air mineral
Was this answer helpful?
LikeDislike