fbpx

Heart Rate Monitor Malaysia: Mana satu jadi pilihan saya?

Hye, bulan ini kaka dah start nak memulakan rejim senaman yang intensif untuk kaka capai matlamat kaka pada akhir bulan Januari nanti.

Terlebih dahulu, kaka bercadang hendak membeli jam Heart Rate Monitor (HRM) untuk digunakan semasa saya melakukan senaman nanti. Terdapat pelbagai jenis HRM yang dijual di negara kita. Mana satu jadi pilihan saya ya? Kaka kalau boleh mahukan HRM yang asas sahaja (bergantung kepada kemampuan) hehe..dan paling penting boleh track degupan jantung dan juga pembakaran kalori saya.

Dalam pemilihan HRM ni, kaka refer juga di artikel Coach Kevin Zahri di Panduan Membeli Heart rate Monitor di Malaysia. So far, kaka berminat hendak membeli Polar FT7.

Polar FT7 pilihan hati

Hope kaka dapat membelinya dalam waktu terdekat ni. Nanti, di dalam post yang seterusnya, kaka akan bercerita tentang kelebihan menggunakan HRM ini bagi seseorang yang melakukan aktiviti fizikal.

Privacy Preference Center