fbpx

Supplement Guide Malaysia: MRP Meal Replacement atau Protein Shake?

Interesting question dari sessi LIVE semalam. Antara penggunaan suplemen meal placement packet, MRP atau protein shake, yang mana lebih sesuai digunakan di Malaysia?

Perbezaan meal replacement dengan shake protein?

Kedua-duanya mengandungi protein (whey, soy atau gabungan lain) tapi MRP juga mengandungi karbohirat, gula, fiber, lemak dan lebih lengkap sebagai “meal replacement”.

Meal replacement Malaysia memang popular. Terutamanya hasil dari pelbagai syarikat Multi Level Marketing atau MLM. Lagi-lagi apabila dengan kos yang tinggi, margin keuntungan pun sudah tentu lebih lumayan.

Tapi kandungan lengkap itu juga jadikan kos pengambilan produk MRP lebih mahal berbanding suplemen yang “hanya” mengandungi protein. Sebagai perbandingan utama, kos 1x hidangan suplemen 100% whey protein biasanya kurang dari RM2.50 sekali makan manakala kos 1x hidangan MRP adalah dalam RM8-15.

Jadi walaupun MRP dikategorikan sebagai hidangan yang lengkap, bagi saya, dari segi economic value untuk penggunaan jangka masa berpanjangan di Malaysia, ia kurang sesuai.

Pilihan saya?

Kalau dulu semasa belajar di USA pembelian MRP dengan kos USD 1-2 memang OK dan praktikal tapi sejak tinggal di Malaysia, saya hanya melanggan produk protein shake. Protein shake yang mana? Pelbagai jemana tapi mostly yang 100% Whey Protein dalam bentuk tub 5lb. Sekali beli dapat dalam 80x hidangan dengan kos pembelian dalam RM200. Untuk melengkapkan pengambilan karbohidrat dll ia memang mudah diperolehi dari sumber makanan, minuman, buah-buahan.

Apakah pendapat anda? Now of course, tidak “wajib” consume mana-mana produk dan ia pilihan masing-masing.

Tidak salah mengguna tapi jangan diperguna.

Privacy Preference Center