Assalamualaikum..

Saya nak tanya cikgu Kevin zahri. Saya seorang wanita yang sdh berkahwin dan mempunyai anak kecil. Saya kurang fhm tentang intake calorie yg perlu saya ambil/mkn untuk keperluan tenaga saya.
Saya ada mmbuat kiraan calorie yang saya bakar/gunakan sehari lebih kurang 2850 sehari (berat saya 87kg tinggi 150cm)
Berapa kah jumlah calorie makanan yg perlu saya ambil dalam sehari untuk keperluan tenaga disamping turunkan berat badan secara sehat?
Untuk makluman cikgu saya telah menurunkan kadar calorie pemakanan kepada 1300 sehari dan badan saya lemah tidak bermaya, pening d tempat awam yg ramai, kaki menggeletar, dan tidak boleh membuat kerja seharian hanya boleh duduk dan baring. Adakah pemakanan saya terlalu drastik?
Terima kasih.