saya seorang wanita berusia 24 tahun dan mempunyai berat badan 80kg dengan ketinggian 157cm.. saya serius untuk mengurangkan berat badan, tetapi setiap kali saya mencuba dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung nasi, gastrik saya akan menyerang dan badan saya akan menggigil walaupun tidak lapar pada masa itu. saya juga mempunyai masalah sakit lutut (arthritis) yang menyebabkan saya buntu dengan latihan fizikal yang sesuai untuk saya, menyebabkan saya putus asa untuk bersenam..

saya ingin mengetahui diet terbaik untuk saya amalkan dan juga senaman yg sesuai dengan keadaan kesihatan saya sekarang.

adakah setiap diet berlainan dengan jenis darah individu? saya berdarah jenis O

terima kasih :)