Saya mempunyai berat 60kg. Saya pernah diet dengan tidak mengambil nasi dan meminum herbalife. Saya berjaya turun menjadi 57kg. Tetapi selepas itu, dan dengan pemakanan yang sama, saya sudah tidak boleh turun lagi. Dan kerana saya kecewa dan terus tidak diet dan kembali kepada 60kg semula. Sekarang saya mula diet kembali. Tetapi masih belum menampakkan hasil : Saya hendak bertanya :
1) Walaupun saya diet, tidak makan nasi dan tidak mkn malam, mengapa sukar menurunkan berat saya?
2) Apakah cara yang boleh memotivasikan saya untuk menhan dari makan makanan dengan banyak?
3) Berpa lamakan masa yang sesuai untuk target turunkan 15kg?
Terima Kasih.