As part of our "Let's Challenge Bizzy Body" challenge, we are featuring the journey and testimonials of 5 lucky Ladies. Let's meet Azura Lazam

As part of our “Let’s Challenge Bizzy Body” challenge, we are featuring the journey and testimonials of 5 lucky Ladies. Let’s meet Azura Lazam

Hi saya azura, berusia 29 tahun, seorang ibu kepada seorang puteri,bekerja disebuah syarikat swasta. saya gemar menghabiskan masa saya bersama keluarga dan kawan-kawan dengan beriadah dan melancong. saya bukanlah seorang pengemar makanan, dan saya juga tidak pasti apakah yang membuatkan saya menjadi sihat,kuat dan gagah sebergini, tapi apa yang nyata, segala-galanya berlaku selepas saya dikurniakan cahayamata ketika saya berusia 26tahun.

Ianya bagaikan ditiup2 seperti belon yang penuh dengan gas atau air. Pada awal berpantang, berat badan ada menunjukkan perubahan positif, tetapi setelah tamat tempoh berpantang, ianya berubah disebaliknya. Agak sedih melihat nasib diri, yang dulu agak tenang , dan tidak berkecelaruan emosi apabila memilih baju, tetapi kini segalanya terpaksa berimage seperti “makcik” walaupun saya mempunyai citarasa yang tinggi…cewah!

Emosi? Jangan ditanya, nak pulak apabila terserempak dengan kawan-kawan yang suka menyakat, jika diikutkan hati orang yang kecewa, mahu sahaja membuat mereka menjadi mangsa dera, yang boleh dicubit-cubit…ho ho ho…namun setiap pertanyaan dan ejekkan saya cuba dibalas dalam ayat yang berjenaka, antaranya ” well, ini lah gaya orang yang cukup kasih sayang”…..atau pun “gemuk, adalah lambang kekayaan…ko ade?”

Give up? pantang sekali, walaupun saya bukanlah seorang doktor, ahli usahawan , mahupun olahragawan, tetapi semangat putus asa tidak pernah wujud dalam diri saya. segala rintangan dan halangan saya hadapi jua, dan untuk menyerah kalah dan hidup dengan ejekkan yang diberi, adalah tidak sama sekali.

Tiada kata penamat, selagi cita-cita ini tidak dicapai, saya percaya, segala tangisan, rintihan dan keluhan hati akan menjadi suatu kemenangan dalam hidup, jika segala-galanya berjaya.

Kenapa saya sertai “Lets challenge Bizzy Body”?

Untuk mendapatkan hasil yang cepat, YA!, itulah jawapan yang betul. Walaupun pernah memasang niat untuk pergi ke slimming centre, tetapi kerana kecurigaan terhadap keberkesanan, itulah yang membuatkan saya mengkuburkan segala niat. Untuk pengetahuan anda, tindakkan ini bukanlah pilihan yang pertama saya untuk menjadi kurus, tetapi memandangkan peluang yang ditawarkan teramatlah memukau mata, dan ingin melihat sejauh mana keberkesanannya itulah yang membuatkan saya untuk mencuba nasib, dengan harapan, ianya akan mempercepatkan proses penurunan berat badan saya.

Walaubagaimana pun saya tidak pernah mengharap saya adalah yang terpilih, nak kata apa, ini lah yang dikatakan rezeki, apa-apa pun terima kasih kevin dan bizzy body, kerana memberikan saya peluang, saya cukup rasa bertuah.

Have you always struggled with your weight?

Dengan keadaan badan yang sebergini,sudah tentula Ya, jika diikutkan hati mahu sahaja dihiris-hiris lemak yang ada sehingga dapat bentuk seperti anak dara dulu. Berbagai -bagai, bentuk senaman saya lakukan, arobik , berenang, pergi ke gym, sehinggalah saya menyuruh suami saya membeli treadmill dengan harapan “AKU NAK KURUS!”, tetapi semuanya agak menguji kesabaran, apabila melihat timbang bergitu susah menunjukkan perubahan, apatah lagi perubahan bentuk badan.

Walau bagaimanapun segalanya terjawap apabila saya mula membaca tulisan dari website kevin zahri, oh yes, saya lah peminat no 1 dia, kerana apa? kerana melalui website ini yang membuatkan saya mula percaya akan diri saya, bahawa segalanya tidak mustahil, dan ada diantara tulisan dari website ini yang mengatakan “untuk kurus tidak lah susah dan tidak lah senang” dan ada sedutan yang mengatakan, apa yang penting adalah “ILMU”.

Selama ini di benak fikiran saya, untuk kurus, apa yang kita perlu buat, adalah bersenam, dan menjaga pemakanan. Ya, memang betul, tetapi semua itu ada cara-caranya, bukan hanya dengan melakukan dan dengan lantas membuat harapan tetapi cara yang dilakukan adalah salah, semuanya akan jadi sia-sia. Apa yang penting kita kena tahu apa BMI kita, dan apa itu “kalori”, baru lah segala-galanya terjawap.

Pernah cuba mana-mana diet, produk slimming atau suplemen?

Dari segi ubat-ubatan, Ho, ho, ho, tidak perlu saya nyatakan disini apakah nama, dan jenis yang pernah saya cuba, terlalu banyak dan beratus-ratusan duit melayang bergitu sahaja. Saya tidak pasti sama ada kesemua ubat-ubat ini hanya tidak berkesan untuk saya, atau sebaliknya, tetapi, apa yang saya boleh lihat, semuanya hanya membawa kesan pada jangka masa pendek, dan lama kelamaan, ianya tidak menunjukan apa-apa perubahan dan saya terus membuat keputusan untuk berhenti dan yang lebih menyedihkan,berat badan saya bertambah dua kali ganda dari yang asal.

Pakaian dalaman untuk kembali kebentuk asal, pun saya pernah cuba, untuk ini, saya berhabisan beribu-ribu semata-mata ingin kurus,daripada selepas bersalin sehingga kini saya memakainya tetapi apa yang saya boleh katakan, ianya juga tidak mambantu, yang nyata, ianya hanya membentukkan badan kita, supaya isi-isi badan nampak kejap dan tidak mengelebih apabila kita berpakaian.

Apa harapan saya? Saya benar-benar berharap sangkaan saya terhadap slimming centre selama ini adalah salah, terutama dari Bizzy body. 5kg dalam 8hari bukanlah mudah tetapi ianya saya anggap sebagai cabaran tuk saya dan bizzy body, untuk membuktikan ianya tidak mustahil.

Bizzy Body Challenge

This article is part of our Let's Challenge Bizzy Body slimming challenge. Five luck women were selected and won RM2500 worth of slimming treatements from Bizzy Body and will share their journey here.

View all posts
  • siti hajar binti harun

    Good to see u slim again!!! I want to be like you.. Hoho