Bagi anda yang memilih untuk tidak bersenam atau yang mencari cara untuk membakar lebih kalori, di bawah ini terdapat beberapa cara mudah untuk menambah pengeluaran kalori anda.
- Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
- Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
- Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
- Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
- Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
- Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
- Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
- Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
- Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
- Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.
Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?








Dalam segmen RTM1 ini, Kevin Zahri membincangkan apa itu kalori dan apakah
Anda sering seimbelit? Sukar untuk kurangkan berat badan? Pastikan anda pandai mengawal
Dalam video ini, Kevin membawa Ridwan Mustafa ke studio untuk kongsi bersama
Senam aerobik irama malaysia bersama uchop matt di jomfit bersama kevin zahri 








5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?
25 Tip Kuruskan Badan
10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda
5 Senaman Untuk Besarkan Payudara
10 Tips Untuk Kempiskan Perut