3 Kesilapan Semasa Bersenam

By June 21, 2011 Health & Fitness 13 Comments

Bersenam adalah satu-satunya cara terbaik untuk membakar kalori yang kita ambil sepanjang hari. Tetapi, jangan biarkan kesilapan-kesilapan berikut berlaku semasa anda melakukan workout anda.

Kesilapan #1: Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa anda buat.

Apabila anda melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu, bukan minda anda sahaja yang membuat anda berasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’. Samada anda berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan anda atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat dumbbell, selepas beberapa ketika, badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama, dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.

Betulkan kesilapan: Cuba ubah bentuk latihan. Sesekali apa kata anda pergi mendaki bukit atau gunung pada hujung minggu daripada anda melakukan jogging atau berlari di atas treadmill yang anda telah biasa lakukan. Selain itu, cuba cari bentuk latihan kekuatan yang baru. Anda boleh dapat kebanyakan jenis latihan senaman daripada majalah, DVD, atau Youtube. Sebarang perubahan yang anda cuba lakukan dalam mencabar fizikal anda adalah sesuatu yang dapat memperbetulkan kesilapan anda itu.

Kesilapan #2: Anda menjadi obses terhadap latihan kardio.

Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan anda, tetapi jika anda tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan anda perolehi, tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan anda akan hilang. Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia.

Bermula pada usia 30-an, wanita kebanyakannya akan hilang berat badan dan otot (muscle) sebanyak kira-kira 0.23kg (0.5 pound) setiap tahun. Lelaki pula biasanya akan mempunyai otot lebih lama, tetapi akan mula kehilangan otot dengan kadar yang tinggi bermula usia 60 tahun. Oleh kerana otot biasanya dibakar melalui pembakaran kalori walaupun ketika sedang berehat, kehilangan otot ini akan menyebabkan penurunan metabolisme. Inilah salah satu sebab utama mengapa kita dapat melihat simptom penuaan bermula pada usia 40 tahun.

Betulkan ia: Cuba sertakan latihan kekuatan pada hari anda melakukan kardio. Angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kesilapan #3: Anda stuck di zon pembakaran lemak.

Jika anda menggunakan treadmill, eleptical, atau mana-mana machine kardio di gim, anda mungkin dapat melihat satu programming di mana ia mempunyai option untuk memilih zon ‘fat-burning’. Berdasarkan fakta, pada intensiti yang lebih rendah, tubuh anda akan membakar peratus lemak yang tinggi! Sounds great, right? Anda tidak perlu bekerja lebih dan anda dapat mengurangkan lemak di perut, pinggul dan peha anda dengan cepat.

Tapi jika anda fikir bentul-betul, pada penggunaan tenaga badan yang rendah, badan anda akan membakar lemak dengan peratus yang lebih tinggi berbanding karbohidrat, tetapi secara keseluruhan ia masih membakar kalori dengan jumlah yang sedikit.

Contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 68kg yang berjalan di atas treadmill pada kelajuan 5km/sejam, sebanyak 112 kalori akan dibakar dalam masa 30 minit. Pada kadar penggunaan tenaga yang sederhana ini, wanita itu telah membakar separuh kalori yang didapati dari lemak atau sebanyak 56 kalori lemak. Sebaliknya, jika dia melakukan workout selama 30 minit pada kadar 6km/sejam, hanya sebanyak 40% kalori berkemungkinan dari lemak yang akan dibakar. Tetapi perlu diingat, secara keseluruhannya dia akan dapat membakar sejumlah 170 kalori dalam masa 30 minit. Oleh itu sebanyak 68 kalori dari lemak yang akan terbakar. Ini bermaksud, jumlah pembakaran kalori dari lemak adalah lebih tinggi pada intensiti latihan yang lebih tinggi.

Betulkan ia: Bakar lebih banyak kalori dan jadikan kalori yang dibakar itu adalah kalori daripada lemak di dalam badan dengan menambah kesuluruhan usaha dan intensity latihan. Cara yang terbaik adalah melakulan latihan yang berintensity tinggi berselang seli dengan intensity atau kelajuan yang perlahan.

About Anna

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

  • leanmuscle88

    Get Your Lean Muscle Mass Program For as low as RM 35.Get your lean body now!! http://leanmuscle88.blogspot.com/

  • idayu hasim

    kalau kita minat aerobik dan hari2 buat aerobic tapi dalam bentuk yang berlaianan step ok ker?

  • dayang

    hmm abg, kalau kita buat jumping rope adakah latihan ini membantu kt untuk membakar lemak???

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      yeah kalau dilakukan untuk masa berterusan.

  • nabilah nasir

    ada tips2 senaman untuk 'mangsa' tulang blakang bentuk 's' tak?

  • Rosy

    Hi Kevin, I have been following your twitter just recently. I should have found you much earlier! Anyway, i want to ask you if exercising on an empty stomach ok? I normally go to the gym early in the morning and only drink chocolate milk to start the day. After the work out. then I would have something to eat. Is that better? tq kevin

  • Razis Rajak

    sya mgalmi mslh brat bdan sjak awl thun ni.. brat besa 50 kg skrg prlu d kurgkn 10 kg., apa senaman yg sesuai utuk sya., brat bdan sya naik gara2 mgmbil ubat diet, namun sya tdk brsnam. bila brtmu dgn doktor. kdungan protien tepu tdak dpt diproses kluar oleh buah pinggang. sya pru bntuan dr Kevin bgaimna cara utk mgtasi mslh sya ini? trima ksih.

  • Kam

    apa komen en kelvin pasal mesin crosstrainer.. adakah ianya berkesan???

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      yup no problem dengan cross traner ….. good cardio machine …. plus easy on your joints (sendi2)

  • Mohd Azlan

    ni anna utm ke? huhu. x sangka lak dia pon peminat kevin.

  • herbamylife

    Kevin, bleh tak share aktiviti yang betul apabila berada di Gym. Focus on how to burn calories and fat.

  • khairul

    nak tahu bentuk & jenis latihan yang terbaik bagi anggota bomba start from beginning…

  • http://www.facebook.com/noorazlina.mohdidris Ina Noorazlina

    Klu sy lakukan senam cardio di selang seli dgn cara Jillian Michael punya workout? Btl x cara sy?

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.