4 Cara Kekalkan Motivasi Menurunkan Berat Badan

Mahu seperti ini? Tapi motivasi tidak sekuat orang lain…

Oleh Ridwan Mustafa

Tulisan saya yang lepas menceritakan 4 sebab yang boleh dijadikan motivasi untuk menurunkan berat badan bagi sesiapa yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Mungkin ada diantara anda telah membaca tulisan tersebut dan bersemangat untuk menurunkan berat badan. Ya setiap anda yang mahu menurunkan berat badan perlu ada motivasi dalam diri untuk memaksa badan anda bekerja dengan lebih kuat untuk mencapai cita – cita anda menurunkan berat badan dan mencapai impian anda untuk kesihatan, penampilan, orang tersayang mahupun kerjaya impian.

Tulisan ini pula akan menceritakan apa yang boleh anda lakukan untuk sentiasa mengekalkan motivasi yang telah anda cipta, Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya mengekalkan motivasi untuk menurunkan berat badan?.Mengekalkan motivasi dalam diri merupakan perkara yang sangat sukar oleh kerana proses menurunkan berat badan bukan proses yang pendek jangka masanya, ia mengambil masa berbulan – bulan malah boleh mencecah setahun mahupun dua tahun bergantung kepada pelan diet dan target seseorang. Maka untuk mengekalkan motivasi yang sama dalam diri bukan perkara senang kerana sepanjang tempoh itu pelbagai cubaan dan godaan sekeliling yang bisa membunuh diet dan motivasi kita semua.

Mahu seperti ini? Tapi motivasi tidak sekuat orang lain…

Cara 1 : Membaca Kisah individu yang telah berjaya menurunkan berat badan

Saya percaya, bagi mereka yang membaca penulisan ini pernah membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menurunkan berat badan samada dalam blog ini ataupun mana – mana sumber sahih yang lain seperti surat khabar, majalah kesihtan dan sebagainya. Kisah kejayaan individu menurunkan berat badan merupakan satu kisah yang sangat memberi motivasi dalam diri, kita akan berasa semangat dan mahu menjadi seperti mereka.

Dalam blog ini sahaja lebih 10 kisah kejayaan yang boleh dijadikan panduan. Ada kalanya kisah mereka yang dicoretkan mampu untuk menitiskan air mata pembaca – pembaca. Kegigihan, kecekalan dan disiplin mereka sangat dikagumi, penampilan mereka sebelum dan selepas sangat berbeza dan senyuman mereka juga berbeza ketika sebelum dan selepas kejayaan menurunkan berat badan, Maka wajar bagi yang mahu memulakan perjuangan menurunkan berat badan untuk sentiasa membaca kisah – kisah ini supaya motivasi terus kekal dalam diri, kalau mereka boleh buat kenapa anda tidak boleh lakukan? Kita punya masa yang sama 24jam sehari sama seperti mereka, tidak boleh dijadikan alasan hidup anda berbeza dengan mereka semua, bukan soal cukup masa atau tidak, tetapi soalnya bagaimana kita menyusun masa supaya kita boleh hidup dalam kehidupan yang sihat dalam masa yang sama mampu untuk menurunkan berat badan.

Antara Kisah yang ada dalam Blog ini yang boleh dijadikan Panduan

Cara 2 : Menonton Rancangan “Biggest Loser”

Siapa yang tidak tahu rancangan realiti menurunkan berat badan yang terkenal diseluruh dunia “Biggest loser”, saentero dunia mengenali akan rancangan ini, bahkan ia menjadi konsep aktiviti yang di tiru oleh banyak syarikat dan badan korporat untuk pekerjanya untuk menurunkan berat badan. Rancangan yang menawarkan wang sebagai ganjaran kepada peserta yang berjaya menurunkan peratrusan berat badan paling tinggi ini menjadi ikutan seluruh dunia dan menjadi antara rancangan yang digemari ramai.

…menarik tentang rancangan ini adalah bagaimana kita melihat kegigihan dan kecekalan pesertanya melawan nafsu dan bekerja dengan kuat untuk menurunkan berat badan…

Secara peribadinya, saya menjadikan rancangan ini sebagai rancangan yang wajib ditonton ketika proses saya menurunkan berat badan dahulu, apa yang menarik tentang rancangan ini adalah bagaimana kita melihat kegigihan dan kecekalan pesertanya melawan nafsu dan bekerja dengan kuat untuk menurunkan berat badan masing – masing. Secara automatiknya kita akan terpengaruh dan termotivasi oleh kegigihan mereka.

Mungkin ada yang berpendapat, kita tidak sama dengan peserta tersebut kerana peserta tersebut mendapat panduan yang sempurna dari jurulatih kecergasan mahupun nutrisi. Ya, betul, aktiviti mereka di pantau dan diawasi secara teliti oleh pakar, tapi apa yang boleh kita ambil iktibar adalah kecekalan jiwa mereka melaksanakan tugasan dan menghadapi godaan makanan yang menyelerakan, saya yakin peserta – peserta biggest looser tersebut melakukan segalanya adalah demi mendapatkan hidup yang lebih baik dan sempurna dan mereka melakukanya melampaui apa yang mereka fikir boleh lakukan. Terbukti mereka berjaya lakukan dengan baik.

Pemenang Biggest Loser Musim ke 6 kelihatan hebat dalam Gaun Pengantin

Melihat gambar diatas sudah tentu kita akan termotivasi, saiz badan, penampilan dan senyuman yang sangat berbeza sebelum dan selepas beliau berjaya meurunkan berat badan. Saya sangat berterima kasih kepada rancangan biggest Loser kerana menolak kemampuan saya lebih dari apa yang saya fikirkan… Jika mereka mampu, saya sudah buktikan saya juga mampu, bagaimana dengan anda? Tepuk dada, tanya selera, Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

…Jika mereka mampu, saya sudah buktikan saya juga mampu, bagaimana dengan anda?…

Cara 3 : Bertanya secara terus kepada orang yang berpengalaman

Ini adalah cara yang paling menarik, kita akan tertarik dan tergamam bila berjumpa secara berdepan dengan individu yang telah berjaya menrunkan berat badan. Mendengar pengalaman secara berdepan memang membuatkan kita berasa teruja dan dengki akan kejayaan individu tersebut, alangkah indah jika kita menjadi seperti mereka ini.
Maka, carilah peluang untuk berjumpa dengan golongan ini, saya percaya ada dikalangan kawan kita yang telah berjaya, maka peluang yang ada jangan sia – siakan, tuntutkah tips dari mereka sebanyaknya dan tanamkan perasaan dengki dan ingin berada sama dengan kejayaan mereka.

Saya yakin, individu diluar sana yang telah berjaya menurunkan berat badan termasuk saya sendiri tidak pernah lokek ilmu untuk berkongsi malah merasa bangga dan teruja untuk menolong orang yang sama seperti keadaan beliau satu ketika dahulu.

Tidak mustahil untuk berhubung dengan mereka dalam kepantasan dunia teknologi sekarang, pasti mereka semua boleh dihubungi melalui Facebook ataupun twitter.

Cara 4 : Sentiasa Menambah ilmu pengetahuan tentang Tips diet dan nutrisi

Menuntut ilmu adalah perkara wajib bagi setiap manusia diatas bumi ini, tidak kiralah apa sahaja ilmu untuk memajukan diri kita, jika kita merasakan ilmu untuk membuat teh tarik boleh memajukan perniagaan kita, maka kita harus menuntut ilmu tersebut. Sama juga dengan ilmu menguruskan badan. Untuk menurunkan berat badan ia bukan satu proses yang mudah dan ringkas, ia perlukan pengetahuan yang luas supaya kita sentiasa sihat dan tidak memudaratkan kesihatan diri.

Kepantasan teknologi memudahkan manusia untuk mengakses segala ilmu ini, pelbagai tips yang boleh didapati melalui laman web ataupun blog persendirian, juga tidak ketinggalan majalah-majalah kesihatan yang sangat menarik untuk dibaca yang pasti setiap bulan akan ada tips baru yang dikongsi penulis dan pakar-pakar kesihatan tentang cara mengurangkan berat badan, Majalah seperti Men’s Fitness, Menshealth, I-Sihat dan pelbagai lagi banyak berbicara mengenai diet dan kesihatan.

Selain dari Gambar yang menarik dan memotivasi kita untuk kurus, segala tips dalam majalah ini sangat berguna untuk kesihatan dan penurunan berat badan.

Kelebihan jika kita selalu membaca dan mencari ilmu tentang diet adalah untuk pemahaman tentang sistem badan dan proses diet yang betul. Saya yakin jika kita faham tentang proses dan keperluan nutrisi yang betul, anda semua tidak akan mengharapkan produk – produk pelansingan badan untuk menguruskan badan dan anda akan lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan secara normal.

Secara peribadinya saya telah melakukan perkara ini dan saya tidak menggunakan produk pelansingan badan untuk menguruskan berat badan, ternyata ia lebih jimat, berkesan dan saya mengimpikan untuk mempunyai badan seperti model –model majalah tersebut.

Diet yang betul adalah diet yang dapat menjimatkan wang kita, bukan menghabiskan wang kita semua. Dengan kemudahan akses internet pasti segala ilmu menguruskan badan dapat dipelajari tanpa mengeluarkan sedikit pun wang.

Akhir kata

Saya bukanlah pakar nutrisi mahupun jurulatih peribadi yang hebat, segala tips diet yang menceritakan tentang saintifik keperluan nutrisi dan diet oleh badan anda boleh dapatkanya dengan membaca pelbagai laman web, buku, e-book Kevin Zahri, dan berjumpa dengan jurulatih peribadi.

Percayalah, segala tips diet, nutrisi dan senaman untuk menguruskan badan adalah lebih kurang sama atau sama dalam setiap buku mahupun laman web yang anda baca. Tulisan saya ini hanyalah perkongsian pengalaman dalam soal memotivasi diri untuk sentiasa berada diatas landasan yang betul ketika proses menurunkan berat badan.

About Ridwan Mustafa

Ridwan Mustafa berjaya kurangkan lebih 30kg dalam masa 8 bulan dan kini berkongsi pengalaman beliau melalui seminar dan penulisan. Ridwan boleh dihubungi melalui laman web twitter di @mmridwan.

  • as

    twitter jer ade? yg lain fb or blog or skype xde ker?~~~

  • Zie Zily

    thanks di atasa artikal ini , saya akan cuba berusaha lebih untuk mencapai cita-cita ini :)

  • http://www.facebook.com/aeidah Aeidah Amrun

    yup..sangat setuju…jika taknak putus harapan dengan usaha tuk turunkan berat, kene amalkan ni.. :)

Promosi Raya Untuk Lifetime Membership Diskaun RM30