5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?

5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)

About Anna :

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

  • taqwa

    salam, ingin bertanya… jika kita berpuasa tp nak bwt senaman ini juga… tak pa kan? atau ia akn memudharatkan? mohon penjelasan….

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      tak midharatkan. kalau berpuasa 90% pasti akan kurang berat badan tapi tanpa senaman, otot badan tidak kental and badan lembik sikit.

  • shaza

    salam.. lau nk kecilkn bahagian lengan pulak cne ekk ???? :)
    sbb bahagian lengan sy yg besar buat sy nmpk gemok..
    n i must try d tips above 2.. :)))

  • selipar

    sorry to say….saya macam pernah terbaca ada artikel kevin yang menyatakan bahawa tiada senaman khusus untuk membakar lemak di kawasan tertentu..yang sepatutnya adalah lemak akan terbakar secara serentak di seluruh badan (lebih kurang maksudnya % lemak yang terbakar di setiap bahagian badan adalah sama ataupun ia bergantung kepada gen, mana dulu kawasan yang patut dibakar)

  • hanatiqa

    haii,,,i,m 17years old,,tp.sya ada mslah dgn paha dan piggul sy y klhatan agk bsar,.mnkala bdan sy lbh kcil dr paha dan piggul..kawan2 sllu mnjdkan sya sbgai bhan usikan ,sgt2 mmlukan,,,my bf pn ckp..sy ptt kcilkan bhgian trsbut,,ap y ptt sy bt???plsss help me,,,

  • nur adila

    sy dh byr rm30.00 utuk ebook kurangkan 5kg dalam 5 miggu…tp xdpt pape pn smpi hr ni

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      salam dila,Thank you for your payment. I have activated your order. You should have received an email with the links. Otherwise you can also login to kevinzahri.com/shop/login.php to download.All the best with your eBook. Anything questions that you may have, do let me know.Regards,Kevin

  • http://www.myizzie.blogspot.com hidayah

    tips yg sangat menarik …. saya mohon izin share artikel ni sepenuhnya di blog saya yer… tujuan utama utk rujukan peribadi saya sendiri …

  • http://blog-tips-kurus.blogspot.com aan

    saya akan ikut rejim ini dengan gigih. Adakah umur mempengaruhi kenaikan berat badan? tq

  • yuhanis

    hye!! i've paid for e-book rm 30.00 and i don't get any link to download so far! can't wait to get the e-book!

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      did you get your download links?

  • saya!! =D

    haii,,,i,m 17years old,,tp.sya ada mslah dgn paha dan piggul sy y klhatan agk bsar,.mnkala bdan sy lbh kcil dr paha dan pinggul.. wat to do !!! huhu .. help me please ..

  • http://pulse.yahoo.com/_7CFPISUA7OU3D3G3PEVJEBGCSE Cik Alia

    semuanya seperti susah :(
     

    • kedut

      xde bnde yg sng..

  • Aku_canteq

    hi , kalau lompat atas trampoline tuu boleh gantikan dengan lain tak ?

  • Centalolypop

    saye akn cube!!dgn SEMANGAT.

  • Harris_12

    Thx bgi informasi

  • Adam Irfany

    This really worked for me! :) ukuran paha saya turun 5 inci. From 13cm to 12.5cm dalam masa 10 hari.. thx for the information!

  • Emashazmira

    saya 18 tahun,tinggi saya 150..
    badan saya x kurus n x gemuk
    but peha saya agak besar laa
    rasa2 boleh menjadi ke senaman ni ?

  • Ereyana29

    drumstick…hu hu hu will try the tips…

  • Rain

    peha sy besar sgt,,,,berkesan ke senaman nie??

  • fieka

    Cayok2!!? Sy akn cubew!!

  • AMALYN DANISH

    sy msti cuba untuk mndapatkn bntuk badan yg cntik dan sihat..huhuhu..

  • AMALYN DANISH

    sy msti cuba untuk mndapatkn bntuk badan yg cntik dan sihat..huhuhu..

  • unknown

    wah ! thankz a lot ok ! i’ll do my best ! :D