8 Tips Elak Perut Buncit!

8 Tips Elak Perut Buncit!

Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak  mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.

Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.

  1. 1.

    Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

  2. 2.

    Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

  3. 3.

    Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

  4. 4.

    Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

  5. 5.

    Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !

  6. 6.

    Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

  7. 7.

    Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

  8. 8.

    Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !

About Anna :

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

  • http://ohoeya858.blogspot.com Oh Oeya

    Inilah masalah UTAMA fizikal i huh!

  • Azrul Alias

    Tips yg sangat berguna..

  • Azrul Alias

    dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

  • haikal

    oat mkanan utama untuk mbuang lemak kat perut :) nk try la

  • Mary ann

    Harap2 kt semua yang ada masalah seperti ini mampu mengatasi nya dan memiliki bentuk badan yang menarik seperti insan biasa.

  • lizriges

    huh..!i also got problem 2 lose my weight..harap sgt tips ni bguna…

  • emma akma

    panduan yang amat berguna utk dimanfaatkan bersama dlm khdupan seharian..

  • Wiensazwien

    wah,tips yg hebat

  • http://www.facebook.com/lips.adanan Halipah LipsCumel

    betul ke minum air sejuk (walaupun air putih) boleh menyebabkan perut buncit?

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      tidak :)

  • http://twitter.com/thariq06 Muhamad Thariq

    what about if the oat is not eating alone? 3 in 1 drink like nesvita or milo.. is it good to make as medium for breakfast?

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      oat is good but tidak mengandungi protein …. jadi + susu lemak rendah is good.

  • Pingback: Tips2 Untuk Menghilangkan Perut Buncit | Koqin's World

  • Extracter85

    Brilliant…boleh cuba…sebab masa sblum brumah tangga…makan apa pun boleh..lepas ni kene amal diet sihat sambil excercise…(sebab perut buncit yg tidak di idamkan telah dikenalp pasti…hehe)…

  • Dorasuperwoman

    Thank you for ur tips kevin.. what is the best exercise for my “perut Buncit” Kevin? tq

  • kakak

    kalau liposuction mmg sangat2 tidak digalakkan ke kevin…i ada niat nk buat kaedah tu…

  • Azhareensyah Aman

    hrmmm… saya xnk kurgkan berat badan sbb berat badan sy memang dah 50kg ke bawah.. saya kurus…. tetapi perut saya buncit… mcm mane tu?

  • puteri ana

    saya umur 22thun..brt saya 60kg…suggrstkan cmne nak trunkan brt bdn..klu ad mnuman yd diet cnfrm jdi..susah hati r..gmuk,prt bncit kat bawah prt(rahim),pastu kat bhu jd lebar dan bsar,lngn jd bsa…huhuhu….dkat bra(bj dlm) lmak ktul2…susah hatiii…huhuuh…wlopun ad shape lg bdn..tp tetap x selesa..bdn jd brt..huhuhuuh…kat pinggul lmak da ad..nak paki jeans xsdap..ktat sgt..huhuhu…dulu brt saya 51 je…pling brt la tu..tolong sape bleh tlongggggggg

    • Hannan_raimie

      Saya boleh tolong puteri menghilang LEMAK tanpa mengurangkan komposisi daging dan otot badan..hasil dia, berat badan jadi kurang..
      contact me at http://ohhhannan.blogspot.com/

  • Lazara_41

    anna comellllllllllllllll