Amydiana Biggest Loser PTPK – Kurangkan 19kg

Posted by | September 05, 2012 | Uncategorized | 23 Comments
amy-diana
  • Nama: Nur Amydiana Abidin.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan.
  • Pencapaian: Berjaya turunkan 19kg dalam 3 bulan .
  • Facebook: fb.com/amyabidin

Nak Kurangkan Berat Badan?

Artikel ini ditulis khas untuk sesiapa yang berasa diri gemuk tetapi tidak tahu cara – cara untuk menguruskan badan.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Hai, saya Amydiana, berumur 25 tahun dan masih bujang.Sekarang menetap di Putrajaya.

Untuk pengetahuan pembaca, saya sebenarnya seorang yang kurus pada awalnya tetapi di sebabkan makan tanpa memikir masa akan datang akhirnya saya menjadi gemuk dan obesiti.

Zaman Sekolah

Ketika zaman sekolah saya akui saya memang seorang yang bertubuh kecil,kurus dan mempunyai berat badan yang ideal. Bagi saya ketika zaman sekolah saya tidak mempunyai masalah tentang berat badan saya.

Zaman Belajar 2005-2008

Pada tahun 2005 saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Melaka. Zaman belajar saya tidak lah mewah seperti orang lain. Tetapi kerana tempat belajar dekat dengan rumah arwah nenek saya , pada setiap hari Jumaat saya akan siap sedia untuk pulang ke rumah nenek.

Nenek saya mempunyai sebuah  kedai makan, balik je rumah nenek nak makan apa ambil je kat kedai. Apa lagi hati sangat senang la sebab dapat makan banyak – banyak. Makanan kegemaran saya adalah ayam, tak kira ayam goreng, panggang, steam, golek semua saya bedal, tak kira lah apa orang nak cakap pasal saya cakap lah, janji saya puas dapat makan ayam. Ayah sampai marah sebab apa-apa yang berkaitan dengan ayam,saya mesti tidak akan dapat mengawal nafsu saya.

Disebabkan makan sampai tak ingat dunia menyebabkan berat saya naik mendadak di tambah pula dengan kursus yang saya ambil ketika belajar berkait rapat dengan makanan.

…Timbang punya timbang berat saya mencecah 98kg…

Pernah ketika di Kolej kaki saya terseliuh, kaki terus menjadi bengkak sehinggalah nak berjalan pun menggunakan tongkat. Saya sangat sensitif pada bahagian kaki, maklumlah badan ketika tu besar kaki kecil, mana larat nak tampung badan saya yang besar ni. Dan saya perasan,tiap kali saya terseliuh,terjatuh, walaupun tidak serius, kaki saya akan bengkak dengan teruk. Ini adalah disebabkan badan saya yang semakin berisi.

Cuba Kurus Dengan Teh Herba

Saya pernah cuba untuk kurangkan berat badan selepas kaki saya terseliuh tu, saya cuba minum Teh Herba Orang Kampung sebab rakan – rakan cakap boleh kurus, mula – mula minum rasanya Ya Allah rasanya bukan main pahit lagi tapi tak apa nak kuruskan, saya minum juga, lepas 8 jam minum teh tu saya buang air besar 8 kali, Ya Allah badan mula letih sebab keluar masuk bilik air, seminggu mencuba Teh Herba tu saya timbang tapi tiada apa – apa perubahan. Saya mula putus asa sebab sama je diet gan tak diet still tak kurus gak.

Zaman Kerja Di Melaka

Setelah menghabiskan pengajian saya terus kerja. Saya mulakan alam pekerjaan saya di sebuah pasaraya di Melaka.

Bila dah kerja dapat pegang duit sendiri, macam – macam boleh makan, nak makan KFC, MC’D pergi je beli, di tambah pula dengan faktor duduk sorang – sorang menyebabkan tiada orang tegur apa lagi makan la jadi hobi saya. Kalau nak senaman jauh sekali, tak pernah buat langsung!!.

Saya pernah makan ayam golek seekor, satu hari saya mengadap ayam tu je, tak makan nasi pun saya tak kisah. Saya kalau nampak ayam macam nampak apa je,sanggup beratur panjang – panjang  untuk beli ayam tu.

Selama setahun lebih saya kerja di Melaka. Alhamdulillah, pada November 2010 saya di tawarkan bekerja di PTPK, sebuah agensi badan berkanun Kerajaan.

… Di situ lah bermula bibit – bibit untuk mengumpul lemak – lemak tepu bermula!! …

Rutin harian saya di tempat kerja baru di mulakan dengan sarapan pagi. Saya makan di kedai mamak, minuman yang selalu saya order ialah teh ais, dan makanan kegemaran saya kuew teow goreng ayam kadang – kadang je order roti canai. Tengahari pula fast food jadi pilihan saya, makan ayam lagi, saya still tak jemu makan ayam.

Bersama rakan sekerja di PTPK

Di pejabat pula rakan – rakan saya pun kaki makan, ada yang bawa bekal, apa lagi serbu lah ramai – ramai. Di tambah pula boss saya pun kaki makan, apa lagi ada je makanan yang boss belanja. Memang di pejabat saya tu dunia makanan!!

Ada satu hari di mana saya dah kerja sebulan di PTPK. Kejadian lama berlaku kembali, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kaki saya terseliuh lagi, macam biasa lah bengkak lah kaki saya tu, dapat cuti sakit. Bagi saya kaki terseliuh dan bengkak sudah menjadi kebiasaan saya, dah lali sangat..

Jadi Kenapa Saya Teringin untuk Kurangkan Berat Badan?

  1. Tak larat nak bawa badan dan tak nak kaki saya terseliuh lagi. Ini akan memberi kesan kepada kerja saya sebab saya akan dapat cuti sakit.
  2. Sering di perli rakan – rakan, mula – mula ok je, lama – lama terasa lah.
  3. Setiap kali hendak beli baju semua tidak ada saiz. Itu paling tension,rasa rendah diri sebab takde saiz.
  4. Nak bagitahu kepada rakan – rakan yang pernah  panggil saya gemuk. Saya pun boleh kurus gak!!
  5. Sahut cabaran, sebab rakan – rakan dan keluarga cabar saya untuk kurus.
  6. Tidak mahu sia – siakan peluang yang telah di berikan. Bukan senang kita nk dapat peluang.
  7. Baru ada kesedaran nak kurangkan berat badan sebab cemburu tengok rakan – rakan pakai baju cantik – cantik.
  8. Hendak menjalani kehidupan yang sihat.
  9.  Saya nak ubah pandangan orang terhadap saya. First impression can make people judge  bad things about us.

Sebelum bermula cabaran Biggest Loser PTPK

Program ‘Biggest Loser Challenge’ Bersama Kevin Zahri.

  • Tahu – tahu je dapat emel dari pihak pengurusan akan mengadakan program Biggest Loser bersama Kevin Zahri, apa lagi cepat – cepat lah isi borang.
  • Alhamdulillah, saya salah seorang peserta yang terpilih menyertai program tersebut.
  • Pada 24/04/2012 sesi penimbangan dilakukan, saya pun timbang, tengok – tengok berat saya dah 112kg, ‘awesome’ sangat berat!! Tahniah untuk diri saya sebab dah simpan lemak yang sangat banyak selama 25 tahun.
  • Program bermula dengan cara – cara untuk mengira DCR. Saya perlu mengambil 1100kalori setiap hari. Saya target nak turunkan 10kg.
  • Kemudian diikuti dengan sesi gym bersama Kevin Zahri, di ajar cara- cara menggunakan peralatan gym. Dirumah saya Pratik apa yang telah di ajar.
  • Kemudian saya rujuk pada e-book yang telah diberikan. Macam – macam ada dalam e-book tu. Panduan kurangkan 5kg dalam 5 minggu dan 45 Tips kawal nafsu makan. Siapa-siapa yang baca buku tu confirm membakar semangat untuk turunkan badan.
ABC: Sebab cara dia senang, simple as ABC! Percayalah! Cuma usaha dan azam yang kuat mampu membantu anda.
  • Pada 08/05/2012 sesi penimbangan pertama diadakan. Alhamdulillah berat saya dah 107kg, saya turun 5kg. Tak sia – sia je saya praktik kan apa yang telah di ajar kepada saya. Ada saja tips yang akan diberikan oleh Kevin Zahri ketika sesi penimbangan.
  • Pada 22/05/2012 sesi penimbangan ke – 2 diadakan, berat saya turun 3kg. Alhamdulillah tinggal lagi 2kg untuk capai target saya. Saya teruskan lagi usaha saya, saya nekad untuk kurus. Saya tidak akan patah semangat.
  • Kemudian sesi penimbangan seterusnya, berat saya sudah menjadi 100kg, saya sudah capai target 10 kg. Tapi saya tidak berhenti setakat itu sahaja. Saya berusaha lagi untuk capai target baru, saya nak kurangkan lagi 5kg. I Won’t look back!
  • Pada 26/07/2012 sesi penimbangan terakhir, Alhamdulillah berat saya dah menjadi 91kg..mungkin kerana faktor bulan puasa dan perjalanan ke tempat kerja menggunakan pergerakan yang banyak membolehkan berat saya turun lagi.

Penghujung program bersama Kevin Zahri. Berat 91kg.

Apakah Senaman Yang Saya Amalkan?

  • Bermula sahaja program tersebut, saya ubah gaya hidup saya, yang mana dahulunya setiap hari Sabtu dan Ahad saya menghabiskan masa begitu sahaja tanpa senaman.
  • Saya mulakan dengan senamrobik pada sebelah pagi setiap hari Sabtu dan Ahad. Sebelah petang pula saya berjoging, masa yang saya ambil untuk berjoging adalah selama 45minit.
  • Sekiranya ada cuti umum saya akan berjoging, saya tidak akan sia – siakan masa yang ada.
  • Pada waktu kerja pula, saya memang tak sempat nak bersenam, tapi di sebabkan kemudahan gym yang ada di pejabat saya akan pulang lewat, saya akan ke gym dahulu.
  • Dalam seminggu saya akan berjoging sebanyak 2 kali dan gym 3 kali.

Makan Kawal Jumlah Kalori.

  • Dari segi pemakanan pula, saya betul – betul menitik berat kan pada kuantiti pengambilan makanan saya, supaya tidak terlebih kalori. Bagi saya sekiranya nak kuruskan badan tidak perlu tinggalkan nasi.
  • Sarapan pagi saya tukar menu, dari kuew teow goreng saya tukarkan kepada telur ½ masak, roti bakar atau capati.
  • Minuman pula dari teh ais saya tukar ke air suam atau air kosong. Saya jarang minum air manis, kalau betul – betul saya nak minum saya minum ½ cawan sahaja.
  • Tengahari pula saya makan nasi segenggam sahaja, ayam goreng bahagian dada sebab kalori rendah dan sayur goreng.
  • Fast food pula saya makan bila saya rasa nak makan sahaja tapi saya akan kongsi bersama rakan saya.
  • Makan malam pula saya jarang makan makanan yang berat – berat. Sekadar makan untuk mengalas perut sahaja.

Masih teruskan usaha.

Tips Untuk Anda Kurangkan Berat Badan?

  • Makan makanan yang seimbang.
  • Membuat senaman sekurang – kurangnya berjoging atau senaman yang lain. Tidak perlu memaksa sangat buat ikut kemampuan.
  • Banyakkan minum air mineral. Kalau boleh sebelum makan minum 2 gelas air mineral.
  • Makan dalam kuantiti sedikit, saya makan apa sahaja makanan tapi saya makan dalam kuantiti sedikit sekadar mengambil rasa.
  • Mempraktikan segala tunjuk ajar yang telah di ajar oleh Kevin Zahri dan selalu – selalu lah rujuk pada e-book yang di berikan.
  • Sebelum memulakan sebarang diet, perlu tahu macamana cara – cara untuk mengurangkan berat badan.
  • Hendak mengurangkan berat badan bukan mudah, ia memerlukan semangat yang kuat kerana banyak cabaran yang akan di lalui ketika proses mengurangkan berat badan berjalan.
  • Jangan berputus asa, buat betul – betul, memang senang cakap jaga makan tetapi cuba pratikkan baru tahu macamana rasanya.
  • Pada saya pula, saya memengang prinsip ‘EXPECT THE UNEXPECTED’ ‘Jangka  apa yang anda tidak jangkakan”
  • Suplemen? Saya akui saya memang ada mengambil supplement sebelum masuk program ini, tetapi bagi saya supplement itu bukan benda yang MENGAJAIBKAN. Ia sekadar membantu sahaja. Saya tidak bergantung sebulat – bulatnya kepada supplement. Makan supplement yang beratus- ratus harganya belum tentu boleh kurangkan berat badan. Sebenarnya kunci kejayaanuntuk mengurangkan berat badan terletak pada diri sendiri, keyakinan diri dan perlu tahu bagaimana cara- cara untuk memulakan diet. Kita tidak perlu ikut cara orang lain.

Bagi saya supplement itu bukan benda yang MENGAJAIBKAN. Ia sekadar membantu sahaja. Saya tidak bergantung sebulat

Alhamdulillah, selepas program ini berakhir ramai rakan – rakan menegur perubahan saya, baju yang dulu – dulu pun saya dah boleh pakai, baju emak saya pun saya pakai, sampai emak saya cakap ‘kenapa lah kau kurus’ habis baju emak saya. Kesian emak saya, hehehe…Bila balik kampung sepupu sepapat semua cakap saya dah kurus, saya senyum je. Sekarang ni saya masih meneruskan diet saya sehingga mendapat berat badan yang ideal. Tetapi tidak akan melakukan secara drastik.

Terima kasih kepada PTPK dan Kevin Zahri

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak Pengurusan PTPK kerana menganjurkan program seperti ini, sekiranya tidak ada program seperti ini mungkin sampai sekarang saya masih lagi seperti dulu, tidak mempunyai kesedaran langsung untuk menjalani kehidupan yang sihat. Saya juga berterima kasih kepada Kevin Zahri,kerana banyak memberi bantuan atas segi nasihat dan juga semangat pada saya untuk menurunkan berat badan. Program tuan banyak membantu kami yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini.

Sekian sahaja kisah saya yang dapat dikongsi bersama rakan – rakan di luar sana. Kepada rakan – rakan saya yang ada bertanya kepada saya macamana saya boleh kurangkan berat badan, di sini saya ceritakan.

Sekian,

-Amydiana-

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • http://www.facebook.com/azmir.ismail Azmir Ismail

    Tahniah :) Inspirasi buat rakan2 yang lain :)

    • amydiana

      Thanks..:-)

  • hana

    Amydiana,

    kt putrajaya selalu senamrobik dekat mane?

    • amydiana

      Hi hana..sy join kt presint 9,klu ada senamrobik terus join je..

      • hana

        dekat tepi sri teja tu eyh. hopefully to see u this weekend :)

        • amydiana

          ya dekat tepi sri teja tu..this weekend sy balik Melaka, InsyaAllah next week sy join..:)

          • ‘Izzati

            Dekat mana ye Sri Teja tu? Saya nak join! Sy duduk Flat Hijau. Senamrobik tu hari apa? and jam berapa?

          • amydiana

            Izzati:sabtu n ahad..start x pasti pukul brapa sbb bile sy dtg die da mula da..:-)

          • ‘Izzati

            Lebih kurang pukul berapa ye? Hope to see u there one day. :)

      • zuhayra iftifal

        bila tengok awak terus sy bersemangat…

  • liana

    i loike ;p

  • http://twitter.com/meriahceria Julie

    akak pun mcm awak, skrang 101 kgs, dlu makan mcm2 umphh sume tak jalan, sudah nye diet ikut buku ebook kevin, baru turun, mmg susah, berat mata memandang berat lg bahu memikul, but how long nak keep mcm ni, insyaAllah, kita sama2 ye

    • amydiana

      insyaAllah..:)

  • bueno kinder

    Amy bg nô ko.mek ni.ingt x?

    • amydiana

      ingat la mek..t aku pm no aku kt ko..:)

  • xuerarahman

    tahniah amydiana.keep moving.saya pun sedang berusaha utk mendapat berat badan ideal.
    http://xuerarahman.blogspot.com

    • amydiana

      thanks xuerarahman..:)

  • Mel J

    Hi Amydiana, selepas membaca kisah awak, saya sangat inspired. Rasa tersentuh baca tentang kejayaan awak. You go girl!!

  • Guest

    awak perasan tak yang awak semakin kiuttt skarang ni?? keep up hokey!!!

  • fadzlina

    salam amy..kalau kita nak minta buat program macam ni dekat tempat keje kita macamnana ek?

  • Nur rania faresya

    Cayala amy,dah menbakar semangat aku ni…hihi

  • Naz Rio

    Tahniah!! Teruskan usaha anda…

  • zuhayra iftifal

    sy pun dah semangat nih… tahniahhhhh!!