fbpx

Contoh Diet Ramadhan Buffet Saya (Versi Kurang Sihat)

Semenjak bulan puasa, ramai yang sering bertanya mengenai contoh pelan pemakanan pada bulan puasa. Selain pelan diet dalam eBook 20 Pelan Diet Malaysia, berikut adalah contoh pemakanan saya pada hari semalam (Ahad).

Kami berbuka sekeluarga di Shangri-la Hotel.

…pelan pemakanan saya dibawah bukanlah seimbang dan bukanlah contoh yang terbaik…

Tapi ingat, pelan pemakanan saya dibawah bukanlah seimbang dan bukanlah contoh yang terbaik. Lagi-lagi kalau makan buffet memang susah siki nak kawal dan sekali-sekala, apa salahnya kita lepas tangan sikit (jangan banyak!) dan menikmati jamuan yang disediakan.

Tapi, saya tetap ada kawalan dan perancangan:

  • Makanan komplex (ada serat dan protein) untuk sahur.
  • Nasi tetap segenggam tangan (tak kira nasi bentuk apa)
  • Lebihkan lauk
  • Walaupun buffet, cuma satu round main course. Kenapa? Sebab saya sudah pelan nak makan dessert lebih sikit.
  • Dessert berlebihan. Memang kurang elok tapi sekali-sekala its ok.
  • Makan makan memang ringan sebab nak makan melampau semasa berbuka. Walnut ada sumber fiber dan protein yang baik tapi juga berlemak, jadi hati-hati.
  • Walaupun makan macam-macam, jumlah kalori “cuma” 2150kcal – tetap kurang daripada DCR (keperluan kalori seharian) saya. 

Menu Ramadhan Buffet Saya

Hidangan Makan apa? Saiz? Kalori?
Sahur Banana Nut Crunch + Susu Lemak Rendah 1 Mangkuk 240
Air Kosong 3 Gelas 0
Kurma 1 Biji (Besar) 60
Jus Buah (Tiada Gula Tambahan) 1/2 Gelas 40
Berbuka Kurma 1 Biji 40
Nasi Briyani 1 Senggam Tangan 250
Steak 2 Potong Kecil 200
Kepak Ayam BBQ 1 Ketul 180
Salmon (Smoked) 2 Potong 160
Nescafe Tarik 1 Gelas 100
Air Kosong 2 Gelas 0
Teh Tarik 1/2 Gelas 40
Crepe + Madu 3 Keping (Kecil) 200
Kuih Tart (Chocolate) 2 Tart Kecil 180
Chocolate Mousse 1 Serving Kecil 130
Ice Cream 2 Scoop Biasa 180
Makan Malam Air Kosong 2 Gelas 0
Walnut 10 Keping 150
Total: 2150kcal

Privacy Preference Center