Ini antara soalan yang memang popular. Terutama bagi mereka yang ingin kuruskan berat badan dengan cepat. Untuk menjawap soalan ini, kita perlu menjawap beberapa soalan yang lain.
Apa tu fat burner?
Kebanyakkan pembakar lemak atau fat burner seperti Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex, Jusmate 5 dan lain-lain adalah jenis thermogenik. Apa tu? Thermogenik adalah proses peningkatan metabolism badan. Di sini suplemen fat burner menggunakan kandungan seperti caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain untuk mengingkatkan metabolism.

Pembakar lemak bukanlah membakar lemak tapi mengingkatkan pembakaran kalori seharian anda (tingkatkan metabolism). Sebagai contoh theori:
- Tanpa pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda 2,000kcal sehari.
- Dengan pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100kcal sehari.
- Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, maka (secara teori), anda boleh kurangkan berat badan dengan lebih cepat.
Jadi selamat tak di-minum?
Sesuai tak untuk semua?
Macam minum kopi juga. Mengambil thermogenik fat burner tidak sesuai dan selesa digunakan untuk semua. Kalau anda tidak tahan minum kopi, maka kebarangkalian besar anda juga tidak selesa dengan kandungan seperti mahuang, guarana, caffeine dan lain-lain.
Apakah kesan sampingan pembakar lemak tu?
Kesan sampingan pembakar lemak sebenarnya adalah tanda bahawa pembakar lemak itu berkesan. Kenapa pulak? Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memanglah denyutan jantung itu akan naik. Dan peningkatan denyutan jantung itu memang disampingi dengan side effects seperti berikut:
- Resah
- Anxiety
- Nervousness
- Insomnia
- Cepat Marah
- Stress
- Tidak Tenang
Kalau anda tidak merasainya, maka kandungan fat burner itu tidak berkesan untuk anda. Dan kalau anda biasa minum kopi, mungkin kandungan fat burner tu pun tidak memberikan kesan yang ketara kepada anda.
Jadi bolehlah dikatakan bahawa anda inginkan side effect di atas kerana ia tanda metabolism badan anda berjaya ditingkatkan produk pembakar lemak itu …
Pengalaman saya sendiri? Saya pernah cuba satu produk pembakar lemak semasa di university. Walaupun saya minum 1-2 gelas kopi sehari, saya berasa kurang selesa dengan peningkatan metabolism produk berkenaan. Setelah 1-2 hari mengambilnya saya sentiasa berasa kurang tenang dan terus berhenti menggunakannya.
Jadi selamat tak pembakar lemak tu?
Baiklah, sekarang kita sudah memahami kaedah penggunaan fat burner (yang bukanlah membakar lemak tapi meningkatkan metabolism badan).
- Jangan gunakan: Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.
- Boleh cuba: Sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular.







Pernah amalkan tinggal sarapan untuk kurangkan berat badan? Dalam video ini, dapatkan
Dalam segmen RTM1 ini, Kevin Zahri membincangkan apa itu kalori dan apakah
Anda sering seimbelit? Sukar untuk kurangkan berat badan? Pastikan anda pandai mengawal
Dalam video ini, Kevin membawa Ridwan Mustafa ke studio untuk kongsi bersama 








5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?
25 Tip Kuruskan Badan
10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda
5 Senaman Untuk Besarkan Payudara
10 Tips Untuk Kempiskan Perut