Herbalife. Bagus ke untuk kurangkan berat badan?

Herbalife. Bagus ke untuk kurangkan berat badan?

Memang selalu sangat saya menerima email yang bertanya tentang effectiveness produk-produk slimming seperti Herbalife ataupun Jus Mate 5. Malah selalu pelbagai pihak berjuma dengan saya untuk jadikan saya jurujual. Tapi saya kurang suka menjual produk yang saya sendiri tak guna. Jadi hari ini, biar saya merumus produk Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder secara jujur :)

Sebelum apa2, biar saya katakan bahawa saya bukanlah jurujual produk-produk ini dan of course tidak menerima apa2 ganjaran daripada mana-mana pihak.

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder merupakan produk pengganti sajian. Ia bekalkan protein, karbohidrat dan lemak mengikut kadar kalori (lebih kurang) 40:40:20. Kalau anda pembaca eBook-eBook saya, sudah pasti anda faham kadar kalori. Secara ringkas, kesemua produk suplemen pengganti makanan dihasilkan untuk membekalkan kesemua makro-nutrient (karbohidrat, protein dan lemak). Jadi pengguna tidak perlu pening kepala untuk mencari makanan sendiri! Bagus kan? Memang bagus.

Adakah ia mengandungi ramuan magic untuk kurangkan berat badan?

Tidak sama sekali. Konsep Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder atau mana meal replacement supplement adalah untuk memastikan anda dapat bekalan makanan/nutrisi yang seimbang dan lengkap. Jadi macamana boleh kurus pulak? Bila anda gantikan makanan seharian anda yang kurang baik dengan makanan yang lebih baik (daripada suplemen) ia secara tak langsung membantu anda hasilkan defisit kalorie. Jaid dengan adanya defisit kalorie ini, anda akan kurangkan berat badan. Itu adalah asas weight loss yang paling … well … asas! :)

Saya sendiri pun selalu menggunakan produk2 MRP (meal replacement packets) semasa saya di US kerana dengan nila matawang US dollar, gunakan produk-produk seperti Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder, MyoPlex dan lain-lain memang murah. Sekali makan hanya perlu belanja USD1-2.

Malangnya di Malaysia, kosnya agak berbeza. Bukan sahaja kos tukar mata wang asing malah dicampur dengan kos pengangkutan, pemasaran dan lain-lain. Jadi sebagai pengguna, kos untuk 1x Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder (550g) adalah RM160 (lebih kurang) untuk 20 hidangan. Jadi kos setiap kali makan adalah RM8.

So dengan kos RM8, adakah ia berbaloi? Well itu bergantung kepada individu. Sekiranya kos produk herbalife tidak menjadi beban kepada anda, sememangnya ok anda ingin gunakan Herbalife untuk jangka masa panjang.

Apa beza Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder dengan MRP lain?

Sama dengan mana2 suplemen meal replacement yang lain, Herbalife tidak berbeza. Mereka membekalkan nutrisi-nutrisi am dengan kadar yang seimbang. Itu sahaja! Bagus? Memang bagus BUT disebabkan nutrisi-nutrisi Herbalife diimport, kosnya lebih mahal. Apa beza soy protein Herbalife dengan soy kacang Malaysia? Kos! Apa beza kandungan karbohidrat dan fiber Herbalife dengan yang di Malaysia? Kos!

Jadi berbaloi tak Herbalife? Dari segi nutrisi memang berbaloi dan boleh dijadikan pengganti sajian sesiapa pun. Sama ada anda mampu untuk mengamalkannya untuk jangka masa panjang hanya anda yang tahu. My advice: tiada masalah gunakan Herbalife atau mana-mana produk MRP untuk “suplemen” pemakanan anda tapi akhirnya anda perlu pastikan 1) anda mampu mengekalkan berat badan TANPA mana-mana suplemen dan 2) jangan sekali-kali bergantung kepada mana-mana suplemen untuk menggantikan cara pemakanan dan senaman am

Kenapa saya tidak gunakan Herbalife?

Bukan kerana saya rasa ia tak bagus atau suplemen tidak perlu. Saya sendiri pun gunakan suplemen. Saya lebih gemar gunakan suplement whey protein semata-mata dan menambah karbohidrat daripada sumber makanan di Malaysia seperti roti, buah-buahan yang jauh lebih ekonomi berbanding karbohidrat yang di-import.

About Kevin Zahri :

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • http://www.facebook.com/mamyeski.rose Mummy Isaac

    suggestion whey protein brand for woman, pls…..tq

  • Kamal9537

    kalo betul product ni bg org sihat naper tak kempen kat hospital…kat sana ramai org mtk perhatian..bagi la depa pengetahuan,,,,lg baguihhh……..

    • amin13

       barang MLM mana boleh dikempenkan dihospital… lagipun di hopital bahagian sajian dietitian selalunya dah ada makanan tambahan untuk pesakit kurang nutrisi spt Ensure, Glucerna, Jevity etc…etc… dan ianya lebih spesifik terhadap pesakit tersebut, contoh Glucerna SR / Nutren diabetik adalah makanan ala2 herbaliufe yg baik untuk pesakit kencing manis, manakala nepro untuk pesakit buah pinggang… sekiranya pesakit nak bawa sendiri makan dipersilakan… tapi kalau Dr nak preskrib herbalife dlm wad tidak dibenarkan… TQ

    • MLM Loser!

      Agree with you! Ayat cliche – “awak kalau nak turun lebih cepat kena tambah product ini, ini, ini…kalau awak ambil 1 & 3 je lambat sikit bla bla bla”. Haha! Loser! Loser! MLM loser! Kalau betul nak TOLONG/BANTU ORANG mcm yg penyangak ni selalu cakap (janji palsu, berdosa tau Tuhan murka orang kaya tapi menipu!), jadikan PRODUK KESIHATAN tersebut sebagai PRODUK RUJI, MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA! Jangan nak back up sangat Herbalife ke, brand apa ke ada pakar pemakanan yg ada 100 PhD sekali pun, sendiri mau ingat la tengok realiti negara asal Herbalife sendiri punya POPULASI MANUSIA TERLEBIH BERAT. Itu ke namanya IKHLAS NAK BANTU ORANG? Ikhlas bantu orang bermaksud setiap individu punya hak sama rata, dapat apa yang kita dapat, 50-50. Tapi apa yang terjadi? Semuanya penipuan semata-mata!

      For your information, I was attended few Herbalife “events” (majlis khas untuk orang tamak haloba, gilakan duit!) dan saya sangat benci bila mereka-mereka yang punya pangkat tinggi dalam bisnes dengan angkuhnya berkata “HERBALIFE NI MAKANAN ORANG CERDIK!”. Astaghfirullah al-azim, Herbalife bukan makanan orang cerdik wahai kakak-kakak, abang-abang yang terdesak nak dapat side income lebih. Dalam Al-Quran tak ada menyatakan Herbalife makanan terbaik! Makanan terbaik yang ada dalam Al-Quran itu SUSU, KURMA/TAMAR, DAGING TERNAKAN… See, tersasar jauh dah orang-orang yang taksub pada bisnes MLM.

  • health concious

    antara protein herballife dan protein amway mana satu bagus?

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      lebih kurang for me.

  • Nurul

    Hi Kevin, thank you, good review. How about Bios Life Slim? Claimed to burn away excess fat forever.

    Selamat berpuasa semua!

  • zul

    can i share ur information about herbalife in my page? :)

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      sure zul. just link it back. thanks.

  • http://twitter.com/hoorayyyyy QeeBa

    cuba tengok 4life pulak? berbaloi tak harganya?

  • shahrie

    hi kevin, can u explain more about consume acai berry to lost weight?is’t safe?are they just like other slimming pills? thank you.

  • AzymAzizi

    Hi Kevin & friends. :)
    Bg sy, tak jadi masalah untuk consume Herbalife as a daily consumption. Herbalife dah wujud selama 32 tahun & ada di 83 buah negara which help peoples to lose/gain weight & improve healths. What we must concern is, the eating habit of people now days who always eat fast food, unbalance food, etc & lead most of them to hospitals.

  • mira

    Haha , kevin kevin . kenapa sebut herbalife jek ?? nape x sebut product lain ?
    Ohh ye, herbalife tak mahal punnn . Siapa nak makan murah , boleh dapat 25%,35%,42%,50% . Yg kevin sebut kat atas tuh tuk non distributor punye price saje. sape2 yg tak tahu langsung pasal herbalife x pyah main ckp jekkk ;)

  • Fizan

    Hi Kevin,can you email me the e-book(in Malay)..how to buy your ebook..thank you. fizan_yusop@yahoo.com

  • Aida

    For me, why herbalife bcoz sbb i percaya dgn scientist n the doctors…even yg mengendos produk ni pon bkn calang2 doktor…slh seorang drpdnya yg mencipta BMI, mempunyai 7 phd in human nutrition….so,no doubt….n ianya base on whey protien….why bhn organik drpd luar negara? Sbb kn iklim n kurang polution…..our company sgt titik beratkan kualiti…….so, thats why our company the best company dlm pengurusan berat badan….in the world :)

    Bkn sy ckp,tp ianya fakta drpd NYSE :)

    • Goh Quan Tzhoe

      I agree with what you said.. We’re consumer we can make a good choices.. Herbalife is good but lack out of some anti-oxidant. Anti-oxidant is very important for our body. You may find out at Google what is function of anti-oxidant in our body. So, I’ve change my product.

      • Goh Quan Tzhoe

        you can find me at facebook. And ask more about the anti-oxidant. Thank you..

        • disqus_nWub49RIkq

          you can get anti oxidant from the tea mix.. and aloe herbal..

  • Safwan Bangi

    Utk lose weight saya hanya guna MAKANAN SUNNAH spt Khal Tamar (Cuka Kurma/Buah) utk cuci hati(liver) & potong lemak & toksin dalam saluran darah, Madu Asli utk antibody, Minyak Zaitun utk kesihatan jantung dan buang kolestrol serta tingkatkan metabolisme. Makanan2 Sunnah kebanyakan berfungsi utk membuang toksin badan, dan apa yg saya tahu toksin adalah PUNCA UTAMA metabolisme rendah & sukar bakar lemak. Makanan2 ini ada dalam HADIS & QURAN. Kos nya?

    Khal Tamar (asli) : RM10-RM15 (500ml)
    Madu Asli : RM60-80 (1 botol besar)
    Minyak Zaitun : RM16-RM20 (500ml)

    Apakah makanan2 SUNNAH lebih BERKUALITI dengan makanan IMPORT?

    p/s : saya x jual produk2 yg dinyatakan oleh saya, boleh cari di kedai yang jual kurma. elakkan cari produk yang sedia diproses atau sudah dicampur ketiga2 bahan kerana harga akan melambung tinggi, tetapi kualiti tetap baik.

    • Jerry

      May I know what company is tht?

  • Aizuddin

    Assalam bro, saya dah turun lebih 20kg dgn sarapan dan makan malam dengan shake Herbalife. Nak turun berat badan?

  • amende lipit lipit?

    yang marah marah tu sbb tengah kejar PV nak jadi leader nak pakai bmw,melancong ke overseas,cheque bulan bulan puluh puluh ribu..aku dulu taik MLM jugak bukan satu tapi lebih dpd 5 MLM..dah masak sgt dgn MLM ni..apa yg kevin ckp tu mmg betul, e-book dia pun murah dan berkualiti..i’m lost 12kg dlm masa sebulan setengah hanya dgn ikut e-book kevin ni je..cuba google susu sunlac cuma harga rm 18 je dan meal nutritions nya sama dgn apa yg terkandung dlm satu lagi product ehem ehem lipit lepat tu..so kenapa nak membazir duit? Nk buat MLM tu buat je la tp tak payah condemn apa yg fakta..

    • MLM Loser!

      Agree with you! Ayat cliche – “awak kalau nak turun lebih cepat kena tambah product ini, ini, ini…kalau awak ambil 1 & 3 je lambat sikit bla bla bla”. Haha! Loser! Loser! MLM loser! Kalau betul nak TOLONG/BANTU ORANG mcm yg penyangak ni selalu cakap (janji palsu, berdosa tau Tuhan murka orang kaya tapi menipu!), jadikan PRODUK KESIHATAN tersebut sebagai PRODUK RUJI, MAMPU MILIK RAKYAT MALAYSIA! Jangan nak back up sangat Herbalife ke, brand apa ke ada pakar pemakanan yg ada 100 PhD sekali pun, sendiri mau ingat la tengok realiti negara asal Herbalife sendiri punya POPULASI MANUSIA TERLEBIH BERAT. Itu ke namanya IKHLAS NAK BANTU ORANG? Ikhlas bantu orang bermaksud setiap individu punya hak sama rata, dapat apa yang kita dapat, 50-50. Tapi apa yang terjadi? Semuanya penipuan semata-mata!

      For your information, I was attended few Herbalife “events” (majlis khas untuk orang tamak haloba, gilakan duit!) dan saya sangat benci bila mereka-mereka yang punya pangkat tinggi dalam bisnes dengan angkuhnya berkata “HERBALIFE NI MAKANAN ORANG CERDIK!”. Astaghfirullah al-azim, Herbalife bukan makanan orang cerdik wahai kakak-kakak, abang-abang yang terdesak nak dapat side income lebih. Dalam Al-Quran tak ada menyatakan Herbalife makanan terbaik! Makanan terbaik yang ada dalam Al-Quran itu SUSU, KURMA/TAMAR, DAGING TERNAKAN… See, tersasar jauh dah orang-orang yang taksub pada bisnes MLM.

      • disqus_nWub49RIkq

        cara awk cakap.. mmg bukan adab orang islam bercakap.. aduh.. mcm gaduh dgn bayang2..

    • mr fitman

      yeah!!!! betul la bro diorang tgh kejar pv vp entah ape bende tah sbb nak pakai bmw and melancong bukan sebab nak tlg org pun. yg ko dah turun 12kg, dah bp ramai yg ko dah tlg kuruskan?

  • isya

    sory mne nak cri herbalife nie yg trdkat di kuala lumpr??

    • http://www.facebook.com/zai.ism Zai Ism

      bole contact sy di cikjem2000@yahoo.com :)

    • imran

      awk tinggal di mana?

    • husna

      dah ade yang reply ke? 013 220 1499. Area kajang dan KL. Husna bantu! :)

  • http://www.facebook.com/zai.ism Zai Ism

    1st time baca blog ni.. itu pon atas cadangan kwn sy yg jual herbalife… for me, apa2 pon kite nk buat kena lah kenali diri n masalah utama kite.. apa2 cara pon bole guna utk kuruskn badan selagi cara tu sehat, x merbahaya kn diri dan pastikn buat kajian dulu dgn apa yg hendak dibuat..ramai yg salah kn produk kalau x brjaya kurus… ada yg kata x mkn je herbalife / sd2 terus naik berat badan… kalo aktif excersie, pastu brhenti lama.. sama gak naik gak berat badan… jngn salahkn produk, makanan, atau lain2.. yg salah dan brmasalah ialah diri sendiri… x brkenan benar org yg diet dgn x mkn nasi… mcm x sehat bunyi nye… sy ambik herbalife gak.. still mkn nasi setiap hari… tp kurang kn mknn2 yg kurang sehat.. bnyk kn exercise.. bnyk kn minum air… bnyk kn buat research utk menjadik lg sihat… x baik tau kata agen herbalife briya2 nak kejar PV… sy jumpe ramai yg bria2 kejar PV tp membantu customer2 dgn memberi info2 kesihatan dan monitor pemakanan customer… kalau dengo diaorg bg ucapan, sentiasa x lepas dgn brkata TQ Allah.. nak rezeki berkat kena buat ikhlas… kalo x ikhlas x kekal nye bmw ke, bmx ke, audi ke… nak murah beli bnyk2 herbalife, konpem murah up to 50% dr harga retail… share2 dgn kwn2 yg nak beli herbalife bole la beli skali bnyk.. apa2 pon sy sngt suke artikel ni… sy baca dgn pemikiran yg positif… sape2 yg nak beli produk herbalife bole la email sy cikjem2000@yahoo.com (iklan jap ek) :)

  • mr fitman

    mahal????? pernah terfikir x berapa cost yg korang dah habiskan utk jadi obese, overweight and unhealthy??? e.g satu hari makan breakfast = rm5.00 lunch = rm8.00 dinner = rm10.00 (average people) so total per day rm 23.00 x 365days/year = RM8395.00. so total umur korang yg 20-30 tahun RM8395.00 x 20 years =RM167,900.00 so murah ke???? cost yg korang dah labur utk jadi obese, overweight and unhealthy??? so nothings come cheap la even makanan yg sedap pun mahal korang makan nandos, chilis,tgi friday satu meal bp? RM60-RM100. but ape korang dpt? just sedap je tp gain fat and weight.
    so kalo korang beli buku diet ni buku diet tu free ke??? murah ke? buku tu boleh buat korang kurus??? if can go for it. go for something value for money and ade result. kalo rase product mahal find alternative lain. product just for those yg serius and smart in measure value of money. kalo habis duit rm200-300 sebulan g gym tp x de result no use.
    aku ade member habis rm400-500 beli product sebulan tp gaji baru rm1000.00 ++. tanye apasal keep on beli product???? sbb ade result puas hati walaupun separuh gaji tapi berbaloi. dulu 180kg skang dah 137kg in just 3 month dah lose 43kg!!!!!!! so be smart not semakkkk!!!!

    • si_sepet

      sebenarnya kalau ikut kan cara bro kevin, the book now price only rm60 if not mistaken and for lifetime. and sumore, kalau ikut betul2 cara ebook tue, bukan dapat blaja cara kuruskan bdn,tp dapat kawal perbelanjaan sekali.. knp? sbb apa perbelanjaan yg digunakan untuk makanan akan secara langsung melibatkan kalori, bila blaja kontrol kalori,secara automatik la dpt kontrol duit dan kontrol nutrisi… so, depend kepada individu cara mana yang sesuai.. pendapat saya sndr,saya lagi selesa dengan cara bro kevin 1) jimat duit, hanya guna untuk makanan tanpa suppliment, 2)diet yg diperkenalkan berdasarkan makanan yang ada dimalaysia, maksudnya x perlu pantang makan sangat..* ada kriteria,nk taw kene beli ebook..

    • http://www.facebook.com/nurfauzibassar Fauzi Bassar

      same goes to you..be smart, not semak.

      jaga gaya hidup. beli buku, dapat ilmu kalau baca dan amalkan

  • mas

    kevin plis comment about slimming centre..issue kat cni berbalik kpd 1 dua produk yg sama..xfaham betul.bt penat gaduh2,just pilih yg mana rasa terbaik sudah la..

  • beddy

    semua tu pendapat masing2.. Yes pada mulanya mmg harga herbalife agak mahal dlm RM8/meal.. cos u buy retail price. If you buy in bulk u boleh dpt sehingga RM4-5/meal.

    Compare dgn sekali makan nasi & lauk pauk dlm RM5-7 sepinggan xmasuk air. n adakah makanan u balanced? I agree with kevin kalau you amalkn all the info yg dikasi n betul2 perhati apa yg u makan then worth it la. if not, kalu u jenis malas nk keluar pg cari kedai makan bersesak and belum tentu lagi kedai makan kat luar tu bersih.. just ambik je la mana2 meal replacement product..

    herbalife bukan magic tapi solution kepada sesetangah orang untuk mula berdiet dengan mudah. harga bukan penghalang kalau ANDA SERIUS! ask me now! hehe

  • thestranger3290

    saya sangat setuju dgn @cikewi…lagi pun Ada teamix yg detox and increase metabolic rate kita plus burns fat..Ada aloe Vera products yg bersihkan usus kita supaya lebih cekap dlm serap nutrients yg baik..Dan jgn lupa formula 1 herbalife adalah cellular nutrients yg dapat kurangkan LEMAK visceral yg ada pada organ2 kritikal..

  • anon the legend

    bro ,kalau badan kurus plak camne?
    boleh naik kan berat @ susuk badan ke?

  • http://www.facebook.com/nurfadiahyusof Nur Fadiah Binti Yusof

    dulu berat sy 86 kg, tinggi 162cm mmg da tahap obesiti dan selalu gastrik dan
    sekarang sy da dpt berat bdn ideal sy da turun 28 kg dlm mase 7 bulan (cepat kan)
    dan sy sangat2 seronok ^_^ suke sgt2
    sampai ramai kawan2 sy yg jeloust dgn sy
    ramai tanye “ko ubat ape ko mkn sampai jadi kurus??”
    sy x mkn ubat ape pon sy cume mkn makanan kesihatan Herbalife
    sbb tu sy x sakit gastrik lg
    dan
    boleh turun berat bdn dgn cepat

    maaf la ape yg sy amalkan iaitu kurangkn karbohidrat bukan tambahkan lagi
    dan x perlu risau tentang mknan sbb dpt nutrisi yg seimbang

    klw diet biase turun lambat takot nnty give up, terpakse tahan lapar dan
    x tentu dpt nutrisi yg seimbang takut2 terlebih gule dan karbohidrat x pasal2 tambah berat bdn plk ti

    sbb tu ambil herbalife lg cepat turun
    add facebook sy klw nak tgk gamba sy dulu dan sekarang…^_^

    nak tahu x adik sy,sedare sy pon da ikot mkn herbalife die org pon suke sgt sbb dpt turun
    sy pon dpt taw dr kwn sy yg turun berat bdn dl skarang kwn sy lansing gile pastu cantik plk tu mcm model da die…

  • sam chong

    herbalife ni utk org yg x pecayakan diri sendiri.. org yg tak percaya yg dia mampu kuruskan badan tanpa ada makan benda2 cam gini.. padahal simple jer.. korang exercise n korang makan kurang dari korang punya DCR..kompem bleh kurang berat badan korang.. kerat jari aku kalau korang tak kurang berat kalau korang buat 2 benda tu..

    buat apa la beli mende membazir ni.. pastu sama jugak tips herbalife tu suruh korang jaga makan sampai jgn terlebih DCR and bykkan exercise.. end up sama jugak dgn normal way to reduce weight iaitu exercise and jaga pemakanan.. aku tau korang ni dah beli mende mahal ni, jadi nak tanak kena la diet n exercise.. sbb dlm kepala dh tergiang2 suara cakap.. “wehh jang.. ko dah spend ratus riban ni.. takkan malas nak exercise n diet.. nanti rugi ooo”.. hehe.. aku tau laa…

    the hard truth is ” BUKAN PRODUCT HERBALIFE TU YG KURANGKAN BERAT BADAN KORANG.. TAPI ADALAH EXERCISE and DIET YG KORANG BUAT TULA YG BUAT BADAN MAKIN SLIM” simple as that.. boleh je kuruskan badan tanpa beli product herbalife atau apa apa produk meal replacement yg lain. product tu hanya meal replacement je.. bukan ada magic pun.

    rugi ooo korang x makan makanan yg sedap yg ada kat mesia ni tapi digantikan dgn susu tepung hampeh cam herbalife.. kalau kt oversea yelah sbb takde makanan yg best2 cam kat mesia ni.. rugi oo korang kalori dari herbalife tu korang bleh mkn nasi ulam, nasi kerabu, ikan keli bakar, ayam panggang, siakap stimmm.. perghhh… rugi ooo…. yg penting makanan yg kita pilih mestilah healty.. aku setakat ni dah turun 10 kg dlm masa 2 bulan.. aku guna software yg bleh track kita punya calorie intake mcm myfitnessspal. mmg berkesan.. yg penting :

    1. exercise

    2. jaga pemakanan.. jgn lebih DCR..

    kalau 2 mende ni korang x buat.. sampai kiamat pun badan korang boyot..

  • Zam

    Saya nak tanya mengenai produk Alpha Lipid SD2 yang terbaru ini….Dengar2 produk ini sama dengan Herbalife….Rasanya boleh kurus ke dengan minum susu dia sahaja….

  • Hann

    selepas saya gunakan produk Herbalife hampir setahun dan jadi distributor , saya berpuas hati dgn produk ini…cuma kerenah upline yang buatkan saya tawarhati daripada rekrut orang baru…mereka sibuk bawak orang ke program yang buatkan kita keluar duit , kata mereka ini adalah cara utk berjaya….. pastu byk lagi JANJI DICAPATI mereka….lepas tu orang2 yang saya jual produk pula harapkan magik apabila gunakan produk ini…mereka tidak mahu menimba ilmu pengurusan berat badan….mereka tidak mahu bersabar , mereka ingat berat badan boleh hilang serta merta…. cara berharap org2 macam kevin keep on berikan kesedaran kpd orang ramai……. kita tidak perlukan herbalife utk turun berat badan , tapi anda perlu rajin mengkaji , membeli dan bersenam…..

  • zairul

    bezanya hlf orang luar buat just mate org kita buat.. hihi.. tak kisah la nk amik apa pun, kalau itu yang selesa dihati buat la pilihan.. tak suka jangan ambil.. suka ambil dan bolehla buat penilaian.. suka atau tidak..nak atau tidak..semuanya terletak kat tangan masing2.. apa pun sharing is caring.. tapi macam tak sesuai je menjatuhkan produk org lain utk kepentingan siapa pun saya tak pasti.. sesiapa pun mungkin akan buat buat perkara yang sama..yela dah ada program sendiri..perlu ke nk citer program lain tu bagus.. emm..

  • http://www.facebook.com/shahril.reyel Shah Reyel

    Rm8 mahal? tidak pada zaman nasi lauk + air skrg ni berharga rm13…

  • Mr. FM

    Kevin was saying RM 8 per meal bukan per day!! -_-”…its been a year since i started lifting.. I was skinny but fat at the same time..my body was so flabby but hands and legs were so skinny.. After i started lifting thruout the year i’ve learn a lot..i learn abt body type(endo,meso,& ectomorph), metabolism, nutritions etc. To me first of all before gaining or losing weight, u need to noe ur body, understand abt metabolism, understand abt calories and all. U cant simply says i dunnoe all tis stuff. Dont be a doink!! We have google nowadays. X guna la kalau kurus pun bukan dgn cara yg sihat. Do it rite. Thats my principe!!! Watever ur body requires should first come from foods b4 supplements. To those who are muslim, korg should amalkan permakanan Rasullah s.a.w bukan sahaja permakanan malahan cara permakanan dan cara hidup Rasullah s.a.w juga. Mmg terbaik dan dipersetujui banyak pihak termasuk non-muslim. Btw org yg bayar berpuluh sehari untuk unhealthy food tu sbb itu pilihan die and maybe he’s not aware of his health. Tink abt it!! Jgan nk menangkan sgt smpi terlepas pandang bende yang kecil.