Kesan Minum Air Berlebihan

Kesan Minum Air Berlebihan

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air

Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.

Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.

About Anna :

Became a health-conscious person after she realized that because of her unbalanced diet, her body weight reached 60kg when she was only 18 years old. Now, her body weight is ideal after living a healthy lifestyle. Here at KevinZahri.com, she would like to share with others on how to live a healthy lifestyle.

  • cik lavender

    sy pgguna herbalife n mmerlukan mnum air 3-5 liter setiap hari..tp bacaan scanner still mnunjukkan sy kurang air n %body fat masih lg byk.. adakah jumlah air yg sy mnum itu boleh merosakkan buah pinggang sy? thanks ;)

    • izat

      produk herbalife y harga ratus2 2 ke awak gune???baru gune ke???

      • cik lavender

        yup..dah consume 4bln dah..nape? awk guna jgk ke?

  • Haez

    Yup Encik Kevin.. mcm mna dgn pengguna herba life ni? kene minum berliter2 sehari…

    • cik lavender

      betul tu….dah mjdi kebiasaan dah mnum berliter2 air

      • piki

        try2 komen..knape aku pnye komen tadi kne delete???

  • Nizam

    Saya pun pengguna Herbalife dan minum max 5 liter air sehari.. Macamane ek?

  • http://twitter.com/wanR7 @wanR7

    info yang sangat berguna. thanks kevin :D

    • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

      u r welcome :) … thanx to the author.

  • zul

    herbalife sya da mbik 1 bulan dh..F1 shaker dia mmg ajaib.after 1 month gune produk tue..i manage dpt guna ukuran jeans dan seluar sya yg lama x blh pakai b4 nie akibat perut buncit dgn selesa..salah satu kelebihan produk nie ia dpt shape ur body:)..bkenaan dgn herbal tea yg plu diminum 3 liter lbih tue tpulang pda individu..bg sya asl minum jer.lau perut da kembung minum tue stop la kjap..xkan nk paksa2..nanti muntah nanti :)..sekadar bkongsi pgalaman.slamat bpuasa suma

    • Yusri

      Herbalife ni ok cuma mahal giler..satu bulan dalam rm600++. Aku guna unt tambah berat. Dalam 2 minggu dah nampak hasil tapi tu la, too expensive.

      • cik lavender

        produk berkualiti mmg la mhal… mcam kasut Bata n Converse, pe bezanya? KUALITI.thats all. :)

  • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

    if you minum/makan banyak fiber, than you perlukan air extra but 3-4 liter sounds like a lot … plus maybe its more european body size ….. kita malaysia kecik2 belaka :)

    • piki

      tapi kan kevin,8-10 gelas air sehari tu untuk orang malaysia je jugak ke??orang europe brape gelas??

  • http://go-great.blogspot.com/ hafiy

    Minum air 2-3L tu biasa2 je.. Air transport utama dalam badan. Memudahkan proses detox belaku. Daripada minum air isotonik yg rata2 kandungan gula yang tinggi, lbh baik amalkan air kosong sahaja. Bg mereka yg diet pula, minum air banyak membantu. Sy dah turun 20kg dalam 4 bulan, juga dengan herbalife:)

  • Zekc Ahmad

    Maksudnya 8-10 gelas adalah benchmark dia kan? Kalau minum lebih dari tu sistem buah pinggang dan darah akan overload.

  • wildcat

    sy pun pernah minum herbalife..but I prefer to exercise in order to lose weight. Herbalife is too expensive…I don't believe M'sian sanggup spend that much money to look good. FYI..kat USA, herbalife is only USD$25 (RM75) for 750 gm Formula 1. Maybe you guys shud just drink once a day and exercise more…Ada sekali sy baca org Melayu tulis dia dapat rasa muscle is built after drinking Herbalife without lifting weight….Seriously????

  • huzaifah

    sy brminat nk ambik hrbalife tp mcm mana dlm bln puasa..kan xleh minum brliter2 air?

  • Ayu

    Hai….sya bru minum herbalife….. Mmg bgus n berkesan…. Dlm bln puasa ni lgi cpat proses penurunan. Ada sesiapa nk pm la sya bleh bg harga yg murah 30% disksun…..

    • ntiq

      dlm buln puasa ni brape kali awk minum herbalkife tuk sehari? sekali or dua?

    • nor

      hah! berminat2.how 2 pm u?

    • sue

      cmne nk contact ayu?

  • sue

    hai ayu..bole sy tau x harga herbalife brp?

  • Ayu

    Hai….. kalu nk tau lebih lanjut bleh email kat sya masayu@arh.com.my…. Tq

    • nor

      already gve u a mail
      tenx!

    • khuza hasan

      ayu..da try emel tp xdpt sbb emel address mcm salah..so how?

  • Ayu

    Sue…. Kalu nk tau lebih lanjut psal herbalife email sya masayu@arh.com.my.

  • Lina

    Salam,hai..minum air sehingga 5 liter adalah bagus atau tidak? Herbalife mengesyorkan supaya minum at least 5 liter untuk mengeluarkan waste,in order to lose weight,how about that?

    • piki

      ada 3-4 orang doktor yang menggunakan produk ni (sekarang dah kurus,dulu gemuk gila)..diorang tak pernah ckp pon pasal pengambilan air berlebihan boleh merosakkan fungsi kidney..diorang galakkan ada la ckp…

  • Lina

    Salam,hai…minum 5 liter sehari adalah normal atau tidak? Herbalife mengesyorkan supaya minum air at least 5 liter a day in order to lose KGs,how about that? thanks.. ;D

  • aoibhealfae

    During Ramadhan month, I usually drink 500ml during sahur and 500ml from maghrib to sahur. Sometimes I use oral dehydration salts since sometimes I get dehydrated and I cracked my lips even when I’m drinking a lot of water.

    5 liter is too much for a day. What important is righting the electrolyte imbalance. Even if you drink 5 L you excrete 90% of what you take by urine, sweat and breathing. Human body can’t take everything in excess. It might even overwork your kidneys. One may read a lot on nutrition for own motives (like losing or gaining weight) but one should also look up body systems first before attempting any diet plan.

    I don’t trust herbalife. A lot of it was placebos. Plus I know a friend of mind who got flamed badly by Herbalife’s representative when she was talking about healthy eating for losing weight. They stalked her and start preaching about their products until her friends drag her away. Apparently they never heard about a lot of herbal supplements are one of the drugs that have 50/50 risk since they never went through drug use research and evaluation and that FDA doesnt approve the usage of herbal supplements for health reasons. Besides, majority of losing weight herbal products cause liver and kidney failure. Kidney failure can cause a person to loose weight too. Before you take anything, try to research the product first. I never trust products that have % of natural products in it because more often than not, they have additional synthetic additives.

  • http://mamayangcekal.blogspot.com azrina

    Kenapa kita suka jadikan 100 Plus untuk elakkan hidrasi sedangkan ia air bikarbonat dan sgt manis…eeeyyyy bleh kene kencing manislah! Shaklee sendiri ada air isotonik yang sesuai bukan untuk ahli sukan juga bahkan untuk semua orang lebih2 lagi di bulan Ramadhan. Saya sendiri amalkan Performance Drink Shaklee.

  • sceptical

    teori mane kah ini? klaka la

  • Syedz

    Hi Kevin,
    Selalu dengar drink 8-10 glass of water a day, actually berapa ml for each glass. Gelas kecik lain gelas besar lain.

    • http://www.syahierafarhana.com Sya.F

      Dimaksudkan average 250ml per gelas/mug.

  • http://www.namemy.name.my fiDooo

    kalau minum sebelum makan?

  • Assila

    hi kevin. berkenaan air isotonik, bolehkah diambil dalam kuantiti yang banyak? adakah ia dikategori sbgai air bergas yang tidak baik untuk diet harian kita?

  • I love my food :P

    Hai, sy penah baca satu blog sorang HL distributor. cara nak tau brapa liter kita kene minum sehari ialah berat kita bahagi 30.cth, kalu berat 60kg / 30= 2 liter sehari je minum air.harap info ni membantu :)

/* This Hello Bar uses 4 of the basic options: showWait: is the number of miliseconds before the bar drops. positioning: is the basic positioning of the bar. It can be sticky, fixed, overlap, push fonts: is a CSS font stack. forgetful: This option makes the bar never remember whether it was open/closed. it animates every time. */