Berita Harian XY – Jaga badan cara Kevin

Posted by | November 13, 2008 | News | 14 Comments

Following is a cover story by Fairuz Zaidan from XY Berita Harian. You can view the original article on their website.

Kevin Zahri Abdul Ghaffar berkongsi rahsia pemakanan ideal untuk pembaca XY. Ikat perut atau bijak makan? Ayuh ikuti tip personaliti ini dan menangi hati pemilik kromosom XX!

KUALITI bukan kuantiti. Tertarik dengan kata-kata Kevin Zahri tatkala beliau berbicara mengenai rutin diet pemakanan yang diamalkannya. Baginya, tidak guna berdiet tetapi tidak tahu fakta kandungan dan makanan yang perlu diambil atau dielak.

Peluang bertemu dengannya dimanfaatkan untuk menyelami pola pemakanan seharian Kevin Zahri. Terkejut apabila jejaka berusia 29 tahun ini mendedahkan tabiat pemakanannya yang agak luar biasa.

“Ya, saya seperti jejaka lain yang menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam hinggalah supper. Jangan tidak tahu, saya menikmati enam menu hidangan setiap hari!,” akui Kevin Zahri tanpa berselindung.

Pada ketinggian 172 sentimeter dengan berat 68 kilogram, ramai jejaka tentu cemburu dengan bentuk badan unggul dimilikinya.

Tip mudah Kevin Zahri, setiap hidangan mestilah seimbang kadar karbohidrat serta protein yang diperlukan tubuh. Dalam pada itu, Kevin Zahri juga mendidik diri supaya tidak menikmati sesuatu hidangan hingga terlalu kenyang.

Bagi jejaka ini, penting bagi setiap orang tahu hidangan yang diambil dalam memastikan pola pemakanan sepanjang hari dimanfaatkan, sekali gus mengimbangi keperluan diet sepanjang hari.

“Tidak kira bentuk hidangan yang kita ambil, minuman juga penting dalam mengimbangi pola pemakanan. Menjadi tabiat saya untuk minum air suam lebih lapan gelas sehari. Tidak kira berapa banyak sekali pun kita minum air suam, ia baik untuk kesihatan.

….People that know me….will tell you that wherever I go, I will always have a mineral water bottle with me. Always!…

“Sekali pun saya menikmati teh tarik, saya akan memesan air suam dan pastikan ia habis,” katanya yang giat menganjurkan seminar berkaitan pemakanan ideal bersama syarikat korporat di seluruh negara.

Kesederhanaan dirinya menyuntik keselesaan sepanjang fotografi tempoh hari di studio Berita Harian. Malah, terkejut apabila beliau bersetuju ‘dimandikan’ dengan susu segar dan bergambar dengan buah epal hijau semata-mata untuk menghidupkan penggambaran.

Lihat saja bagaimana kesudahan hasil gambar penggambaran ini serta beberapa pose istimewa Kevin Zahri khusus untuk pembaca. Ia boleh menjadi bukti bahawa apa yang dicita-citakan mampu menjadi nyata.

Bersama XY – Ikon Lelaki, pakar nutrisi terkenal ini bercerita lanjut mengenai kehidupan harian serta impak diet seimbang amalannya.

Terangkan perkembangan diri Kevin Zahri?

Seperti biasa, saya banyak terbabit sebagai penceramah untuk seminar korporat, membangunkan blog serta menumpukan kepada perniagaan teknologi maklumat (IT). InsyaAllah, bulan ini saya akan melancarkan sebuah portal cekodok.com yang memberi panduan lengkap soal pemakanan secara percuma.

Tahun depan, saya bercadang melancarkan pula e-book kesihatan… Inilah yang saya tumpukan buat masa ini.

Bagaimana boleh terbabit dalam bidang nutrisi pemakanan?

Ia berlaku secara tidak langsung kerana bidang sukan sudah menjadi darah daging saya. Selain aktif dalam sukan bola sepak dan tenis, saya sukakan bidang kecergasan. Bermula daripada amalan hidup, secara tidak langsung saya mahu berkongsi bidang ini untuk sesiapa yang berminat. Selama 11 tahun mengamalkannya dan lima tahun lagi secara profesional, ia nyata memberi pengalaman cukup menarik.

…selama 11 tahun mengamalkannya…ia nyata memberi pengalaman cukup menarik…

Pandangan Kevin mengenai diet pemakanan lelaki Malaysia?

Secara umum, diet pemakanan lelaki Malaysia terutama Melayu banyak dipengaruhi gaya hidup masyarakat yang suka melepak di restoran mamak. Lelaki Melayu contohnya tidak mengambil peduli sangat soal pemakanan, apatah lagi mengikuti kelas kecergasan. Lihat saja, bagaimana mereka menjaga tubuh badan apabila sudah berkeluarga. Faktor inilah yang kerap terjadi kepada lelaki normal yang sudah berkahwin.

Ada perbezaan faktor gaya dan bentuk badan lelaki bujang dan lelaki yang sudah berkahwin.

Dua faktor yang mengkelaskan gaya hidup antara lelaki bujang dan yang sudah berkahwin bergantung kepada situasi. Kebanyakan lelaki bujang dan muda, mereka aktif bersukan. Ini tentunya didorong faktor kadar metabolisme yang tinggi.

Sebaliknya, tidak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin, jika kadar metabolisme menurun, ditambah pula gaya hidup dan minat bersukan makin berkurangan, lelaki mula mengalami perubahan. Itulah antara pendorong mereka menjadi boroi dan lesu.

Adakah Kevin Zahri merasakan yang lelaki Malaysia rajin bersenam?

Gaya hidup untuk bersenam bukanlah menjadi kegemaran lelaki Malaysia. Malas bersenam ini antara lain disebabkan faktor cuaca panas negara ini yang membuatkan masyarakat lebih gemar berjalan-jalan di pusat beli belah. Ia secara tidak langsung membentuk budaya masyarakat gemar membeli-belah.

Seharusnya mentaliti itu harus ditukar dengan menjadikan senaman satu gaya hidup baru. Tidak kiralah ke gimnasium, gelanggang futsal, tenis dan sebagainya. Aktiviti bersukan tidaklah secara rutin harian, memadai dua kali seminggu.

Umum melihat Kevin Zahri sebagai pakar nutrisi. Tetapi, dalam kehidupan seharian, bagaimana diet pemakanan yang anda amalkan?

Makan mana yang perlu dan tinggalkan yang tidak perlu dalam menjaga keseimbangan berat badan. Saya sendiri menikmati sebanyak lima hidangan setiap hari di mana 35 hidangan dalam tempoh seminggu.

Dalam tempoh itu, mungkin 25 hidangan adalah pilihan terbaik, manakala baki lain mengikut kehendak selera. Pentingnya kita mengetahui isi kandungan makanan yang kita ambil sepanjang hari dalam menjaga bentuk badan ideal.

Bagaimana dengan rutin harian pemakanan Kevin?

Bergantung kepada keadaan juga. Terus terang saya katakan, yang saya menggemari coklat, nasi lemak, teh tarik. Namun, saya akan pastikan keseimbangan makanan yang akan diambil sepanjang tempoh sehari.

Seperti teh tarik, ada kalanya saya menikmati sehingga tiga cawan sepanjang hari, tetapi pada masa sama turut menikmati air suam untuk mengimbangi kandungan manis. Ada juga kenalan yang pelik melihat pemakanan saya seolah-olah tidak mengamalkan diet, sedangkan saya akan seimbangkan dengan senaman yang betul.

…ada kenalan yang pelik melihat pemakanan saya seolah-olah tidak mengamalkan diet, sedangkan saya akan seimbangkan dengan senaman yang betul…

Rutin waktu pemakanan saya bermula:

  • 8 pagi – Sarapan pagi
  • 10.30 pagi – Menikmati sajian ringkas yang mengenyangkan
  • 2 petang – Makan tengah hari
  • 4 petang – Minum petang
  • 8 malam – Menikmati hidangan makan malam
  • 11 malam – Minum tengah malam

Adakah Kevin sesekali menikmati makanan yang keterlaluan dan tidak berkhasiat?

Hampir setiap hari saya menikmati pelbagai menu hidangan sama ada ia benar-benar keperluan mahupun tidak. Tetapi penting kita seimbangkan menu hidangan dan tahu apa yang kita nikmati. Memang sukar untuk memahami isi kandungan bahan makanan dalam tempoh singkat, namun itulah proses pembelajaran yang saya sendiri pelajari sehingga kini.

Sesetengah lelaki tidak peka soal pemakanan terutama makan di tengah malam. Bagaimana Kevin melihat situasi ini?

Kita tidak boleh menolak situasi sedemikian kerana inilah yang menunjukkan kebahagiaan masyarakat Malaysia. Bersantai di restoran mamak dan kopitiam menjadi suatu gaya hidup yang menceriakan budaya masyarakat di negara ini. Sekalipun kita nikmati minuman manis contohnya, seimbangkan juga dengan air mineral.

Terangkan personaliti Kevin Zahri?

Saya seorang yang easy going, tidak sombong, menggemari aktiviti bersukan. Apabila bergaya pula lebih selesa dengan seluar denim dan kemeja-T. Saya menikmati kehidupan ini dengan penuh gembira.

Adakah Kevin mementingkan kesempurnaan?

Bergantung kepada keadaan dan situasi. Saya tidak mudah melatah dengan benda yang kecil-kecil. Setiap yang dilakukan seharusnya lebih profesional.

Bakat Kevin yang mungkin orang tidak tahu?

Secara teknikal mungkin berkaitan dengan bidang nutrisi. Saya boleh juga mendalami dan menguasai pelbagai bidang sukan.

Bagaimana dengan cara berfesyen Kevin?

Saya gemar gaya yang kasual seperti pakaian di British India. Sebolehnya saya gemar menggayakan denim dan kemeja tetapi apabila perlu mengenakan kemeja dan tali leher, saya akan ikut protokol itu. Aksesori pula bagi saya memadai sekadar telefon bimbit, dompet dan kasut yang bersesuaian.

Aktiviti waktu lapang?

Selalunya bersukan. Hampir setiap hari saya akan isi dengan aktiviti bersukan. Skuasy, menonton wayang dan melalui kehidupan yang memang saya rindukan seperti bercuti dan menikmati hidangan makan malam istimewa. Saya juga suka memasak sesuatu yang ringkas seperti stek ayam dan ikan. Jangan tidak tahu saya boleh menikmati resipi hidangan sama hampir setiap hari mengikut selera saya.

Seksi seorang lelaki mengikut pandangan Kevin Zahri?

Lelaki yang menepati gaya kontemporari bukan saja dari aspek fizikal semata-mata tetapi mengimbangi cara personalitinya sehingga menampakkan ciri-ciri itu. Gaya seperti Brad Pitt contohnya menyerlahkan ciri-ciri itu.

Bagaimana pula gambaran seksi seorang wanita?

Ia banyak berkait rapat dengan ciri fizikal yang menampakkan daya penarik seorang wanita.

Wanita pilihan Kevin Zahri?

Wanita yang memiliki ciri-ciri keibuan sebagaimana karektor ibu saya sendiri. Ia tidak saja penuh dengan kasih sayang, malah memahami dan memberi sokongan dalam apa saja situasi.

Perancangan 2009 Kevin Zahri

Mahu menikmati kehidupan dengan penuh kegembiraan dari Isnin hingga Ahad. Mahu setiap perkara yang dilakukan itu tidak semata-mata kerana duit tetapi mahu dibayar dengan kualiti kehidupan kita. Mungkin pada masa sama, tahun 2009 akan membawa saya kepada satu program TV membabitkan kecergasan.

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • http://panduan-minisites.com/ PakarMinisite

    First time datang blog ini, tak sangka di Malaysia pun ada blog pasal kesihatan ni. Saya salah seorang yang amat mementingkan penjagaan bentuk badan seperti saudara Kevin. Saya bersetuju dengan pandangan saudara Kevin tentang lelaki yang sudah berkahwin kebanyakan mula boroi dan lesu.Kebanyakan lelaki malaysia bila remaja mcm sy ni.. amat giat aktf bersukan.Petang-petang of course pergi main bola, Bila sudah mula berkerja,masa untuk bersukan terabai sedikit disebabkan kepenatan berkerja sepanjang hari dan malam-malam menghabiskan masa dengan keluarga :) ; padang bola pun dah tak de :), jadi lama kelamaan, tabiat tidak bersukan menjadi darah daging. Saya dah jumpa ramai senior 3-4 tahun lebih tua dari saya. Dahulunya semasa mereka berusia seperti sy ni, badan mereka memang menarik tapi sekarang sudah boroi :). Kalau nak dibandingkan dengan US contohnya,saya kagum dengan kebanyakan kaum lelaki di sana yg sentiasa menjaga dan mengekalkan bentuk badan.

  • Almizah_mel

    sy setuju dgn pandangan saudara kevin…berkenaan dgn penjagaan badan oleh lelaki.Kebnanyakan dari mereka apabila sudah berkahwin tidak mementingkan penjagaan badan mereka.Hal ini menyebabkan kebanyakan lelaki di Malaysia yg telah berusia kelihatan boroi.

  • 5feet

    hi kevin,
    i’m a female and started to work out at gym last month…thing is, there is no reduction in my weight and that frustrated me..but my friend said that i look better..why my weight stay the same as before eventhough i’ve work out and changed my eating habit? i’m 60 kg, 155cm tall, 24 years old

  • http://panduan.perfectslimdiet.com/ Arsyad

    Saya amat bersetuju dengan Kevin terutamanya soal corak pemakanan rakyat Malaysia> Saya sendiri telah melibatkan diri secara serius dalam soal pemakanan dan diet ini dan telah banyak berkongsi maklumat tentang ini.

    Semasa kaji selidik diadakan, ramai kalangan rakyat malaysia tidak mengira bangsa yang tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu tentang isu kandungan nutrisi dalam pemakanan harian. apatah lagi untuk mengetahui soal nilai kalori.

  • Hairi.

    Hai, Mr. Kevin, Saya amat berbangga kerana anak malaysia melahirkan satu laman Blog yang begitu menarik utk tatapan anak-anak malaysia, terutamanya
    Lelaki-lelaki serta jejaka-jejaka malaya yg majoritinya
    tak ambil kesah masaalah pemakanan serta penjagaan
    kesihatan.

    Kita patut mengambil iktibar serta renungan dari laman2
    web antarabangsa (US) masyarakatnya kalau dilihat nampak
    dah berumur tetapi badan masih Macho!!!Ayuh Lelaki2
    Malaya mari kita beramai2 jaga pemakanan serta diet
    ijut cara KEVIN ZAHRI.
    wASALLAM.

  • http://kevinzahri.com Kevin

    Hairi,

    thanks for the support and kind words :)

  • are-lem

    nk no fone..
    nk kongsi tips jge bdn ngan kevin..

  • Anonymous

    .????

  • Hairi.

    Same 2 u, – Semoga laman web tersebut dapat dikemaskinikan setiap masa, dan dimanafaatkan oleh semua lapisan. ROTI CANAI TEH TAREK!!!!Restoran Mamak….Tapi Air SUAM Jangan Lupa.

  • afiq

    bagaimana nk bentukan “six pack”?

  • kusai

    hai kevin…saya nak tahu bagaimana hendak menjadikan badan kita sebagi seorang lelaki berotot dan tampak sasa

  • http://artitmedia.net huhu

    saya mahukan badan yg lebih berisi..sekarang saya agak kurus…

    saya hisap rokok..saya xmakan sayur…sukar utk saya makan sayur..ada cara tak utk tambah berat badan saya?
    vitamin ke..selain dr vitamin ke..

  • zerul

    badan saya terlalu kurus..seseorang mengutuk saya dengan panggilan tulang…saya malu..saya sentiasa makan dengan kerap namun badan saya tetap begini..selain itu, saya juga kerap muntah apabila setelah habis makan walaupun kuantiti hanya sedikit…

  • a

    badan suami sy kurus,tp perut mcm buncit ckit.
    sy sk kalau suami sy brisi tp bukan buncit.nk bdn suami brisi,tak tlalu kurus,xtlalu gemuk….
    ape yg perlu sy lakukan bagi badan suami sy brisi..
    masak byk pun dia mkn ckit dia mudah kenyang,bdn sy yg makin naik skrg…