Photos: Pelancaran Cabaran iSihat Di Utusan Karya

Posted by | June 14, 2012 | News | No Comments
isihat musim ke 2

BANGI 2 Jun – Seramai 30 peserta terpilih menyertai program kesihatan ‘Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSihat dan Kevin Zahri’ bagi musim kedua yang akan bermula hari ini.

Penolong Pengarang iSihat, Hamidah Zabidi berkata, kesemua peserta dipilih berdasarkan pelbagai latar belakang daripada suri rumah hinggalah golongan profesional.

“Kejayaan musim pertama program ini membuatkan ia diteruskan lagi untuk musim kedua apatah lagi dengan lebih 400 penyertaan diterima.

“Program ini seiring dengan peningkatan tahap kesedaran masyarakat mengenai perlunya menurunkan berat badan,” katanya semasa pelancaran program itu di Kompleks Sri Utusan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Badrul Azhar Rahman, Pengurus Besar Operasinya, Zurzaliza Bajuri serta pakar pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri.

Program yang mengambil masa selama enam minggu itu akan dijalankan pada setiap Sabtu sebelum diakhiri dengan majlis penutup pada 14 Julai 2012.

Antara acara mingguan yang disenaraikan termasuklah bengkel dan kaunseling, senamrobik di gimnasium, merentas desa sejauh 10 kilometer, aktiviti merentas hutan, berbasikal dan paintball.

Paling menarik, prestasi para peserta akan dipantau sendiri oleh Kevin dan pihak Kementerian Kesihatan yang bakal memberikan bimbingan dan nasihat secara individu.

Program yang ditaja Kementerian Kesihatan itu turut mendapat kerjasama Celebrity Fitness, Perbadanan Putrajaya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pusat Perubatan Prince Court, Propark, Fonterra, Nestle, Shaklee dan Avon.

Gambar-gambar sessi pelancaran bersama media.

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.