Ilmam Hakim Angkat Berat dan Turun Berat 20kg Dalam 2 Bulan

Posted by | June 18, 2012 | Success Stories | 8 Comments
ilman-hakim-turun-berat

Ilmam Hakim

  • Pelajar: Student of Environmental Applied Chemistry, Engineering Department, University of Toyama, Japan.
  • Matlamat: Kurangkan berat
  • Pencapaian: Kurang 20kg dalam 2 Bulan.
Jom Kurang Berat Badan
Assalamualaikum, hai, saya Ilmam Hakim…Pada bulan Oktober 2011, saya sangat gemuk. Ketika itu berat badan saya lebih kurang 95kg. Sebelum ini, saya ada juga mencuba untuk menguruskan badan, dan saya berjaya…Sewaktu awal tahun 2010, saya berjaya mengurangkan berat badan saya dari 90kg kepada 70kg. Tapi, diet saya itu tidak kekal lama kerana saya mengamalkan ‘starvation’. Berat memang cepat turun, tetapi susah untuk mengekalkannya.

Pada Oktober 2011, saya bernekad untuk menjadi lebih sihat. Saya tidak mahu hanya kurus, tetapi saya hendak menjadi ahli bina badan. Ini kerana ahli bina badan bukan sahaja memiliki tubuh yang cantik, malah mereka sangat cergas berbanding orang yang hanya berdiet hendak kurus semata-mata.

Belajar diet dan latih otot

Semenjak itu, saya banyak melakukan research mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti, Basal Metabolic Rate(BMR), tips pemakanan dan nutrisi, cara senaman yang bukan sahaja membakar lemak, malah senaman menggunakan besi dan mesin yang digunakan untuk melatih otot.

Prinsip untuk memiliki badan yang tough, kita harus memiliki peratusan lemak yang sedikit, barulah otot itu timbul dan kelihatan. Jadi, pada mulanya, saya menggunakan plan Fat Loss atau Cutting Plan. Plan ini masih memiliki senaman yang melatih untuk mendapat otot yang lebih kuat dan besar, namun, dalan plan ini, saya perlu melakukan banyak senaman kardio disamping bermain besi. Senaman-senaman tersebut jugak perlu disekalikan dengan pemakanan yang seimbang dan jumlah kalori yang kurang. Hal ini demikian kerana untuk menurunkan berat badan, kita harus mengambil jumlah kalori makanan yang kurang daripada yang diperlukan oleh badan kita.

Cara pemakanan saya, saya mengurangkan pengambilan karbohidrat, hanya mengambil sedikit sahaja. Tetapi saya makan lebih protein bertujuan untuk membaiki otot selepas latihan menggunakan besi atau mesin. DAN YANG PALING PENTING, MAKANAN BERKOLESTROL TINGGI DAN BERLEMAK adalah MUSUH saya.

..paling penting …. makanan berkolesterol tinggi dan berlemak adalah musuh saya…

Turun Berat Badan 20kg Dalam 2 Bulan!

Sebenarnya saya telah mencapai penurunan sebanyak 20kg setelah dua bulan latihan, namun, saya tetap tidak berpuas hati, walaupun berat saya ketika itu sudah 70kg, tetapi disebabkan kadar lemak badan saya masih tinggi, saya masih kelihatan berisi walaupun sudah mencapai BMI yang stabil.

Oleh yang demikian, saya menukar Fat loss plan saya kepada Muscle building. Saya banyak merujuk plan senaman ini di website http://www.bodybuilding.com/. Disitu, saya banyak belajar teknik teknik baru seperti microcycle yang dikenalkan oleh seorang doctor berpangkat Ph.D yang juga seorang ahli bina badan professional, Jim Stoppani, dan ahli bina badan yang professional yang lain.

Alhamdulillah, Saudara Kevin Zahri juga banyak memberi banyak tunjuk ajar dan nasihat berkenaan pemakanan dan fitness. Terima kasih Kevin.

Kurus Tanpa Senaman Satu Kesalahan!

Pada pandangan saya, berdiet hanya hendak menjadi kurus semata-mata ialah satu kesalahan yang amat besar, kerana setelah anda berjaya dengan diet anda untuk kurus, anda akan cepat berpuas hati, lalu anda akan kembali kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat. Malahan, menjadi kurus, tidak bermakna anda fit. Sebagai contoh, bolehkah anda berlari 10 pusingan padang, dan selepas itu sambung bermain bola dengan rakan rakan dengan mengekalkan prestasi permainan yang bagus? Jika anda boleh, anda memang seorang yang fit dan berstamina tinggi. Dan sukan membina badan memang membolehkan anda memiliki kehebatan seperti itu kerana ahli bina badan dilatih untuk berkerja keras dalam jangka masa yang lama, susulan latihan mengangkat berat, seperti 60kg bench press untuk 4set (1set= 10-12 repitasi).

Jika anda tidak bersetuju dengan pendapat saya, tidak mengapalah. Saya hanya beranggapan “it’s not good enough if you only can slim down, because everyone can be one, but not being strong like Arnold Schwarzenegger”.

Pada saya, body building bukan hanya sebuah sukan, ia adalah satu cara kehidupan yang lebih sihat

Sekian, Assalamualaikum.
-Muhamad Ilmam Hakim-
Student of Environmental Applied Chemistry, Engineering Department, University of Toyama, Japan.

Mula Kurangkan Berat Anda Hari Ini!

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • EkspresiRuang

    nak turunkan berat badan dan berdiet sihat di negara jepun tu rasanya lebih sng berbanding nak execute smo tu di Malaysia. lagipon org jepun pon byk mkn ikan dan sayur. so pengalaman diorang tu akan buat kita pon terikut2 gk. dulu saya study kt germany pon sng2 je nk maintain 70++kg, but by the time balik Malaysia, hmm mcm2. tau sajalah gaya pemakanan dan jenis makanan di sini. kalau determination kurang, mmg ssh untuk nak berjaya lakukan penurunan berat badan di Malaysia ni

    • lee dong chul

       sedara…jangan salah kat tempat kita berada…ada dua perkara ja.. “Nak atau Tak Nak”…kalau nak dia akan lakukan…kalau xnak,bagi ape pun xmau buat juga…jangan jadi kan perkara itu sebagai alasan… :) sekadar berkongsi…

    • wan

      no excuses..saya berjaya kurangkan 20kg in 3 months di MALAYSIA by eating MALAYSIAN FOODS..yg penting calorie deficit, regular cardio workout, and discipline..sekadar berkongsi..

      • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

        well said wan.

      • hazim

        me too..saya kurangkan 32kg sekarang dari berat 115kg…tapi saya rasa berat saya dulu dalam 120kg..sekarang berat saya 83kg..perlu calorie deficit,senaman..saya juz joging.pemakanan kena jaga..boleh je makan,tapi jangan sampai kenyang..makan hanya untuk dapatkan tenaga..berhenti sebelum kenyang k..

    • msi

      I second u. I used to be in Australia and easily loss 20kgs even maintain thru out my 4 years. bile dah balik, haish…tp xpe, it could be a factor tho.

  • http://www.facebook.com/hidayahbareed Hidayah Bareed

    this is mind blowing! congrats 

  • http://www.facebook.com/dzulkiflee.basari Dzul Kif Lee

    Setuju .. kita nak kurus berotot … bukan kurus keding … nak tau gak disiplin awak menurunkan 20kg dalam masa 2 bulan tu … best kalau dapat share pemakanan dan rutine senaman