fbpx

Rahsia Claudia Jiton Kurangkan 31kg dalam 20 bulan.

  • Nama: Claudia Jiton
  • Umur: 27 tahun.
  • Pencapaian: Kurang 31kg (85-54kg) dalam 20 bulan.
  • Instagram: claudiajiton

Nak kurang berat?

Saya merupakan seseorang yang sangat suka makan. Sejak berada di sekolah menengah, saya memang dalam kategori badan yang berisi. Sejak di sekolah menengah, berat saya sentiasa dalam lingkungan 75kg. Setelah berada di alam pekerjaan, saya dan rakan sekerja selalu makan di kedai dan selalu makan di restoran makanan segera. Dalam setahun bekerja, berat saya naik 10kg sehingga menyebabkan berat saya menjadi 85kg.

Pernah masuk hospital disebabkan masalah berkaitan berat badan.
Pernah masuk hospital disebabkan masalah berkaitan berat badan.

Masuk Hospital akibat masalah berat badan.

Pada Mac 2012, saya dimasukkan ke hospital akibat sejenis penyakit yang menyebabkan protein dalam badan saya keluar melalui air kencing sehingga menyebabkan saya kehilangan protein yang diperlukan dalam badan. Sepanjang 10 hari di hospital, doktor selalu pesan untuk saya kurangkan berat badan apabila sudah dikeluarkan dari hospital. Jadi, setelah dilepaskan dari hospital, saya nekad untuk turunkan berat badan secara sihat. Sepanjang hidup saya, saya memang selalu ingat saya akan sentiasa berbadan besar sebab mempunyai rangka badan yang besar. Cara pemakanan pula memang tidak sihat. Dulu, saya sangat suka makan makanan bergoreng. Kalau makan ayam, mesti pilih bahagian yang mempunyai banyak lemak dan kulit.

Dulu saya memang suka makan. Sekarang pun, tapi lebih mahir mengawal nafsu dan keperluan untuk diri.
Dulu saya memang suka makan. Sekarang pun, tapi lebih mahir mengawal nafsu dan keperluan untuk diri.

Sampaikan menjadi rutin untuk saya makan lemak ayam yang dibuat cucuk sate. Semasa berada di hospital, saya belajar sedikit sebanyak cara pemakanan yang betul. Tambahan pula saya di suruh berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mengajar sedikit sebanyak tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Setelah itu, saya sangat bermotivasi untuk meneruskan program menurunkan berat badan. Jadi saya banyak melakukan pembacaan tentang makan secara sihat dan bersenam dengan cara yang betul. Sehingga saya ternampak FB Kevin Zahri dan terus menjadi pengikut FB tersebut.

… Memang di akui saya banyak berkongsi post Kevin Zahri dengan rakan-rakan di FB saya sendiri di samping mengunakan maklumat tersebut untuk membantu saya menurunkan berat badan…

Apa yang belajar daripada Kevin Zahri?

Setelah mengikuti FB Kevin Zahri, saya banyak mempelajari tips untuk makan secara sihat, bersenam dengan cara yang betul. Memang di akui saya banyak berkongsi post Kevin Zahri dengan rakan-rakan di FB saya sendiri di samping mengunakan maklumat tersebut untuk membantu saya menurunkan berat badan. Tidak dinafikan banyak yang saya perolehi daripada FB tersebut. Tambahan pula dengan cerita kejayaan ahli FB yang lain menyebabkan saya tahu tiada yang mustahil asalkan kita mahu untuk memulakan langkah untuk hidup secara sihat.

Amalan diet saya untuk kurang berat badan?

Saya amalkan cara pemakanan enam kali sehari dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, saya turut menggunakan aplikasi MY Fitness Pal pada peringkat awal bagi membantu saya mengira kalori seklaigus mengelak daripada terlebih dan terkurang kalori yang diperlukan dalam sehari.

  • Pagi= Oat+Susu Omega, sebelum pukul 10 saya akan makan buah kalau lapar
  • Tengah hari= 3 sudu nasi, ayam/ikan (mesti ada sumber protein) dan sayur-sayuran (saya sangat pentingkan sayur-sayuran)
  • Petang= Buah-buahan
  • Malam= ayam/ikan (untuk protein) dan sayur
  • Sebelum tidur= Buah

Saya juga amalkan minum air masak. Saya hentikan pengambilan air manis sebab dulu saya memang peminat tegar Teh C Special (terkenal di Sarawak) tapi sekarang saya memang sudah tidak mempunyai perasaan untuk minum air yang manis sebab akan rasa melekit di lidah dan tekak. Tapi, saya juga mengamalkan ‘cheat day’ sebab melalui tips yang diberikan oleh Kevin Zahri, jangan terus meninggalkan makanan kegemaran. 🙂 Saya juga mengurangkan pengambilan ‘junk food’. Kalau makan pun, sekali dalam sebulan. Saya pun sudah tidak makan biskut kerana sedar biskut memang tinggi gula. Begitu juga dengan roti putih. Saya lebih memilih ‘wholewheat bread’ bila teringin makan ‘sandwich’.

Semasa dalam proses kurangkan berat badan.
Semasa dalam proses kurangkan berat badan.
Kadang-kadang di masa lapang, saya pergi jogging dengan rakan sekerja.
Kadang-kadang di masa lapang, saya pergi jogging dengan rakan sekerja.

Senaman?

Saya mengamalkan senaman ‘indoor’ dan kadang-kadang ‘outdoor’. Saya bermula dengan ‘skipping rope’ dan telah ‘skip’ selama setahun hampir setiap hari. Sekarang, saya menambah senaman seperti ‘squat’ dan mengangkat ‘dumbell’. Kadang-kadang di masa lapang, saya pergi jogging dengan rakan sekerja.

Suplemen? Saya tidak mengambil sebarang suplemen kerana setelah melakukan banyak bacaan, saya sedikit sebanyak tahu apa yang badan saya perlukan.
Gambar terkini Claudia
Gambar terkini Claudia

Bermula dengan doa.

Untuk mencapai berat badan yang diidamkan, perlu ingat 3 perkara penting. 1. Makan secara sihat. 2. Bersenam. 3. Disiplin. Perlu diingatkan bahawa apabila berat badan sudah mula turun dengan banyak, jangan cepat puas hati. Pastikan disiplin itu tetap ada. Sebab, sekali kita leka, berat badan akan naik semula dengan mudah. Kalau berat sudah mula turun dengan perlahan, jangan putus asa. Lambat laun kita memang akan sampai ke fasa tersebut. Yang penting, jangan hentikan cara hidup yang sihat.

…Perkara paling penting sebelum memulakan sesuatu langkah adalah dengan berdoa. :)…

Privacy Preference Center