Rina Harron: Kurangkan Berat 35kg Dalam Setahun Tanpa Supplemen

Posted by | July 23, 2012 | Success Stories | 31 Comments
photo-5
  • Nama: Rina Harron.
  • Matlamat: Capai BMI normal dan menjalani gaya hidup sihat.
  • Pencapaian: Kurang 35kg dalam setahun.
  • Facebook: rinaharron
  • Twitter: @RynaSyaz
Ingin Kurangkan Berat Badan?
Artikel ini khas saya tujukan utk sesiapa yg berasa rendah diri kerana saiz fizikal tubuh badan.

Hai, saya Rina berumur 22 tahun dan kini masih menuntut di University College Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.

Saya akui saya memang kuat makan. Apabila makan di KFC,saya pasti membaham 3, 4 ketul ayam sekali makan. Kalau di restoran pula, saya pasti order 2 main dishes dan 2 jenis air berais. Kalau di rumah pula,saya sanggup memasak nasi goreng pada malam-malam buta kerana ingin memuaskan nafsu makan saya itu. Saya sudah mula memasak sendiri di dapur ketika darjah 5 (11 tahun). Yalah, senang sikit nak makan 24jam kalau da pandai masak sendiri ni.hihi.

Zaman Kanak-Kanak Sekolah Rendah

Di sekolah rendah, sayalah yang paling besar dalam kelas dan akan berada paling belakang sekali sekiranya beratur sebelum masuk ke kelas. Setiap tahun ade pemeriksaan kesihatan di skolah untuk memeriksa berat dan tinggi. Setiap kali itu jugalah saya berdebar-debar kerana malu akan berat badan sendiri. Seingat saya, semasa saya darjah 3 (9 tahun) berat saya sudah mencapai 55 kg sedangkan rakan2 lain hanya sekitar 20 kg. Aduh betapanya malunya diri ini. Namun, saya tidak diejek di sekolah kerana saya bersekolah di sekolah perempuan. Oleh sebab itu saya terus khayal dan tidak mempunyai kesedaran langsung utk menurunkan berat badan.

…Semasa saya menjadi pengawas sekolah darjah 6 waktu itu…Skirt labuh itu tiada dijual di kedai kerana saiz pinggang saya pada waktu itu adalah 38inci. Berat paling maksima saya waktu itu adalah 90 kg…

Semasa saya menjadi pengawas sekolah darjah 6 waktu itu, saya perlu memakai uniform kemeja lengan panjang dan skirt labuh. Kemeja tersebut perlu di’tuck-in’. Skirt labuh itu tiada dijual di kedai kerana saiz pinggang saya pada waktu itu adalah 38inci. Berat paling maksima saya waktu itu adalah 90 kg.

Masa darjah 6. Saiz pinggang 2x ganda daripada rakan sebaya di sebelah.

Semasa tingkatan 1

Sekolah Menengah: Zaman Kesedaran

Kesedaran timbul apabila saya memasuki sekolah menengah. Ketika itu saya dalam Tingkatan 2. Bila sudah remaja, adalah keinginan untuk bergaya dengan pakaian wanita yang cantik-cantik namun tiada saiz yang muat. Saya hanya berpeluang mengenakan pakaian lelaki bersaiz XL. Selain itu, saya juga sedar akan risiko mendapat atherosclerosis, darah tinggi, diabetes dan sakit jantung sekiranya kita obese. Ketika itulah saya bertekad untuk menurunkan berat badan saya.

Senaman

Saya mulakan dengan berjoging pada setiap petang dengan ditemani bapa saya di taman rekreasi berdekatan dengan rumah saya. Saya juga mengikuti senamrobik di sana. Pada kebiasaannya, saya berjoging dalam 2, 3 pusingan. Kadang-kadang saya juga bermain badminton dengan bapa saya. Di rumah pula, saya pasti akan melakukan sit-ups sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Saya juga menggunakan gym bike di rumah. Selain itu,saya juga mengikuti tips-tips senaman Kevin Zahri.

Saya hanya melakukan senaman sendiri, tanpa proffesional trainer.

Pemakanan

Dari segi pemakanan pula, memang saya restrict pemakanan saya. Saya hanya makan bila betul-betul lapar dan berhenti sebelum kenyang. Saya wajib bersarapan dan makan tengah hari. Untuk sarapan, saya mengambil cereal. Manakala untuk makan tengah hari,saya makan sedikit nasi,ikan, sayur dan buah.Malam pula saya hanya makan buah dan minum susu rendah lemak.

Cara pemakanan saya di luar juga berubah.

  • Tiada lagi 4 ketul ayam KFC,
  • Tiada lagi order 2 main dishes di restoran.
  • Hal ini kerana saya sedar yang selama ini saya makan berlebihan dan tidak bersenam.
  • Kurangkan minuman berais dan minuman manis.
  • Saya minum susu rendah lemak ataupun air soya.
  • Saya juga tidak menggemari nasi. Saya lebih suka kuetiaw,spageti, mihun ataupun roti.
  • Untuk protein, saya lebih gemarkan ikan berbanding ayam atau daging.

Alhamdulillah dalam masa setahun, berat badan saya semakin berkurangan. Pada akhir tahun Tingkatan 3, berat saya sudah mencapai 56kg dengan ketinggian 164cm. Sekarang saya masih mengekalkan pemakanan seimbang dan ternyata ianya lebih mudah kerana saya tinggal bersama kawan-kawan di Ireland yang memerlukan kami untuk masak sendiri.

Jadi, saya boleh mengatur sendiri cara pemakanan saya. Setiap petang saya akan ke gym di universiti untuk bersenam dan menenangkan fikiran.

…Saya tidak mengambil sebarang jenis produk pelangsing atau jamu. Saya hanya amalkan diet seimbang dan senaman seperti yang saya katakan sebelum ini. Jimat dan murah. Insyaallah berjaya…

Supplements

Saya tidak mengambil sebarang jenis produk pelangsing atau jamu. Saya hanya amalkan diet seimbang dan senaman seperti yang saya katakan sebelum ini. Jimat dan murah. Insyaallah berjaya.

Bulan Ramadhan

Pada bulan Ramadhan juga kita boleh mengawal berat badan di samping beribadah. Selalunya saya akan bersahur pada jam 4.30 pagi dengan makan nasi dan lauk seperti biasa. Saya juga minum susu dan makan kurma. Untuk berbuka pula, semasa saya ‘sihat’ dulu, saya hanya makan kurma dan minum air panas bersusu. Kini, saya makan juga juadah yang disediakan oleh keluarga tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Bila Syawal tiba, saya makan juga juadah-juadah raya seperti ketupat, ayam masak merak, rendang, sayur lodeh dan sebagainya. Tetapi semuanya diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Tips Kurangkan Berat Badan

  1. Ambil pemakanan seimbang. Cuba kawal nafsu makan. (Dapatkan eBook percuma Kevin Zahri 45 Tip Kawal Nafsu Makan).
  2. Bersenam setiap hari kalau boleh.Yang simple pun cukup.
  3. Jangan jadikan coklat, kek dan aiskrim sebagai snek kegemaran anda yang perlu dimakan setiap hari. Tetapi jadikan buah-buahan dan sayuran sebagai pilihan utama.
  4. Sekiranya sudah capai BMI normal, jangan lupa daratan dan kekalkan gaya hidup sihat. :)
  5. Banyakkan minum air mineral dan kurangkan air manis. Minum air kosong adalah mengenyangkan dan mengurangkan nafsu makan.
  6. Banyakkan mengambil ikan sebagai sumber protein. Juga elok untuk daya ingatan
  7. Selalulah layari blog Kevin Zahri. Jangan setakat baca je ye, sila ikut sekali tips-tips tersebut.

Sekian sahaja kisah hidup saya yang tidak ramai yang tahu hatta kawan-kawan saya sekalipun. Bila ditanya, saya hanya senyum sahaja. Buat semua penggemar blog Kevin, saya harap perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan bersama walaupun tidak begitu menarik.

**Sekarang BMI saya normal dengan berat 55kg. Saya berharap dapat tone up dan turun sikit lagi sehingga 50kg.

Terima kasih
Rina Harron

Gambar terkini – 2012

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • atbk

    fit person look much younger; even younger than their young-unfit-self.

    thanks for such an inspiration!

  • Rennymahmud12

    AMAZING….CONGRATS RINA

  • Linda

    sy akan ikut apa cr dia…disamping tips dr kevin zahri mcm mana nk kira kalori yg kita mkn tu…thanks rina…

  • Aida Ibrahim

    Tahniah dik..!!

  • wan

    wahhh :)

  • Azybeautynetwork

    tahniah…seronok baca kisah ni…

  • Aihan

    wow!

  • Harlina

    Tak tau la boleh follow ke tak…susah takde partnet

    • jyn

      jom…sama-sama mengurangkan berat badan dan jadi leih sihat

  • http://twitter.com/sheral_aida sheral.com

    woaaaa ryna femes :p

  • Amydiana

    congrats rina! sbiji mcm adik sy msa zmn skola,tp adik sy belum kurus lg..^_^

  • Bhgy

    saya juga ingin cuba =) thnkax for the tips

  • RynaHarron

    Thanks!
    Buat yg bru nk try tu, istiqamah and maintain the workout. Jgn fix kn sgt brape nk trun tu. Nnt stress:). Just keep cool and buat je slow2. Insyaallah.

    I pun nk try maintain susah juga,toughest part ever. Tp Kevin e-book and tips would be really helpful. Affordable financially, mentally, physically. :)

    • amin13

      Salam & hi,

      I used to study in UCD until dec2003. Yep, kat sana susah juga nak makan nasi, asyik beli broken basmati je… Used to travel to Mater Hosp frm south civ road via bus in the morning and going back by waliking… Used to cycle frm SCR to belfield….

      I just weigh only 58kg with 175cm tall i.e 18.9 in bmi…haha… Talk about those days…..

      5month back my weigh is about 84kg!!! Now with diet and cardio dropped me down to 71.5kg…
      Wish to have my undergrad weigh, haha…

      Regards

      Amin13 a.k.a amarsa13

      • RynaHarron

        Wsalam amin.

        Wahhh hai senior! :D. Sekarang keje katne da?

        Ohh i mmg x suke nasi sgt so x terasa sgt lah mase kt dublin.huhu

        Oh now 71.5kg? Congratz! BMI normal right?

        • Amin13

          Currently working in hosp alor setar, ‘dipinjamkan’ ke hosp usm untuk buat master.
          Masa saya HO dulu berat badan saya naik secara gradual. Masa HO jadi mo naik dari 63-78 dlm masa 8 tahun. Makan sedap habaq hang… Tak bersenam, stress, tidoq tak cukup, etc etc etc…sekarang baru sedar moga tak, terlambat lagi…

          Masa kat ireland, bulan puasa mmg ditunggu, sbb makan ifter kat dublin mosque, tandoori pak yusoff sampai sekarang dok teingat… Kami jenis makan nasi, maklumlah budak laki. Gilir2 masak kat rumah sewa. Masak mcm2 variasi chicken leg tuh… Tomyam, mask merah,asak kicap… Duduk sana mmg belajor masak (used to be a ‘chef’ during raya at old msia hall dubli)n.

          Twitter : amarsa13

    • AJAK&DILLA

      Salam Rina
      Amboi rina, patut la kurus..abang ajak dan kak dilla nk try la..abang ajak “tanya dah ada “buah hati” ke..comelnyeeer gambar tu.belajar rajin-rajin ya.Jaga Diri
      baik -baik. Salam.

  • http://www.facebook.com/labu.labi.1428 Labu Labi

    trase mncabar jek…sy slalu amalkan mkn buah jgk..tp kne kurgkn mkn nsik kot..anyway,thx 4 tips~

  • eena shareena

    wuhuuu taching gak story ko ni..btw thanks for ur tips beb…lebiu so much lah

  • Eisya_2212

    congrate rina…u mcm i msa school dulu…

  • Mujahidahmuda88

    Wokey mari berdiet

  • http://www.omghackers.com/ Arya Putra

    Wow..menarik!

  • Anis

    Wow! Saya terinspirasi!

  • Farah

    you look so pretty now! :)

  • zu

    terus tantek bila sihat n kurus…=)

  • nur syazana wahid

    Salam Rina, nk tnya nih :D
    adk sy pon mcm Rina jgk mse RIna dlu2..
    tggi die 162cm kut n berat 60kg gitu .. huiih, skrng form 2..
    tapak kaki die pulak saiz 8 n 40 uk size, perghh!!!
    soalan sy , tpk kaki Rina mse form 1 or 2 dlu brpe erkk ??
    n saiz kini ? :)

  • arjuna

    Saya hanya makan bila betul-betul lapar dan berhenti sebelum kenyang. – secara tak sengaja, beliau sudah mengikuti gaya pemakanan cara Rasulullah S.A.W.. syabas dan tahniah..

  • http://www.facebook.com/hudamarzuki Huda Marzuki

    thanks for the inspiration . nak diet jugak laaa ..

  • eika

    mna nk dpt yg 45 tips kawal nafsu mkn? nak jugak berjaya macam kamu..

  • wawa zulkefli

    saya sedang berusahaa kearah situ jugakk ^^

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000533000002 Mishh Berry

    ^_^