Ridwan Kurang Berat 30kg Dalam 8 Bulan

Ridwan Kurang Berat 30kg Dalam 8 Bulan

  • Nama: Ridwan Mustafa
  • Goal Kurang Berat Badan
  • Achievement: Berat Kurang 30kg Dalam 8 Bulan.

Nak kurang berat?

Kisah ini dicatat atas kesedaran untuk berkongsi cerita dan rasa bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Saya dilahirkan pada tahun 1987, kini umur saya 25 tahun.

Semenjak kecil, saya memang obes. Pada tahun 2002, ketika berumur enam belas, berat saya sudah mencecah 96kg, saiz seluar 40 inci! Anda boleh bayangkan sendiri betapa gemuknya saya ketika itu.

Di university, saya tak pernah kisah dan ingin menurunkan berat badan, apatah lagi bersukan! Pakaian sukan buat gantungan dalam almar sahaja; persediaan kalau ada acara-acara padang di university. Itupun kalau boleh saya elak, memang saya elak. 2008, adalah tahun ‘paling gemuk’ buat saya. Berat saya 120 kg! Saya selalu lapar, dan oleh itu saya selalu makan. Makanan yang selalu saya pilih pula adalah makanan-makanan ‘junk’ seperti makanan segera KFC, McD dan Pizza Hut.

Sehingga satu ketika, saya mula terasa ‘bahaya’ akan obesity yang saya alami. Itu kali pertama saya merasa cakna akan berat badan. Mana tidaknya, hendak berjalan semakin rasa lelah, hendak bernafas pun terasa susah. Kawan-kawan pun ramai nasihatkan supaya jaga-jaga berat badan. Atas saranan seorang teman, saya mula mengambil pil tradisional untuk menurunkan berat badan. Saya mula belajar diet. Baju sukan yang selama ini putih bersih macam baju baru, sudah mula saya pakai untuk senaman.

Alhamdulillah, setelah 3 bulan, saya Berjaya menurunkan 18kg. pun begitu, akibat pil yg dimakan itu akan membawa kesan yang tidak baik, saya berhenti memakan pil tersebut, dan saya mula mengabaikan diet saya, akhirnya berat badan saya naik lagi 10kg, menjadikan berat saya ketika tahun akhir adalah 112kg dan ia kekal sehingga saya mula bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Oktober 2010,

Ketika mula bekerja, saya merasa tertekan untuk menyesuaikan diri ditempat kerja dan kerja yang perlu dibuat, saya sering merasa sakit kepala dan badan menjadi gatal-gatal terutama di bahagian peha. Satu malam akibat tidak tahan dengan situasi tersebut, saya telah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan rumah sewa saya di Batu Caves, setelah diperiksa oleh doktor, saya disahkan menghidap tekanan darah tinggi dan ia berada pada tahap yang merbahaya. Hanya satu nasihat doktor kepada saya, untuk menurunkan tekanan darah tinggi tersebut kepada tekanan darah normal , saya perlu untuk menurunkan berat badan lebih 20kg, dan doktor memberikan rancangan diet kepada saya untuk membantu menguruskan badan. Bermula dari saat itulah saya berazam untuk untuk menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal.

Antara cadangan doktor adalah

  1. Hentikan pengambilan nasi, hanya perlu ambil meehon dalam kuantiti yang sedikit dan banyakan sayur-sayuran
  2. Banyakan makan daging putih (ayam dan ikan), daging lembu boleh menaikan tekanan darah
  3. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
  4. Banyakan minum jus buah, jus yang disarankan adalah jus epal hijau + saleri + daun sup + timun batang, ia dalah untuk membekalkan fiber yang cukup kepada badan supaya perut lebih lawas.
  5. Amalkan makan bijirin seperti quaker oat untuk kurangan kolestrol dalam badan.
  6. Paling penting adalah banyakan latihan dan senaman, purata 4 kali seminggu, sejam setiap sesi.30 minit cardio dan 30 minit angkat beban.

Kurang 30kg Dalam Masa 8 Bulan

Saya mengikut segala apa yang dinasihatkan oleh doktor tersebut. Saya mula pergi ke gymnasium yang disediakan percuma untuk kakitangan syarikat saya dan mendapatkan nasihat seorang jurulatih, saya mula bersenam dengan gigih dan melawan segala rasa penat, memaksa badan agar bekerja dengan lebih kuat, seminggu selepas itu usaha saya menampakan hasil, semangat untuk menurunkan lagi berat makin berkobar – kobar , selain itu saya melakukan kajian – kajian tentang nutrisi, membaca kisah-kisah kejayaan individu sebagai motivasi untuk menguruskan badan, melanggan majalah seperti Menshealth dan Men’s Fitness, membaca tips –tips nutrisi dan diet dalam laman web Kevin Zahri untuk dijadikan rujukan dan panduan dan pelbagai lagi perkara yang telah saya lakukan. Hanya satu perkara yang tidak saya lakukan adalah mengambil produk-produk pelansingan badan kerana saya percaya, kejayaan untuk menguruskan badan adalah datang dari disiplin dan kehendak dari dalam diri sendiri

Akhirnya, dalam tempoh 8 bulan mengikut rancangan diet doktor tersebut, saya berjaya kurangkan berat badan sebanyak 30kg.

  • Daripada seorang yang tidak boleh berlari jauh, kini saya boleh berlari 10km tanpa henti, malah menyertai pertandingan larian di sekitar Kuala Lumpur.
  • Daripada seorang yang sentiasa bernafsu untuk makan, kini saya boleh mengawal nafsu makan mengikut keperluan.
  • Daripada seorang yang tidur berdengkur, kini tidur saya senyap (menurut kawan saya).
  • Daripada seorang yang yang memakai seluar bersaiz 44inci, kini 34inci.
  • Dan yang paling penting, tahap kesihatan saya dalam keadaan yang sgt baik, tekanan darah normal, kandungan kolestrol normal, kandungan gula dalam darah normal.

Inilah perkara paling manis dalam hidup saya, bayaran kepada kegigihan dan kepenatan selama lebih 8 bulan

Mac 2012

Kini, setelah hampir setahun setengah daripada bermulanya misi menguruskan badan saya masih Berjaya mengamalkan hidup yang sihat dan mengekalkan berat badan yang ada sambil membentuk otot – otot badan agar nampak lebih hebat dalam berpenampilan. Untuk mengekalkanya bukan mudah, kini setiap masa saya memikirkan tentang kesihatan, selain bersenam dan menjadi pengunjung tetap gymnasium, setiap hujung minggu saya akan meluangkan masa berjogging ditasik dan menikmati keindahan alam di tasik sekitar kuala lumpur, hujung minggu dijadikan ‘cheat day’ untuk saya menikmati apa sahaja makanan yang saya ingin makan,

Saya percaya, menurunkan berat badan itu susah, tapi yang lebih susah dan payah adalah mengekalkannya. BEAUTY IS PAIN!… Hasil selepas lapan bulan

About Kevin Zahri :

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • izz

    sdang dlm proses menyesuaikan diri…..but u are a lot in inspiring mr…:P

  • http://www.facebook.com/suze.lita1 Suze Lita Chrif

    Congrats!!.at this moment, I can only run 5 km non stop. This article is really inspiring..kudos :)

  • Uniten pusaka tersayang..

    ok i know you, we have met before wktu debat alm sekitar UM, i memang serius tak perasan you,, i never thought that the one yg I jumpa dgn Amran tu is you, seems like you memang da kurus gila compare waktu zaman kita berdebat dulu

  • wadah

    congrats!! sgt2 teruja dgn cerita en.ridwan…membuatkan sy lebih bersemangat..thanks…^_^

  • http://www.facebook.com/cardi.jasmine Cardi Jasmine

    Thank u so much for your story.i hv gone through the same road as u were n now i am healthier than i was before..thank u for making me feel good about myself.ur story is an inspiration.thank u..now i know the meaning of being fat is wrong because u will b so sick&inviting many diseases…

  • http://www.facebook.com/cardi.jasmine Cardi Jasmine

    And i have lost 34kg..will share my story soon..

  • nurafiefa zaharudin

    before kurus pon hensem dh kurus lagi la..congrat sebb berusaha gigih :)

  • http://www.facebook.com/faiz.zealot Faiz Zealot

    Ridwan Mustafa mcamana awk workout bahagian dada ya????

  • abdul

    salam,kevin,ada perkara yg sy x faham kat sini,adakah bermaksud lifting weight akan mmbantu kita losing weight mcm mmridwan ni buat,sbb kalau sy x silap lah,dlm ebook awk ada mnyatakan bahawa lifiting weight x boleh dilakukan selari dgn losing weight,sbb akan susah kita utk losing weight,am i right?

  • Pingback: Boleh ke weight training semasa nak kurangkan berat? | Kevin Zahri | Health and Fitness Question and Answer

  • ezan

    OH GOD. hensemnye. wahahhahaa

  • hussayn

    dulu cute, skrg kacak….haha.salute la kat bro Ridwan.tahniah!

  • Pingback: Ridwan Mustafa: Dulu Obes 120kg tapi kini seorang Perawagan | KevinZahri.com

  • http://www.facebook.com/meimei.senget Siti Rahimah Zaini

    congrate =) ! bru second day start diet ! #jia yao !

  • zila

    tahniah!! sy skg dlm proses yg sama.. selama 10 hr ikut program, dh turun 3kg.. cuma nk tahu dlm tempoh 2-3 bulan, apa yg awak makan… kalau blh share.. tq..

  • jurina abd hamid

    after baca kisah u ni..terus motivate….xde yang mustahil nak turun 30kg…org selalu cakap i tak boleh kurus …nothing impossible rupanya…actually lepas kurus muka u macam fahrin ahmad

  • Raracumel

    how nk disiplin erh in diet?

  • http://www.facebook.com/sephia.rezzar Sephia Rezzar

    pergh terus jd kacak..sy pon nk jd cun gak la camni..lg 10kg mesti cun!! sesia cun/hensem klu gemok ye dok..haha~~

  • Sophia

    hensemnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. mcm fahrin!