Sudah hampir enam bulan saya bergelar stay home dad kepada Rafa (5 tahun) dan Mika (3tahun). Sudah tentu ia berikan pelbagai nikmat dan keindahan untuk meluangkan hampir 24jam bersama anak SETIAP HARI. Tapi ia juga comes with various challenges yang saya ingin kongsi bersama.

[one_whole boxed=”true”]PENTING – saya sangat bersyukur dengan kurnia dan izin Allah swt untuk berikan peluang #azam2016 ini kepada saya dan bukan niat saya untuk “complain” (jutaan manusia ada masalah yang jauh lebih besar) tapi saya rasa penting untuk saya kongsikan pengalaman saya kepada yang mungkin tergerak hati untuk “cuti setahun” bersama anak2. [/one_whole]

Sukar untuk tidak bekerja.

One year is a long time. Sejak zamam kanak2, saya memang suka bekerja. Bukanlah untuk kewangan semata2 tapi untuk salurkan tenaga dan kreativiti saya kepada sesuatu yang membina. Jadi buat kali pertama tinggalkan “my passion for work” untuk jangka masa berpanjangan. The mental drain sangat sangat terasa selepas 3-4 bulan.

Financial strain?

Saya seorang yang agak financially savvy dan of course telah merancang kewangan sebelum ambil langkah untuk berhenti kerja setahun. Tapi walaupun financially saya mampu untuk menunaikan azam “stay home dad”, the psychological impact of only spending without making money is not easy.

Lagi-lagi sebagai seorang usahawan, cash flow biasanya terurus tapi kini ia hanya lah outflow. Yes memang dah tahu sebelum merancang tapi planning dan going through the experience is well its a new experience.

Sense of betrayal.

Musim JK1M ke-emam baru2 ini merupakan kali pertama saya tidak terlibat dan serahkan tanggujawap kepada barisan team leader hebat. That was not easy. Keinginan untuk berjumpa semua peserta dan kongsi ilmu bersama sangat terasa di hati (sampai lah hari ini).

Time does not stop.

Walaupun saya meluangkan hampir sepanjang hari bersama Rafa dan Mika, masa berlalu dengan begitu cepat. Dalam 5 bulan lalu, begitu banyak pengalaman yang kami berempat cipta bersama. Ia akan menjadi kenangan sepanjang hidup tapi walau macamana pun, kita tidak boleh “control” masa.

Jauh di mata, dekat di hati atau kata orang putih “distance makes the heart grow fonder”. Kalau dulu my son would say “enough working Papa”, baru2 ini dia berkata “papa, you should go work and make more money”. Lol. Funny how the irony works.

Pernah tak saya rasa menyesal?

Oh tidak! Life is about taking risks. Without risks tiada potensi for reward. Peluang untuk bersama anak2 sepanjang 2016 adalah priceless reward yang saya sangat hargai. Tapi ia bukan mudah and datang dengan cabaran yang tersendiri.

Jadi adakah saya akan teruskan #azam2016 saya? Insyallah. Sepertimana yang saya katakan pada awal tahun, 2016 adalah hadiah saya kepada anak saya. Janji harus ditunaikan. Tapi saya akan kembali untuk JK1M musim 7 untuk tunaikan tanggungjawap kepada anda dan mengisi mental void minda saya :)

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

View all posts
  • zam yatimi

    dasyat !

    fisiokerumah.blogspot.my

  • Maz1xox

    Bravo! At the end of the day, you will understand a homemaker’s role more clearly.