Cara Mengira Penggunaan Kalori Ketika Bersenam

Ramai selalu bertanya kepada saya “Berapa kalori saya bakar sekiranya saya jogging 30min?”. Well, agak sukar untuk memberikan jawapan yang tepat kerana ia bergantung kepada:

  • Kelajuan: Obviously lagi laju, lagi banyak penggunaan kalori.
  • Berat Seseorang: Lagi berat, lagi banyak.
  • Lain2: Cuaca, terrain dan lain-lain

Metabolic Equivalent Task

But, dalam dunia sports medicine, kami gunakan metabolic equivalent of task (MET), atau simply metabolic equivalent untuk mengira jumlah penggunaan kalori semasa bersenam. 1 MET adalah kadar metabolisma semasa berehat. Value MET untuk akitiviti2 bermula dari 0.9 (tidur) sehingga 18 (berlari dengan kelajuan17.5 km/h).

Kalori dibakar semasa bersenam = ((METs x 3.5 x berat dalam kg) / 200) x durasi senaman dalam minit

Contoh Pengiraan: 8jam di Pejabat

Katakan berat anda 61kg dan bekerja di pejabat (MET adalah lebih kurang 1.8), selama 8jam. Jumlah kalori dibakar adalah:

Kalori dibakar semasa bekerja = ((1.8 x 3.5 x 61kg) / 200) x 480min = 922 calories

Panduan Kurangkan Berat Badan

Sekiranya anda perlukan panduan pengiraan kalori dengan lebih lanjut untuk tujuan kurangkan berat badan dan lain2, sila rujuk kepada ebook saya “How to lose 5kg in 5 Weeks”.