7 Tip Untuk Berjaya Teruskan Cabaran Jom Kurus

Ramai yang boleh kurangkan berat badan apabila sertai program kecergasan seperti JK1M, bootcamp dan lain-lain. Tapi cabaran untuk kekal cergas dan kurangkan berat badan akan bermula setelah program tersebut tamat. Jadi di sini saya ingin berikan 7 tip untuk bantu anda teruskan perjuangan anda.

  1. Reward: Tidak salah untuk reward diri setelah lalui program atau cabaran Jom Kurus selama 6 minggu dengan penuh disiplin. Tak jangan lah jadikan ia tabiat untuk kembali ke gaya hidup lama. Contoh reward bagi saya mungkin sepotong cake atau satu scoop ice cream dan bukan the whole cake atau 4-5 scoop ice cream. Reward tapi dalam kesederhanaan.
  2. Make sure you enjoy the journey: Ramai yang berjaya kurangkan berat badan akan sering berkata bahawa mereka betul-betul enjoy gaya hidup sihat masing-masing. Kalau lah anda kurangkan berat badan yang banyak dalam cabaran JK1M tapi tidak menikmati the journey, kebarangkalian besar, anda tidak akan kekal lama. Again, amalkan kesederhanaan dalam your journey. Walaupun penurunan anda dalam kadar yang sederhana, biar kekal dan biar lah anda enjoy the journey.
  3. Pelbagaikan aktiviti: Kita cepat bosan dan suatu aktiviti, termasuk lah aktiviti senaman. Jadi pelbagaikan aktiviti senaman supaya tak cepat bosan. Seperti di atas, make sure your enjoy program senaman tersebut. Contoh: kalau anda tak minat senaman circuit training, main badminton, renang, hiking dan lain-lain pun boleh. Ingat, yang paling penting adalah gaya hidup aktif.
  4. Don’t follow semata-mata: Ikut program atau aktiviti senaman agak mudah. Ramai yang ikut arahan trainer atau program senaman tapi tidak memahami objektif, teknik dan cara mengatur rutin senaman. Jadikan program fitness program pembelajaran supaya apabila ia selesai, anda boleh bergantung kepada diri sendiri.
  5. Take your time: Kenaikkan berat badan biasanya mengambil masa bertahun-tahun. Jadi jangan lah terlalu gelojoh untuk kurangkan berat badan dengan cepat. Sekali lagi, kebanyakan kisah kejayaan kevinzahri.com pun ambil masa yang agak lama.
  6. Friends: Elemen komuniti merupakan salah satu kunci kejayaan cabaran JK1M. Ramai yang sukar untuk kekalkan rentak tanpa group support. Jadi keep your fitness friends close. Atur aktiviti bersama. Cari kawan-kawan yang baru. Jangan tunggu untuk kawan aturkan langkah. Take the first step dan jadi the leader. Malah ramai bekas peserta JK1M kini adakan program fitness sendiri atau jadi team leader cabaran JK1M akan datang.
  7. Cabaran baru: Kalau anda individu yang perlukan cabaran, sign up untuk cabaran yang seterusnya. Untuk pihak kevinzahri.com pun ramai peserta yang inginkan cabaran yang berterusan. Jadi kami pun adakan cabaran sepanjang tahun. Anda boleh rujuk di sini: Cabaran 365

…”Ramai yang ikut arahan trainer atau program senaman tapi tidak memahami objektif, teknik dan cara mengatur rutin senaman”…

[one_whole boxed=”true”]Paling penting: Tak kira betapa slow your progress is, ia tetap progress! Kalau hanya kurang 2kg dalam cabaran 6 minggu JK1M sekalipun, kalau setahun dah hampir 20kg! Ingat, kebolehan anda mengawal pemakanan adalah 80% daripada kejayaan anda. Jadi kalau anda tidak boleh bersenam pun (mana lah tahu sibuk dengan kerjaya atau ada masalah yang  [/one_whole]