8 Tip Sihat Awet Mudah Cara Malaysia

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang boleh anda lakukan untuk kekal aktif dan pada yang sama kelihatan awet muda. Kesibukkan tugas harian juga kadang-kadang membantutkan usaha anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Berdasarkan perkongsian dan perbincangan dengan beberapa individu yang masih kelihatan muda dan aktif di usia lewat 40an saya yakin bahawa cara hidup dan pemakanan yang betul merupakan asas yang sangat penting.

8 tip awet mudah mudah untuk anda amalkan:

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:

1. Tidur Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.

2. Bersenam Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.

3. Buah-Buahan & Sayuran Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4. Minum Air Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

5. Jangan Merokok Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6. Amalkan Pemakanan Seimbang Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 

7. Tangani Tekanan Dengan Bijak Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

8. Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik.

About Hafiz Mahadzir

He enrolled consultation with kevin Zahri in July 2008. Within 3 months, he lost almost 11kg. It is the biggest achievement in his life.The challenge is not when he started but when he need to keep on motivating himslef to get fit & active. He can be contacted via Twitter.com @hafizmahadzir

  • http://buahpinggangsihat.com Info Buah Pinggang

    Salam,saya nak tanya.Yang dimaksudkan tidur selama 6 hingga 8 jam itu adakah pada waktu malam atau tidak kisah pada waktu bila pun, asalkan sehari dapat 6 hingga 8 jam?

  • Pingback: 8 Tips Diet Mudah Dari Kevin Zahri | GilerKentang()

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.