Bagaimana Membuang Dagu Berlapis (Double Chin)?

Ramai yang tidak suka akan kewujudan ‘dagu berlapis’ kerana ia membawa maksud seseorang itu gemuk atau obese. Bagi perempuan yang mengenakan tudung, kewujudan dagu berlapis pasti akan menjadi semakin ketara kerana pemakaian tudung itu sendiri akan ‘mencekak’ dan menolak kulit di bahagian yang berkenaan ke hadapan, membuatkan mereka seolah-olah memiliki “dua dagu”.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Dagu Berlapis’ atau ‘Double Chin’? Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher. Secara umumnya, untuk menyingkirkan Dagu berlapis ini, seseorang itu perlu menurunkan paras lemak badan secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun, 5 langkah-langkah berikut boleh diamalkan untuk menyingkirkan dagu berlapis yang dimiliki dengan lebih efektif.

  1. 1.

    Kawal pengambilan kalori (defisit kalori). Untuk menurunkan paras Body Fat, kita kena memastikan yang body fat itu digunakan sebagai sumber tenaga alternatif secara optimum dan bukannya otot (catabolism). Dan untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, kita kena memastikan yang bekalan tenaga harian (Daily Calorie Requirement) adalah kurang dari yang sepatutnya, namun janganlah terlalu rendah. Pastikan juga pengambilan makanan (macronutrien) adalah seimbang.

  2. 2.

    Kardio, bersukan, bersenam. Apabila badan kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (muscle glycogen) badan akan mula menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif. Sumber tenaga ini (lemak) tidak terhad diambil dari satu-satu bahagian sahaja kerana apabila badan membakar lemak, ia akan mengambil lemak dari seluruh badan. Boleh jadi ia adalah lemak dari bahagian tangan, kaki, dada dan bawah dagu. Perut (bagi lelaki) dan punggung (perempuan) adalah 2 tempat terakhir (paling liat) di mana badan akan ‘mengorek’ lemak badan. Maka, anda masih mempunyai peluang untuk menyingkirkan lemak di bawah dagu dengan sedikit mudah.

  3. 3.

    Kunyah gula-gula getah. Otot muka perlu dilatih untuk menjadi ‘kuat’ agar boleh membakar kalori secara teratur. Salah satu daripadanya ialah dengan mengunyah gula-gula getah (pilih yang sugarfree). Ubah mentaliti bahawa mengunyah gula-gula getah adalah kerana manisnya. Jika boleh, sebiji gula-gula getah hendaklah dikunyah berjam-jam lamanya, sehingga muka menjadi kebas (baru berhenti). Namun janganlah disalah anggap kerana ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka sebenarnya TIDAK MEMBAKAR LEMAK, tetapi hanya membakar kalori. Lemak badan hanya dibakar secara intensif dengan banyaknya ketika kardio.

  4. 4.

    Senaman muka. Berdiri di hadapan cermin dan sebut A – E – I – O – U, gerakkan secara perlahan, namun cuba cekangkan otot muka (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka (mencebik) untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang amat lebar. Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin, setiap pagi, selepas menggosok gigi.

  5. 5.

    Senyum dan ketawalah selalu. Selain dari mewujudkan suasana yang lebih ceria dan harmoni bersama orang-orang sekeliling, senyum dan ketawa juga sebenarnya merupakan senaman-senaman kecil muka yang boleh dilakukan setiap hari. Tahukah anda, sekurang-kurangnya 15 otot terutamanya di bahagian muka akan bekerja sekiranya anda ketawa?

Semoga tip-tip ini membantu anda dalam meningkatkan lagi keyakinan diri, disamping tidak perlu lagi gusar akan kewujudan dagu berlapis yang mungkin akan mempengaruhi imej anda. Selamat mencuba!

About Joy Kalonas

Joy Kalonas used Kevin's book "Fitness 24/7" during his 40kg-weight-loss journey in just 10 months. He then continue to share his passion and experience in health and wellness through several social networks. He is currently a founder/author of SusuSejat.Com. He can be contacted via Facebook at http://facebook.com/sususejat

  • ismalina

    kevin, write something on how to kecilkan lengan pls! thanks ;)

    • http://nurulhidayatulmarjan.blogspot.com/ nurul

      yes!! saya pun nk tau macam mana nk kecilkan lengan..=)

  • http://kevinzahri.com/blog/ Kevin Zahri

    yup thing but in principle ….. lebih kurang sama dengan muka atau mana2 bahagian lain….

  • Zacseven

    luv this blog byk membantu,,tuk dptkan gaya hdup yg sihat,,,teruskan KEvin Zahri

  • diy

    Thanks kev..

  • Pingback: 27. Tips Elak Dagu Berlapis | Misi Kahwin()

  • sha azala

    kalo buat ngilangin kantong mata gimana gan ada gak disini?

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.