Hafiz Anuar Turunkan 30kg Berat Badan

By July 11, 2012 Uncategorized 30 Comments
image001
  • Nama: Muhammad Hafiz Anuar.
  • Matlamat: Kurang berat badan.
  • Pencapaian: Kurang 30kg Dalam 15 Bulan.
  • Twitter: @hafyzanuar
  • Facebook: hafyzanuar

Ingin Kurang berat?

Kisah ini saya coretkan khas untuk tatapan kepada semua dan kepada mereka yang bergelar ‘GEMOK’ atau bahasa sains ‘OBES’

Nama saya Muhammad Hafiz Anuar. Saya dari Negeri Sembilan.Saya seorang yang tinngi (185cm) Memang saya di lahirkan dari keluarga yang memang pandai masak dan sedap pulak tu. Jadi tak mustahil hidup saya gelisah tanpa makanan di sisi. Dari sekolah rendah saya memang suka berkawan dengan budak yang OBES atau GEMOK. Sebab bagi saya mereka ni terdapat keistimewaan. Keistimewaan = cerita pasal makanan 24 jam. Tabiat saya ni saya terapkan sampailah ke sekolah menengah.

Sungguh bergaya bukan? (100kg)

…ejekan dan cemuhan memang perkara biasa…Cinta monyet di tolak adalah lumrah di sebabkan saiz badan yang boleh di katakan macam ‘bapak orang’. Ramai yang lari dan takutkan saya….


Sewaktu di sekolah menengah, ejekan dan cemuhan memang perkara biasa. Cinta monyet di tolak adalah lumrah di sebabkan saiz badan yang boleh di katakan macam ‘bapak orang’. Ramai yang lari dan takutkan saya. Basikal yang di kayuh hari hari ke sekolah memang dah selalu pancit dan dah menjadi kepakaran pada saya untuk menukar tiub tayar.

Sehinggalah di alam habis persekolahan. Aktiviti makan saya makin tidak terkawal. Tambahan saya memang boleh la orang cakap pandai memasak jadi ini merupakan satu kelebihan dan di jadikan aktiviti bila waktu lapang.

Sampai satu ketika saya di tawarkan ke satu kolej di Ibu kota Kuala Lumpur. Yeah! Syurga Makanan!!

Keadaan waktu belajar masih boleh dikawal di sebabkan tiada kemudahan memasak dan makanan pun bergantung kepada berapa banyak duit belanja yang ada. Istilah duit belanja pada saya ketika ini adalah untuk MAKANAN.

Pagi, Tengah Hari, Malam, Tengah Malam memang mencari nasi.

Pagi, Tengah Hari, Malam, Tengah Malam memang mencari nasi sebagai bahan kunyahan. Sampailah satu ketika pernah kawan kawan menyambut ketibaan saya di kelas sambil cakap “beri parking woii! Bas persiaran dah sampai” HAHAHA. Itu okey lagi. Tengah cover malu duduk kat atas kerusi yang boleh putar,tah macam mana kerusi tu pun patah, hmmm. Satu petanda yang kurang baik apabila satu kelas berderai ketawa sampai habis waktu pembelajaran.

Diringkaskan, saya sambung pula pembelajaran di satu Universiti swasta di Bangi. Tercetusnya azam untuk kurus ni apabila sering di herdik, di sama ertikan dengan benda yang lebih besar seperti banglo,bas dan trailer, frust sebab kena tinggal oleh yang tersayang hahaha . dan saya mulakan dengan langkah yang PERTAMA pada bulan MAC 2011. Saya mulakan sesi diet saya dengan mencari bahan dan info yang penting untuk berdiet.

…saya mulakan dengan langkah yang PERTAMA pada bulan Mac 2011…

Blog Kevin Zahri, Youtube dan google.

Saya terjumpa Blog Kevin Zahri tentang info diet dan gaya hidup sihat. Pada mulanya memang pandang sekali lalu. Tapi blog inilah yang saya buka sampai sekarang. Saya cari dalam google, youtube. Untuk pengetahuan memang saya suka makan nasi satu hari mungkin 5x sehari. Tanggal 3 March 2011 saya kuatkan azam dari makan 5x sehari nasi ke 3x dan sampailah 1x nasi. Memang sesuatu yang sukar untuk kita tinggalkan makanan ruji yang kita makan dari kecil. Tapi bagi saya senang. Kalau nak Macho/kacak kena sakit,kalau taknak sakit gelaran bas persiaran menanti saya. Saya terapkan azam ni. Setiap kali tengok member makan nasi waktu pagi,tengah hari saya terpaksa bersabar untuk jawapan yang membanggakan di hari yang akan datang.

…saya gantikan nasi putih dengan sumber rendah karbihidrat yang lain..

Untuk Pengetahuan semua, saya ambil masa seminggu untuk praktikkan makan nasi sekali sehari sehinggalah NASI ITU SAYA GANTIKAN DENGAN SUMBER RENDAH KARBOHIDRAT yang lain. Dan saya memulakan proses praktikal seperti kardio/jogging setelah seminggu kurang makan nasi dan setelah buat research di internet tentang diet. Bagi saya ini penting sebab dari situ bermulanya semngat dengan membaca cerita mereka yang pernah menjadi gemuk, info yang terdapat dalm blog Kevin Zahri. Ini akan menjadi pencetus semangat pada saya.

Bermula bersenam dengan slow jog

Saya mulakan minggu kedua dengan slow jog. Sebab kaki saya berasa sakit apabila terus berlari mungkin di sebabkan badan yang terlalu berat. First saya start jogging dalam jarak 200 meter sahaja sudah penat. Memang teruk dan memalukan. Dan bermula pada hari itu saya mula ber-jogging untuk membakar kalori kalori yang dah lama di simpan dalam badan.

Alhamdulillah, semakin hari semakin jauh jarak yang saya boleh pergi. Saya amalkan senaman situps sebanyak 100x sehari di mana saya buat 20 kali selepas setiap kali masuk waktu solat.

Cheat Day: Masakan Emak Di Kampung

Saya juga mengamalkan meminum LIMAU KOSONG SUAM TANPA GULA selepas senaman dan sebelum tidur malam. Di waktu ini juga saya mengambil satu hari di mana hari yang saya berada di kampung iaitu sebagai ‘cheat day’ ya, hari yang saya makan nasi dan lauk masakan emak saya. Memang tak boleh nak tolak tepi. Hahaha.

Satu makanan khas yang mahal dan tidak berkesan!

Sewaktu di minggu yang kelima ketika dalam proses diet ni, saya ada mengambil satu makanan khas untuk penurunan berat badan. Dan ianya sangat mahal dan kesan pada tubuh tidak terlalu ketara dan saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil supplement tersebut di sebabkan kos yang tinggi. Bagi saya makanan tambahan/diet ni hanyalah mind set seseorang sahaja. Jika kita ambil supplement tapi makan tidak control,buang masa dan duit. Perkara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan adalah bersenam. Bukan sahaja boleh kurus malah dapat menyihatkan badan.

… Lebih membanggakan mereka yang mengherdik saya dahulu mula memberikan pujian demi pujian….

Proses penurunan berat ini terus berlarutan dan saya memang melakukan senaman yang lebih ekstrim untuk membakar kalori sehingga ke bulan yang ke3 iaitu akhir May. Lebih membanggakan mereka yang mengherdik saya dahulu mula memberikan pujian demi pujian. Dan saya jadikan pujian ini sebagai satu dorongan untuk terus menurunkan berat badan.

Perkara yang saya amalkan untuk menrurnkan berat badan:

  1. Amalkan meminum air kosong selepas bangun tidur,sebelum tidur dan di waktu harian anda. Saya amalkan meminum 3 botol besar 1500ml sehari.
  2. Amalkan senaman situps yang bagus untuk melatih otot perut
  3. Mengetahui bacaan kalori, BMR, DCR dan lain lain seperti yang diajar dalam eBook Kevin Zahri.
  4. Minum limau kosong suam tanpa gula setiap lepas senaman dan sebelum tidur
  5. Amalkan senaman kardio setiap hari kecuali satu hari iaitu ‘Cheat Day’
  6. Baca cerita pengalaman mereka mereka yang pernah menjadi obes
  7. Tekad kan azam. Contoh saya letakkan gambar di screen laptop/dinding gambar badan yang tough seperti pelakon taylor lautner sebagai sumber inspirasi.

Kini,saya hanya perlu mengamalkan diet yang seimbang untuk mengekalkan dan menurunkan berat badan. Segala info yang terdapat dalam blog Kevin Zahri memang banyak membantu. Saya mengamalkan konsep segenggam nasi dalam pengambilan nasi harian.

…Saya mengamalkan konsep segenggam nasi dalam pengambilan nasi harian…

Alhamdulillah dengan berbekalkan doa dan usaha saya dapat capai matlamat untuk menguruskan badan. Sekarang saya lebih tumpukan kepada bentuk pemakanan yang sihat, berjogging, dan membantu mereka yang memerlukan nasihat. Adalah sesuatu perkara yang bukan mudah untuk kita kecapi sesuatu, tetapi percayalah Setiap yang berusah pasti akan mendapat hasilnya. Dulu saya di herdik kini herdikan diganti pujian. Kita semua boleh hasilkan sesuatu dengan azam yang tinggi, jadikan herdikan yang anda dapat hari ini,adalah pujian di keesokan hari. Pasti ianya membanggakan diri anda.

About Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

  • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

    tahniah hafiz! extremely proud dengan usaha dan hasil titik peluh you! keep it up.

    • chip

       Ada orang menggunakan gambar Hafyz utk jual produk SD2..Saya rasa patut di ambil tindakan..Hafyz bersusah payah, orang lain kaut keuntungan mudah..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=772923350 Ili Hanani

    wow! impressive! :)

  • Rennymahmud12

    congrats…

  • http://twitter.com/Bobomeetworld Mynameisbokhari

    saya [un akan bermula dari Ramadhan ini..yeah!!

  • Amy_5274

    wow..congrats!!

  • Echa

    nk kurus jgk…. :(

  • http://www.amimblog.com/ Amim Blog

    terbaik :))

  • Noorhasyimahharudin

    terbaikkkk……

  • Sallysamijo

    wow, dah makin hensome. saya makan nasi sehari 1x, tapi x mau turun pulak. brisk walk 1km sehari. Tapi saya bukanlah jenis gemuk dan obes. my weight ideal tapi nak menurunkan part2 tertentu. pembakar semangat ni.

  • Khalid

    Sama mcm saya, Makan sehari sekali nasi dan dalam tu saya letak 2 lauk je Sayur,Ikan bakar, Belacan. Air pula air kosong.  ;P

    Tahniah .. Bila lihat kisah ni teringat kisah saya yg dulu berat 98 dalam 4 bulan turun 25 kg dan sekarang masih mengekalkan berat dengan Diet. Tp ada satu masalah Kulit lebih bahagian perut .. ermm dah tak tau nak wat ape dah :p

    • http://kevinzahri.com Kevin Zahri

      congrats khalid …. yes kulit tu memang problem for some …. my advice is to go see a dermatologist and get their opinion.

  • Miszliniey

    Sgt membakar semangat tuk kurus..saya pon nk kurangkan 15kg..

  • Hafiz

    bakar semangat on the same time jangan lupa bakar kalori jugak :)

  • Shaddy59

    tahniah..teruskan usaha..tapi jgn sampai jejaskan kesihatan….

  • http://www.azwananuar.com/ wandisini

    cayalah…macam nak jadikan sumber inspirasi je..

  • sakinah

    fuyooo! tahniah.. harap sy kuat semangat mcm awk ;)

  • AIDID

    BERAT SAYA 78KG,SAYA NAK KURUS SAMPAI TAHAP 50KG…RUTIN HARIAN KERJA YG MNYEBABKAN SAYA KURANG BERSENAM,BALIK PUKUL 6,SAMPAI RUMAH PUKUL 7,BILANYA NAK BERSENAM..CUTI TAK TENTU…BERSENAM PUN KAT RUMAH JE,TAKUT KALORI LAMBAT BAKAR,,MKN NASI SKALI SEHARI ( WKTU LUNCH HOUR ) TAPI MASIH LAGI BERAT TAK TURUN… :( SAYA BUNCIT SIKIT JE ( BUNCIT AIR KATA ORANG )

    • Edah87

      ade byk buncit rupenye ye???hahahaha

    • http://www.facebook.com/muhd.haizal.5 Muhd Haizal

      exercise 30 min jew no excuse.. pastu minum air kosong banyak..jgan minum air manis sangat..

  • http://twitter.com/REALmissvolvo Queen

    dah kurus nampak comel pulak :) tahniah :)

  • http://twitter.com/izwanadia nadia al ain

    tahniah hafiz..saya tgk awk dn menjdi pembakar semangat tuk saya jadi kurus mcm tu jg

  • Azmir438

    tahniah..ini pembakar semangat utk saya

  • Edah87

    saya nak buat jugaklah..

  • tyra

    hafiz!!wow..im impress…

  • kayuhbeskal.

    sy dulu 78 kg,dgn ktinggian 165cm..skrg dah 62kg..rutin harian pagi slps subuh joging 5@6 round pdg bola.Petang kayuh basikal@gym..target nak dapat six pack..hehe..,bulan puasa ni just kayuh jer petang2..ok ker?

  • http://www.facebook.com/siti.norayu.184 Siti Norayu

    Tahniah hafiz. Sesungguhnya nk mnikmati kejayaan lbih mudah drpd nk mngekalknnya. Sy prnh ilang 30kg tp amik msa 2 thun hnya diet tnpa senaman. Tp berat turun naik krn mngndung dan melahirkn. Skrng dah turun blik cuma msih ada ssaran 3/4 kg je lg nk nk brusaha kekalkn :-)

  • http://www.facebook.com/muhd.haizal.5 Muhd Haizal

    bro lu memang terbaik !

  • Fyza Iaanan

    nak kurus jugak..!!!

  • farhana

    Hebatnyee awak..

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama saya.