6 Tip Atasi Masalah Plateau Berat Badan

Memang stres kalau dah kurang berat tapi kini ia plateau? Memang ramai yang hadapi masalah yang sama. Video ini berikan 6 langkah untuk bantu anda atasi masalah plateau berat badan ini:

  1. Small Car vs Big Car: Fahami lah bahawa dengan kurangnya berat badan, keperluan makanan seharian pun berkurangan. Anda perlu sesuaikan kalori intake dengan berat kini. Samalah dengan kereta. Kereta besar bakar minyak lebih berbanding kereta kecil.
  2. Weight Loss vs Body Composition: Kadang-kadang berat statik atau plateau tapi bentuk badan berubah. Lagi-lagi kalau anda lalui program senaman dan pemakanan yang baik di mana: 1) lemak berkurangan 2) otot naik. Gabungkan ini mungkin tidak lah bantu anda kurang berat tapi you look better. Jangan fokus kepada angka berat semata-mata.
  3. Senaman: Pelbagaikan lah senaman untuk terus berikan perangsang berkualiti kepada badan untuk terus berubah. Kalau anda asyik buat senaman yang sama sepanjang masa, badan tiada sebab untuk breakthrough the plateau.
  4. Rehat & Stres: Pastikan anda tidak abaikan kepentingan berehat as part of your fitness routine and lifestyle. Tanpa rehat yang berkualiti badan akan stres. Kalau stres, memang sukar untuk kurangkan berat badan.
  5. Kualiti Makanan: Fokus kepada kualiti kalori dan macro-nutrient anda. Apabila dan sudah mahir mengawal jumlah kalori, penting untuk anda baiki kualiti seperti kurang garam, kurang makanan proses, lebihkan serat, baiki ratio macros anda dll.
  6. Trial and Error: Get to know your body dan eksperimen lah dengan bentuk senaman dan pemakanan yang berbeza. Apa yang berkesan untuk orang lain tidak semestinya berkesan untuk anda – dan sebaliknya.

Apa-apa pun jangan give up. Giving up does not solve your problem. Untuk panduan kurangkan berat badan yang lebih mendalam, langgan keahlihan eBook dan Video.