fbpx

Konsep “Jangan Buang Rezeki” Dan Pembaziran Semasa Berdiet

Kalau anda macam saya dan jarang habiskan makanan dan minuman (kerana ingin jimat pengambilan kalori), orang lain akan cepat menegur dan mengingatkan anda untuk elakkan pembaziran – “tak baik buang rezeki” atau “janganlah buang rezeki”.

Apakah niat anda?

Jadi apabila saya ditegur (yes, saya pun ditegur. Selalunya oleh ayah saya yang disayangi.), Saya selalu memberikan penyelasan berikut:

Betul. Memang tidak elok membazir atau membuang rezeki. Tetapi niat saya di sini bukanlah untuk membazir. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami. Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Tapi, kalau saya boleh mengelak dari membazir, insyallah saya akan amalkan. Tetapi walaupun saya sudah pesan teh tarik gelas kecil ataupun nasi separuh, kuantiti hidangan terlalu banyak.

Niat saya adalah untuk menjaga kesihatan diri. Allah SWT itu maha mengetahui dan memahami.

Tip Untuk Elak Dari Membazir Semasa Berdiet

Untuk elakkan pembaziran semasa berdiet, cuba amalkan tip-tip berikut:

  1. Jangan ikut nafsu makan semata-mata. Rancang terleblih dahulu.
  2. Cuba ambil lauk sendiri.
  3. Pesan kepada waiter/waitress yang anda inginkan gelas kecil, nasi separuh, kurang gula dan lain-lain
  4. Kalau makan bersama keluarga, cuba pesan satu gelas air manis yang boleh dikongsi. Ini juga jimatkan duit.
  5. Kalau pesan terlebih, cuba tapau yang selebihnya.
  6. Elakkan tempat makan (terutamanya restaurant) di mana saiz hidangan memang besar.
Selamat berdiet dan cuba elakkan dari membazir. Ingatlah mereka yang kurang bernasib baik.

Privacy Preference Center