Kenapa lelaki kurus cepat berbanding wanita?

Ramai wanita (terutama dalam cabaran Jom Kurus) sering tertanya kenapa lelaki boleh kurus cepat berbanding wanita.

Lelaki mempunyai purata berat yang lebih tinggi.

Maka BMR atau Basal Metabolic Rate mereka lebih tinggi. BMR adalah pembakaran kalori seharian tanpa aktiviti. Ini membolehkan meraka adanya defisit kalori yang lebih tinggi juga.

Lelaki mempunyai otot yang lebih.

Ini pun akan tingkatkan BMR semulajadi lelaki. Ini mungkin bukan soal metabolisma tapi lelaki (in my experience dalam Cabaran Jom Kurus terutamanya) lebih “all out” dalam amalan diet dan senaman. Bukan lah bermakna cara mereka lebih baik tapi lebih extreme (mungkin pantang dicabar dll) dan ini membolehkan mereka create defisit yang lebih extreme jugak.

Lelaki juga tiada menstrual cycle yang biasanya menggangu penurunan berat badan, terutama dari segi gemuk air dan nafsu makan yang agak tinggi.