Ikuti kisah inspirasi Nashriq yang berjaya kurangkan berat dari 160kg ke 88kg dalam masa 2 tahun. Beliau juga peserta cabaran Jom Kurus 1Malaysia dan kini team leader kawasan Shah Alam.

[one_whole boxed=”true”]

Mohd Nashriq Bin Othaman

[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”http://kevinzahri.com/jk1m/tl/shahalam2″ text=”Sertai Cabaran Jom Kurus bersama Nashriq” color_override=””][/one_whole]

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.

Saya merupakan team leader JK1M musim ke 4 untuk kawasan Shah Alam 2. Di sini saya akan menceritakan serba sedikit kisah saya bagaimana dapat menurunkan berat badan sebanyak 70++kg. Diharap kisah saya untuk menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada semua yang ingin menurunkan berat badan. Saya mula mengalami masalah obesiti sewaktu di bangku sekolah rendah lagi. Saya mula kuat makan dan malas utuk bersenam. Sarapan pagi saya sewaktu sekolah rendah adalah nasi putih dan lauk ayam goreng, kalau tak dapat saya tak nak pergi sekolah. Ketika masuk zaman sekolah menengah badan saya mulai membesar sehingga pakaian sekolah saya terpaksa ditempah dan dengan seluar pinggang saiz 42 dan baju saiz 2XL hingga ke 4XL. Saya sering diejek sebagai ‘gemuk’, ‘boroi’, dan lain-lain yang tidak sesuai untuk disebut di sini.

nashriq-before

Selepas tamat zaman persekolahan saya melanjutkan pengajian ke universiti dan saya menjadi seorang yang sangat obes dan mempunyai penyakit gout seawal umur 21 tahun kerana tabiat pemakanan yang melampau dan amalan gaya hidup yang tidak sihat dengan tidak bersenam dan menjadi seorang perokok tegar. Ketika ini saya terpaksa membeli baju dan seluar di kedai yang menjual pakaian khas untuk mereka yang berbadan besar dan saiz seluar paling besar yang pernah saya pakai ialah saiz 52 dan baju bersaiz 5XL. Saya menjadi bahan ketawa ramai orang dan saya berasa sangat malu dengan penampilan diri saya pada waktu itu.

Suka Makan Lewat Malam

Saya suka makan dan kuat makan. Saya boleh habiskan dan habiskan 3-4 ketul ayam sekali makan. Jika makan di restoran bersama rakan atau keluarga sayalah orang yang akan menghabiskan semua lauk yang dihidang dan saya juga yang akan habiskan makanan mereka kalau mereka tak habis makan. Makan makanan berat pada waktu malam dan makan sesuka hati tanpa mengira waktu makan menjadi tabiat saya pada ketika itu. Saya langsung tidak kisah akan kesihatan saya pada ketika itu. Kalau keluar lepak kat mamak pada waktu malam apa yang saya order kat kedai mamak ialah nasi goreng ayam nasi lebih telur mata. Sebelum tidur saya akan makan lebihan nasi yang dimasak untuk makan malam dan habiskan semua nasi yang ada alam periuk, makan dengan kicap pun jadi. Saya juga seorang perokok tegar, pada waktu itu saya boleh habiskan sekotak rokok dalam masa sehari. Akibat dari tabiat pemakanan dan gay hidup yang tidak sihat saya mendapat penyakit gout seawal umur 21 tahun. Saya pernah berkaki ayam ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor kerana ibu jari kaki yang bengkak dan apabila tiba di hospital saya ditolak menggunakan wheelchair oleh rakan yang menemani saya ke hospital. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 2012.

…”Selepas itu saya berfikir… “apa yang aku dah buat selama ini?’ Persoalan itu membuatkan saya mula terfikir untuk menurutkan berat badan”…

Mencuba Pelbagai Produk

Ramai yang menasihati saya supaya menurunkan berat badan. Saya memulakan proses menurunkan berat badan pada bulan Februari 2013 dengan mencuba mengambil pelbagai jenis produk termasuklah produk popular untuk menurunkan berat badan di Malaysia. Daripada krim sapuan kepada minuman untuk menguruskan badan semuanya saya ambil. Namun waktu itu saya hanya diet main-main kerana saya gagal untuk menjaga nafsu makan dan juga tiada ilmu yang secukupnya untuk menurunkan berat badan.

Pada waktu itu itulah kali pertama saya berlari di trek larian tempat saya belajar saya berasa sangat memang tidak mempunyai tenaga yang cukup, baru saja berlari 200 meter saya sudah berasa penat dan letih. Saya teruskan juga berlari di trek tersebut 2-3 kali seminggu. Terus terang saya katakan saya berasa amat malu kerana memiliki tubuh yang besar dan berlari-lari di trek tersebut. Namun semangat untuk berubah dan juga sokongan daripada keluarga terutama ibu dan kakak saya menjadi pembakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan menurunkan berat badan.

nashriq-before2

Pada pertengahan tahun 2013 badan saya telah mula susut dan perubahan itu disedari oleh keluarga dan rakan. Ianya perubahan dari seluar saiz 52 ke 46 dan dari 4-5XL ke 2XL dan itu sudah cukup menggembirakan bagi saya. Pada tarikh 1 Jun 2013 saya nekad mengambil keputusan untuk berhenti merokok dan insyaAllah saya berjaya berhenti merokok sehingga sekarang. Keputusan itu diambil untuk saya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan cergas tanpa merokok. Semangat saya semakin tinggi untuk menurunkan berat badan.

Kagum dengan Success Stories Kevin Zahri

Saya mula membaca pelbagai kisah – kisah kejayaan mereka yang berjaya menurunkan berat badan di laman web kevin zahri dan membuatkan saya bersemangat untuk menurunkan berat badan. Saya mula tertarik dengan program-progam Kevin Zahri anjurkan dan saya telah menyertai cabaran Jom Kurus 1 Malaysia musim kedua dan menyertai kawasan Shah Alam dengan berat permulaan 116 KG dan secara rasminya Mohd Ezuwan Shah menjadi coach atau team leader kawasan Shah Alam.

Alhamdulillah saya berjaya menjadi juara JK1M Shah Alam dengan penurunan berat badan keseluruhan sebanyak 18KG dan layak masuk secara automatik ke musim ketiga. Pada musim ketiga saya menyertai kawasan yang sama dan saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 6 minggu cabaran jom kurus dan menjadi naib juara peringkat kawasan Shah Alam dan mendapat tempat ketiga keseluruhan JK1M musim ketiga.

Saya berminat untuk menyertai JK1M kerana berada dalam satu kumpulan yang besar dan mempunyai 1 tujuan yang sama iaitu menurunkan berat badan dan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Saya juga menyertai JK1M kerana ia menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan bersama rakan-rakan yang lain dan dapat mencabar diri saya sendiri untuk menurunkan berat badan sebanyak yang mungkin dalam tempoh 6 minggu tersebut.

…”Akhirnya sebelum saya menyertai program JK1M musim 2 pada bulan Mac 2014, saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 44kg”…

[one_whole boxed=”true” animation=”Fade In” delay=”150″]Supplement yang saya ambil adalah saya amalkan minum teh hijau, multivitamin dan minyak ikan.[/one_whole]

Amalan Diet Pemakanan Saya Untuk Kurang 72kg

Saya mula amalkan pemakanan yang sihat. Saya akui pada mulanya agak sukar tetapi dengan berbekalkan semangat untuk berubah yang kuat lama kelamaan saya boleh lakukannya. Saya meminimumkan pengambilan garam, gula, dan minyak dalam diet seharian saya dan saya mengambil segenggam nasi sekali makan. Saya makan mengikut waktu makan dan saya tidak skip breakfast, lunch dan diner. Saya kawal portion makanan dan pastikan saya makan makanan seimbang (karbohidrat, protein dan serat yang cukup).

Saya memilih untuk makan makanan yang berkhasiat dan berkualiti dengan mengambil sumber protein, karbohidrat, sayur dan yang kaya dengan vitamin dan serat. Contoh protein yang saya ambil telur, dada ayam dan ikan. Pengambilan sayur hijau seperti brokoli, asparagus, bayam, saya banyakkan dalam portion makanan saya untuk mendapatkan serat yang baik. Untuk pengambilan karbohidrat pula saya hadkan kepada segenggam sahaja sehari den jenis karbohidrat yang saya ambil ialah beras biasa, beras perang dan oat. Saya juga amalkan pengambilan snek di antara waktu sarapan dan makan tengahari dan dari waktu makan tengahari hingga makan malam. Saya suka makan buah sewaktu hidangan snek dan dimakan dalam kuantiti kecil. Buah yang saya makan adalah buah epal, kiwi, pisang dan juga kekacang seperti badam dan gajus. Saya juga minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengekalkan stamina, membekalkan tenaga dan detox kepada badan. Saya minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari sehingga urin saya jernih. Saya juga amalkan minum infused water (air yang dicampur lemon / lime / mint/ strawberry / chia seed) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk tujuan detox.

Saya meminimumkan pengambilan makanan yang manis dan makanan ringan dalam diet saya contohnya seperti kerepek, popcorn, keropok, jeruk, aiskrim, kek, dan pelbagai jenis kuih termasuk kuih tradisional dan kuih raya. Saya juga tidak mengambil makanan yang telah siap diproses kerana makanan jenis ini tinggi kandungan sodium dan tidak baik untuk kesihatan contohnya seperti hotdog, sosej, burger, nugget dan lain-lain makanan yang diproses. Saya selalunya ambil makanan ini pada hari cheatday.

Menu makanan harian saya.

Sarapan pagi- Menu A (Cereal)
– 1 mangkuk susu segar
– 1 cup rolled oats
– 3 biji telur putih yang telah direbus/ digoreng tanpa minyak
– Satu sudu kecil chia seed
-Segelas air suam

Menu B (Pancake)
– 1 cup rolled oats
– 3 biji telur putih
– Satu sudu kecil chia seed
– Black pepper, cayenne, paprika, serbuk cili, cinnamon, parsley, oregano dicampur sesedap rasa..
Campur bahan-bahan tadi dan terus goreng atas non stick pan
-Segelas air suam

Snack
– Buah atau kekacang dalam kuantiti yang sedikit

Makan tengah hari
– Dada ayam atau ikan untuk sumber protein yang dimasak secara rebus/ bakar/ stim/ goreng tanpa minyak
– Sayur untuk sumber fiber yang dimasak secara rebus/stim/.
– Add on flavour seperti black pepper, cayenne, paprika, serbuk cili, cinnamon, parsley, oregano dicampur sesedap rasa..
– Nasi segenggam untuk tenaga
– Segelas air suam

Snack
– Buah atau kekacang dalam kuantiti yang sedikit

Makan malam (sebelum 8 p.m)
– Dada ayam ikan dimasak secara rebus/ bakar/ stim/ goreng tanpa minyak untuk sumber protein
– Sayur brokoli, asparagus, spinach, capsicum, tomato, cauliflower, cabbage, onion yang dimasak secara rebus/stim/goreng tanpa minyak
(portion sayur adalah ikut suka)
– Add on flavour seperti black pepper, cayenne, paprika, serbuk cili, cinnamon, parsley, oregano dicampur sesedap rasa..
– Segelas air suam

Senaman Outdoor Menjadi Keutamaan

Saya mula melakukan Circuit Training dan jogging. Komen saya, memang sakit satu badan. Bagi seorang peserta obes macam saya dan yang hanya melakukakn aktiviti-aktivi yang agak pasif seharian, Saya mula bergiat aktif dengan bermain badminton dan futsal bersama rakan-rakan. Saya akan bersenam paling minimum 4 kali seminggu dengan melakukan larian dan circuit training. Saya kini mula mencabar diri saya untuk menyertai cabaran 15 minggu freeletics. Saya juga banyak menyertai acara larian.

[image_with_animation image_url=”14791″ animation=”Fade In” img_link_target=”_self”][image_with_animation image_url=”14792″ animation=”Fade In” img_link_target=”_self”][fancy-ul icon_type=”font_icon” icon=”icon-ok” color=”Accent-Color”]

Tip kepada pembaca yang ingin kurus?

  • Pemakanan: Pemakanan sangat penting untuk dikawal. Perlu diingat untuk sihat dan fit 70% adalah melalui pemakanan dan 30% melalui senaman.
  • Senaman: bersenam minimum 4 kali seminggu dan maksimum 6 kali seminggu.
  • Rehat: Perlu ada 1 atau 2 hari dalam seminggu untuk rehat.
  • Semangat: Semangat untuk berubah kena ada
  • Motivasi: Perlu ada motivasi yang kuat untuk berubah supaya kita tidak mudah untuk berputus asa
  • Disiplin: Perlu ada disiplin dari segi kawalan pemakanan, senaman dan kehidupan seharian.
  • Target: Perlu ada target untuk berjaya dan orang sekeliling akan menjadi saksi kepada kejayaan kita.
  • Pengorbanan: Untuk berjaya kena ada pengorbanan demi ke arah kesihatan yang lebih baik untuk diri sendiri.
  • Jangan Putus Asa. Never Give Up.
[/fancy-ul]

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

View all posts
  • wani

    Story yg btul2 mengagumkan..well done .. hopefully saya pun akn ikut mcm awak…diet sy selalu kurang mnjadi sblum ni

  • angah90

    serius transformer..gambar yg selfie kat henset dengan senyuman jambu tu plak dah macam lembut pulak mat oii..haha