Farah Kamal Kurang 35kg dari berat 115kg

Farah Kamal

  • Umur: 26 tahun
  • Tinggi: 153cm
  • Berat Asal: 115.7kg
  • Berat Sekarang: 80.5kg
  • Pencapaian: Kurangkan berat 35kg dalam 2 tahun
  • Kerjaya: Graphic designer.
  • Instagram: @fitnessfarah_

Saya memang overweight since kecik. Memang makan xpernah jaga langsung, Everytime pendidikan jasmani dekat sekolah, mesti bagi alasan macam² untuk elakkan. Sports memang bukan dalam senarai aktiviti hidup saya. Pernah jugak turun berat badan, tapi xlast long sebab memang hobi saya adalah masak and makan. Selepas je habis sekolah menengah, berat saya xpernah cecah bawah 100kg, memang akan naik je. So ada suatu hari, saya naik LRT and ada mak cik dalam umur 60-an nampak saya and terus offer saya tempat duduk dia. Dia ingat saya pregnant and saya kecik hati time tu and balik rumah terpikir, that’s when I decided to do something about myself.

Tidak pernah kisah pasal weight atau food intake.

Selalu makan apa² saja from appetizer til dessert. Saya mmg suka makan and selalu cuba restaurant baru yang orang recommend. Saya ada habit makan fast food pada tengah malam especially McDonald’s. Saya akan order large set, extra fries and dessert. Mostly 4 kali seminggu makan macam ni. Saya juga pernah cuba slimmming pills & slimming centre and turun memang turun, tapi bila stop makan pills, naik berat badan triple apa yang lose. Nafsu makan membuak-buak. Saya makan 5-6 nasi dalam sehari and berat naik 20kg dalam masa 4 bulan.

Sertai Program Cabaran iSihat bersama Kevin

Saya pernah beli e-book dari Kevin, tapi saya baca ala kadar je and tak ikut apa yang ada dalam e-book tu. Saya mmg follow Kevin di Twitter and dapat tahu pasal Cabaran i-Sihat. Saya menyertai program tersebut dan tahu cara betul bagaimana nak lose weight. Tetapi time tu tak jaga makan langsung and kurang exercise. Sampai lah 1 Jan 2012, saya mengikut 100% apa yang saya belajar dari Kevin dan turun 20kg dalam masa 8 bulan.

Diet Untuk Kurang 20kg dalam 8 Bulan

Saya akan makan 5-6 kali sehari. Breakfast, morning snacks, lunch, evening snacks, dinner, supper (depends on workout)

  • Usually breakfast akan ambil Overnight Oats, Roti sekeping with Peanut butter + Pisang, Fruit Smoothies or Chicken/Tuna Wrap.
  • Snacks, memang akan ambil buah-buahan.
  • Lunch kalau bekerja, nasi segenggam + ikan ATAU ayam + sayur.
  • Dinner pon mesti ada 1/4 pinggan carbs, 1/4 protein dan 1/2 pinggan sayur.
  • Supper ni depends, kalau workout malam, mmg amik pre-workout meal. Selalunya makan ayam tandoori, grilled salmon, baked chicken and semua tu makan dgn sayur.

Senaman Pelbagai: Indoor dan Outdoor.

  1. Kalau outdoor selalu ada kawan² teman. Aktiviti seperti jogging, swimming, circuit training and hiking.
  2. Kalau indoor/rumah selalu buat circuit training (dapat dari online) atau Focus T25 video.
  3. Kalau gym memang akan ke kelas seperti Zumba, Body Combat, Shbam, Energy Aerobic dan lain². Selain kelas, buat jugak cardio machines and weight machines.

Tip Farah Kepada Pembaca?

  • Makan 5-6 kali sehari.
  • Minum air banyak.
  • Amalkan segenggam carbs setiap kali main meal.
  • Jangan lupa sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Jaga portion nak makan sesuatu.
  • Jangan skip meals.
  • Exercise at least 3 kali seminggu.