Bila cerita pasal supplement makanan je, ramai orang yang nak tahu supplemen apa yang bagus atau tak, mahal atau sebaliknya dan yang paling penting, berkesan ke? Basically semua bergantung kepada diri anda sendiri untuk memilih dan mencuba supplemen apakah yang terbaik untuk tubuh. Tanpa diet dan gaya hidup am yang betul, suplemen Malaysia yang terbaik pun tak mampu memberi kesan yang anda harapkan. Oleh itu jom tengok trend supplemen yang popular di Malaysia yang membekalkan vitamin vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Berminat? Cubalah!

1. Herbalife

Boleh dikatakan produk Herbalife ini popular kepada penggemar suplemen di Malaysia. Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder ini merupakan produk pengganti sajian dengan membekalkan protein, karbohidrat dan lemak mengikut kadar kalori(lebih kurang) 40:40:20. Dengan herbalife ini, anda tak perlu pening mencari suplemen yang memberi kandungan nutrisi yang agak berbaloi tetapi bukan pada harganya. Well, terpulang pada anda sendiri yang menentukan. Herbalife boleh kurangkan berat badan?

[one_whole boxed=”true” animation=”Fade In” delay=”200″]Lebih lanjut: Herbalife atau API Fat Burner untuk kuruskan badan? atau Herbalife. Bagus ke untuk kurangkan berat badan? [/one_whole]

2. Jusmate5

Jusmate5 juga adalah salah satu supplemen yang dikatakan agak popular. Keberkesanannya bergantung kepada diri masing masing, ada yang berjaya ada yang tidak, yang paling penting pemakanan dan senaman secara am.

[one_whole boxed=”true” animation=”Fade In” delay=”200″]Topic Diskusi: Jusmate5 tu berkesan tak? [/one_whole]

3. Alpha Lipid SDII

Produk yang berasaskan soya protein isolate ini memberi nutrisi nutrisi secukupnya seperti asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. Sama juga seperti suplemen suplemen yang lain, tiada masalah untuk guna/minum Alpha Lipid SD II, tetapi anda harus tahu pantang larang berdiet dengan sesuatu produk yang termasuk pengambilan nasi, roti, pasta, buah, manis-manisan dan lain-lain sumber karbohidrat.

[one_whole boxed=”true” animation=”Fade In” delay=”200″]Info tambahan: Alpha Lipid SD II Berkesan dan berbaloi tak? [/one_whole]

4. Whey Protein

Whey protein merupakan bahan yang kaya dengan protein dan rangkaian amino asid yang lebih baik daripada putih telur. Diasaskan daripada product low fat diary dan sememangnya popular dalam kalangan yang selalu workouts bagi menaikkan kadar metabolisme, immune sistem, muscle repair dan sesuai untuk semua. Tak semestinya untuk weight training sahaja.

…saya sendiri menggunakan whey protein dalam diet harian kerana ia ekonomi, kurang kalori dan sumber protein yang baik …

5. Fat burner atau Pembakar Lemak

Kandungan caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain yang didapati dalam fat burner jenis thermogenik merupakah pilihan ramai orang di Malaysia. Fat burner jenis ini sesuai untuk meningkatkan metabolism ketika workout dan membakar kalori yang lebih. Sama seperti kopi, tetapi dinasihatkan mengelakkan pembakar lemak sekiranya anda tidak mahir dalam diet, tidak bersenam dan lain lain.

[one_whole boxed=”true”]Topic menarik: Adakah Fat Burner Selamat Untuk Diguna? [/one_whole]

6. Lecithin

Lecithin yang bertindak seperti ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier) tak kurang popularnya. Ramai yang menggunakan untuk membantu proses metabolisme, kolesterol dan lemak darah,juga untuk suplemen Malaysia untuk pengurangan berat badan. Berkesan ke tak? Anda yang mencuba ada penjelasan!

7. Acai Berry

Acai berry memang popular sejak 1-2 tahun ini melalui jenama seperti Monavie dan lain-lain. Acai berry memainkan peranan dalam meningkatkan sistem penghadaman, proses penuaan, kawalan berat badan dan sistem pertahanan. Ia adalah sumber fiber atau serat yang hebat.


Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

All author posts
Related Posts