[one_third boxed=”true”]Nama: Hjh Ummi Kulthum Bte Hj Awg Gani @ Wamieeyy
Umur: 27thn
Height: 150cm
Berat dahulu: 118.5kg
Berat sekarang: 79Kg
Perkerjaan: Guru
[divider line_type=”Small Line” custom_height=””] [button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”small” url=”http://cabaranjomkurus.com” text=”Sertai Cabaran Jom Kurus” color_override=””] [/one_third]Hari ini (14 Jun 16), perjalanan saya berusia 9 bulan. Semakin jauh saya berjalan dan hampir berjaya kurangkan 40kg dari 118kg ke 79kg. Semakin kuat rintangan yang menghalang. Mental dan Fizikal juga terkadang teruji tanpa di duga. Terduga, tanpa di sangka. Tapi saya tetap melangkah dan tidak mengalah. Meski hati terkadang tercabar. Namun tetap berusaha utk tabah & sabar.

Suatu masa dulu, saya pernah beranggapan benda seperti ini mustahil untuk berlaku.

Saya sebenarnya sudah lama mahu ikut serta di dalam Program Jom Kurus Brunei, sering menonton rancangan realiti TV (biggestloser) and mengikuti Program Jom Kurus Satu Malaysia dan pernah terdetik didalam hati “kalau nanti ada dibukakan di Brunei, saya nak join!”.

Lepas daripada itu, saya terserempak dengan post Kevin Zahri & CTL Brunei (AbbyAbdullah) di dalam Laman Instagram berkenaan JomKurusBrunei. Tapi tak join-join juga. Hahahaha.

Rasa takut, rendah diri dan malu

Saya mula ada hati mahu ikut sama tetapi disebabkan hati belum cukup kuat, niat belum tetap dan tekad belum kuat. Rasa takut, rendah diri dan malu juga mengatasi segalanya ?dan saya akhirnya membatalkan hasrat saya dan saya sandarkan segala impian saya pada kenangan..

Tapi tiba suatu saat, sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan kakitangan perkhidmatan awam. Tekanan darah saya agak tinggi, BMI saya juga ditahap yang cukup membimbangkan. ‘OBESE’ tahap tertinggi!

“Kau nak cepat mati?”

Bila doktor tu kata: “Jantung kau ni kecik, jantung kena kerja lebih sebab kena salurkan darah keseluruh badan dan itu boleh mnyebabkan jantung cepat rosak dan mudah terhenti. Sebab tu tekanan darah kau agak tinggi”. Dia siap warning lagi,”Kau nak cepat mati?” Kata-kata tu menusuk ke jantung dan kalbu saya. Tapi saya belum sedar2 jugak! Tambahan lagi, mungkin disebabkan orang-orang dsekeliling saya dapat menerima saya seadanya dan saya terima takdir Tuhan dengan hati terbuka..

Berat badan menyekat pergerakan ibadah saya

Akan tetapi, Hari demi hari, saya rasa tahap kesihatan saya kian merosot dan agak membimbangkan.

Berat saya kian meningkat dan bertambah! Badan cepat terasa lelah dan pernafasan terasa pendek dan semput. Fizikal saya juga agak menyekat pergerakan saya dalam beribadah, kerana pergerakan yg agak terbatas dan mudah terasa lelah & letih disebabkan oleh faktor fizikal& gangguan kesihatan yg saya alami.

Saya kuatkan tekad untuk berubah.

Jadi apabila CTL Abby Abdullah keluarkan iklan dalam media sosial instagram. Pendaftaran Jom Kurus Brunei dibukakan lagi untuk musim yg ke3, sepatutnya saya terus daftar tapi saya masih agak ragu dan takut tambahan lgi rasa rendah diri yang begitu tinggi mengatasi segalanya!

Inspired dengan kisah Aizat Razak

Lepas tu saya ‘stalk’ website sifu Kevin Zahri dan begitu tergerak hati dengan satu kisah ‘success story’ JK1M ,iaitu kisah Aizat Razak yang kurangkan 125kg. Kisah itu juga merupakan kisah pertama saya baca, terharu dengan kegigihan dan pengorbanannya dan terinspirasii dari kisah perjuangannya!

…saya berbisik dalam hati kecil saya, “Kalau Aizat dgn berat badan 220kg ni boleh buat, knpa saya yg cuma 100+ ni tak boleh?…

Tapi bisik-bisikan negatif halus juga turut berbisik di telinga saya, seiring dengan semangat saya untuk berubah! “Aizat tu lelaki.. lelaki senanglah nak kuruss” dan bermacam-macam lagi yg bermain difikiran saya ketika itu. Huhuhu rasa semangat yang bekobar itu kian memudar. Tapi saya baca semula kisah-kisah success story di kevinzahri.com dan akhirnya,saya tekad untuk berbuat sesuatu, saya kena mulakan langkah diri sendiri!

Ogos 2015 – “Saya Boleh Berubah!”

Bermula Ogos 2015, berkali-kali saya cuba untuk menghubungi CTL AbbyAbdullah, tapi berkali-kali saya hang-up dan batalkan niat. Tiap kali hendak kirim teks melalui WhatsApp, tiap kali itu jugalah cepat-cepat saya hapus kerana takut dan tidak percaya diri. Hari demi hari, slot kosong yang dibukakan kian surut: 10 slots.. 8 slots.. 6slots.. 5slots.. 4 slots.. Huhuhu saya takut tak sempat nak join!

Saya kembali mencari semangat untuk berubah yg kian hilang dimakan arus waktu. Saya baca semula kisah-kisah kejayaan JK1M dan menelusuri gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam Jom Kurus Brunei. Saya kuatkan tekad sekali lagi dan saya berusaha mengenepikan tanggapan-tanggapan negatif yang bermain di minda saya. Saya katakan pada diri saya sendiri “Saya Boleh Berubah! Saya mesti buktikan saya boleh berubah! Kalau tidak sekarang, bila lagi?”

[one_whole boxed=”true”]Akhirnya pada 23 Ogos 2015, saya menghubungi CTL AbbyAbdullah untuk tempah tempat untuk #JomKurusBrunei musim ketiga. Alhamdulillah. Saya sempat book 1 slot terakhir![/one_whole]

Pada 24 Ogos 2015, saya join contest #kenapasayamasukjomkurus yang dibuat oleh AizatRazak dan saya juga tak sangka boleh terpilih menjadi salah seorang daripada 5 peserta jomkurus dan berpeluang mendapat bimbingan dan nasihat melalui online coaching bersama beliau.

Di Jomkurus juga. Alhamdulillah. Saya dterima baik oleh TeamLeader2 & peserta2 lain. Namun ada kalanya, diri terasa malu. Disebabkan segala pergerakan saya agak lambat dibanding dengan peserta lain dan terkadang saya turut beranggapan, saya menjadi beban kepada mereka. Tiba suatu ketika, saya katakan pada diri sendiri.

“Biarlah lambat, yang penting aku buat!! Pedulilah apa orang nak kata. Yang nak berubah saya, dan bukan mereka”.

Perjalanan ini tidak mudah dan ianya juga tidak susah.

Tapi syukur kehadrat Allah Hingga ke detik ini, Mereka semua tak pernah tinggalkan saya! Dalam program JomKurus ini jugalah saya temui adanya cinta dan kasih sayang sesama peserta dan TeamLeader. Kami semua mempunyai satu misi satu matlamat, berganding bahu & berjalan seiring waktu menuju ke arah warga sihat.

Saya putuskan untuk terus melangkah walau apapun rintangannya. Saya berusaha menghakis dan menepis suara-suara halus dan sumbang yang memandang rendah pada impian saya untuk berubah. Jujur saya katakan, perjalanan ini tidak mudah dan ianya juga tidak susah. Saya cuma nak buktikan pada semua. Saya berhak dan saya layak untuk berubah. Bukan untuk memuaskan hati mana2 pihak dan bukan juga bertujuan utk menyakitkan hati sesiapa.
.
Saya juga manusia biasa. Meski saya kelihatan gembira dan bahagia. Ada kalanya saya juga tiba ke suatu tahap “Now It’s my time”? Ada kalanya saya juga meroyan kerana adakalanya angka timbangan tak berpihak pada saya. Proses agak terhuyung hayang dan pencapaian tak berjalan seiring harapan sepanjang masa. Saya selalu gak pegi kat Aizat Razak and team leader yang lain untuk mengadu dan minta pandangan dan nasihat dan seringkali juga mengikut garis panduan ebook & video dari Kevin Zahri, agar kembali bersemangat.

Ingatlah, perjalanan ini adalah satu perjuangan. Perjuangan demi sebuah kehidupan. Turun naik berat adalah perkara biasa, meroyan juga seringkali menyapa. Tapi, saya tetap berusaha dan terus melangkah tanpa mengalah. Saya sentiasa bersyukur dengan segala perancangan Allah. Saya yakin Perancangan Allah untuk saya adalah jauh lebih hebat daripada apa yg saya rancangkan untuk diri sendiri.

Detik demi detik.Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Saya terus menetapkan misi dan target secara perlahan-lahan tapi pasti dan apa yg penting ialah ‘target’ mestilah sesuatu yang ‘logik’ dicapai oleh akal. Jangan terlalu membuat penetapan target terlalu tinggi. Dan jangan menetapkan tujuan utk jangka masa pendek sahaja.

Perjuangan ini, untuk seumur hidup. Dan bukan untuk 6 minggu sahaja..

Sasaran Penurunan Berat Badan

Dibawah ini adalah contoh target2 yang saya tetapkan sendiri dan Alhamdulillah telah saya capai …
#MisiBawah100 ? (04 Jan 16)
#MisiBawah90 ? ( 27 Mac 16)
#MisiBawah85 ?( 17 Mei 16)
#MisiBawah80? ( 11 Jun 16)
Misi2 seterusnya akan berjalan..Dan akan terus berjalan. Insya Allah. Saya mohon doanya..

Memulakan langkah pertama dan memulakan tekad untuk berubah. Memang agak susah di permulaannya tapi insya Allah dengan semangat kuat, segalanya pasti akan tercapai, mungkin bukan hari ini, mungkin besok dan mungkin nanti. Insya Allah. Jangan lupa untuk Mohon kepada Allah, meminta dipermudahkan segalanya :) Restu dan Doa dari kedua Ibubapa juga perlu. Usaha kita biarlah seiring dengan doa dan tawakkal juga jgn dilupa.

Akhirnya, selamat berjuang buat semua peserta-peserta cabaran Jom Kurus Brunei dan Jom Kurus 1 Malaysia.

Cari sahabat2 yg sama matlamat. Agar kita tidak bersendirian dan mudah cepat meroyan. Dan jangan lupa untuk sentiasa kembali merujuk kepada mereka2 yg pakar untuk meminta nasihat dan pendapat. JANGAN ketepikan mereka2 yg bersamamu di detik2 awal perjuangan, meskipun sekarang kau sudah berjaya menapak megah dimana2 sudut penempatan…Kita kena sentiasa ingat, Tanpa mereka… Kita juga bukan siapa2!
.
Sihat itu Penting
Kurus itu Bonus!
.
Terima kasih Allah, Terima kasih buat keluarga saya,Terima kasih Kevin Zahri, Abby Abdullahm Team Leader Brunei, Aizat Razak, peserta-peserta Jom Kurus Brunei and terima kasih buat sahabat-sahabay NS’.

With Love From :
@wamieeyy

wamieeyy-jomkurus-brunei-5wamieeyy-jomkurus-brunei-4wamieeyy-jomkurus-brunei-2wamieeyy-jomkurus-brunei-1wamieeyy-jomkurus-brunei-3wamieeyy-jomkurus-brunei-6

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

View all posts