Ini adalah post yang pertama untuk cabaran January 2013 saya, di mana saya ingin menceritakan serba sedikit tentang diri saya.
Tiada kesederan dan rasa malu
Saya merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik dan hampir segalanya yang saya ingini akan dituruti oleh keluarga saya termasuklah dari segi pemakanan. Saya sendiri tidak sedar akan kepentingan menjaga pemakanan seimbang dan tidak kisah tentang penjagaan badan. Walaubagaimanapun, saya seorang yang aktif ketika zaman persekolahan sehinggalah ke alam universiti dimana saya banyak menyertai aktiviti sukan seperti bola baling, futsal dan badminton. Selepas saya graduate pada tahun lepas, saya kembali bersendirian di rumah dan mencari pekerjaan. Saya berasa malu jika hendak menghadapi interview kerana fizikal saya yang besar dan tidak mampu berfesyen untuk ke pejabat. Hanya mengenakan baju kurung jika pergi interview. Bagi saya, penampilan juga memainkan peranan penting untuk berjaya.
Tertekan
Saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat Sarjana di UiTM Shah Alam. Saya hanya ditugaskan untuk membuat penyelidikan dan menghadap komputer untuk menyiapkan thesis dan kurang aktiviti ke kelas dan sebagainya. Hal ini telah membuatkan berat badan saya mencecah 100 kg pada bulan 2 awal tahun ini. Ianya amat menyedihkan bagi diri saya kerana saya kurang berkeyakinan terhadap penampilan saya dan juga berasa malu untuk keluar bersama rakan-rakan. Ianya membuatkan saya tertekan sangat kerana saya bukan lah orang seperti ini sebelum-sebelum ni.
Semuanya bermula bulan March 2012
Pada bulan 3 baru-baru ini, saya pergi mencari info di internet tentang penjagaan berat badan. Semangat saya membuak ketika melihat kejayaan-kejayaan kurangkan berat badan di laman web Kevin Zahri. Saya mula mengikuti twitter beliau dan sehinggalah membeli ebook beliau. Banyak maklumat yang saya terima daripada hasil bacaan saya. Dari situ, saya mulai sedar saya harus mencapai matlamat saya dan bukan sekadar berangan kosong yang akhirnya tidak membuahkan hasil. Oleh itu, sepanjang tempoh ini, saya harus mencapai berat ideal sekalgus memenuhi masa muda saya dengan aktiviti yang berguna agar dapat mengembalikan keyaknan, semangat dan harga diri saya.

Saya yakin, ramai yang berada diluar sana mempunyai keazaman yang kuat dalam mengurangkan berat badan agar memenuhi impian dan matlamat iaitu mencapai berat badan yang ideal yang diidamkan.
17 comments
Good luck, Kaka! You can do it, dear! 😀
Yeahh! haha. thank ya!
waahh..tahniah kaka..!ni yg buat x nak putus asa ni..:)))
please don’t dear. :)) Just keep it up!
All the best for you.
wow, thank you! ;))
Semoga berjaya Kaka..!! ??! ??! (Jia you Jia You!) ^^
You too! hehe. btw, can i get your email address?have something to discuss. thank you.
good job kaka..i pn nk jd mcm u lah 🙂
Thank you FF, jom lah! kita same2 achieve our target. 😉
qaqa! need isnpiration more!huuhuu :”(
tinggi kaka bape?
woahh can u share ur tips?
ye la kaka..share la cmne blh krus..lawa la da krus ni,saya pn nk jd cam awak 😉
apa pun…sama tak berusaha untuk dunia yang tak kekal ni dengan berusaha untuk akhirat yang kekal abadi…..tambah cantik lagi cik adik kalau bertudung.
salam…mcm mana keadaan awak sekarang kaka??…
Terlupa nak tanya Kaka masa seminar Kevin…adakah mencapai penurunan yang ideal atau masih berusaha …apa pun kak rose harap sangat Kaka turun berat badan …sebb chubby pun rupa dan cantek inikan pulak kalau sihat dan kurus!!! ^_^ goodluck Kaka!!