Masalah Kurus? 4 Langkah Untuk Tambah Berat Badan

Anda mengalami masalah kurus? Dah makan macam-macam tetapi tidak berjaya menambah berat badan? Cuba fahami dan ikuti empat langkah ini untuk tambah berat badan anda.

Saya sering menulis tentang tip-tip kurangkan berat badan tetapi sesetengah orang mengalami masalah kurus. Tidak dinafikan bagi mereka, sememangnya ia masalah yang memberi kesan negatif terhadap keyakinan dan lain-lain. Dulu pelakon Taylor Lautner pun mengalami masalah yang sama.

Apa susah, makanlah lebih!

Dalam seminar-seminar saya, itulah jawapan yang sering dilaungkan. Tapi kalau tanya si kurus, memang makan apa pun tak boleh. Penambahan berat badan perlukan pendekatan dan pemahaman yang teliti. Jadi bagi mereka yang tidak mampu beli eBook Panduan Tambah 5kg Dalam 10 Minggu saya, ikut dan fahamilah langkah-langkah berikut:

  1. Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR. DCR anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Anda boleh google laman web atau ikut pengiraan eBook saya.
    Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.
  2. Catat pelan pemakanan am anda. Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Anda boleh gunakan laman web cekodok.com saya ataupun rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut.
    Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.
  3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
    Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.
  4. Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
    Ingat: Kalau anda ke gym sekalipun, pastikan anda pandai execute senaman-senaman tersebut supaya dapat kualiti dan kesan yang diingini.

Berapa lama untuk tambah berat badan?

Kisah kejayaan untuk inspirasi: Yusri berjaya tambah berat 18kg dalam 18 bulan.

Kalau dibandingkan dengan proses kurangkan berat, tambah berat memang lebih lama kerana tiada senaman yang “tambah kalori”, ikut kepada eBook saya pun tajuknya adalah Panduan Tambah 5kg 10 Minggu.

Tapi katakanlah anda berjaya sekalipun, jangan berhenti mengamalakan langkah-langkah di atas, terutamanya jangan berhenti bersenam.

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.

17 comments

Kevin Zahri

I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 12 years experience. Over the years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur.

More about me here or follow me on Facebook or Twitter.