fbpx

5 Sebab untuk Hidup Sihat

Semua orang mahukan kehidupan yang sihat. Tapi ramai orang yang gagal untuk hidup sihat. Mengapa ini terjadi? Salah satu punca perkara ini terjadi adalah disebabkan kurangnya kesedaran di kalangan kita semua.
Terlalu banyak sebenarnya sebab dan alasan untuk hidup sihat. Dan setiap sebab dan alasan itu adalah bergantung di antara satu sama lain dan tak boleh dipisahkan sedikit pun.

Sebab ke – 5: Mengurangkan tekanan

Hidup yang sihat dan aktif dapat mengurangkan tekanan dan membantu menangani sebarang masalah dengan lebih baik. Tekanan boleh disebabkan oleh banyak faktor, antaranya: kerja di pejabat, makanan, keluarga, rakan-rakan, masalah kewangan, tidak cukup tidur, anak-anak, ibubapa, dan banyak lagi faktor lain. Kehidupan yang sihat adalah salah satu jalan terbaik dalam membantu menangani masalah seharian. Sebagai contoh, selepas bersenam, badan anda akan mengeluarkan endorfin yang akan membuatkan anda berasa lega, gembira dan berpuas hati. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari, ia pasti dapat mengubah hidup anda untuk selama-lamanya. Apabila anda menjalani kehidupan yang sihat, anda akan dapat menjadi seorang yang efisyen dan fokus dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Jika anda katakan yang anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, apa yang anda telah katakan sebenarnaya mempunyai maksud yang anda lebih rela tertekan dari melakukan senaman.

Sebab ke – 4: Membakar lemak

Kehidupan yang sehat akan membebaskan anda dari diet yang ekstrim atau ‘crash diet’. Lupakan tentang ‘crash diet’. Sebaliknya, buat sedikit perubahan pada corak pengambilan makanan seharian anda dengan niat yang anda ingin mengubah corak pemakanan anda untuk selama-lamanya. Tapi, anda perlu realistik! Makan makan yang seimbang dan sesekali anda boleh makan kegemaran anda. Semuanya bergantung kepada bagaimana anda mengawal diri dan berdisiplin. Kalau anda sedar akan kepentingan hidup sihat, anda boleh makan apa sahaja yang anda mahukan? Mengapa? Kerana hidup sihat merangkumi senaman yang mana akan membakar banyak kalori yang anda ambil semasa anda makan! 😉

Sebab ke – 3: Penambah tenaga

Amalan hidup sihat meningkatkan jumlah maksimum oksigen yang boleh digunakan oleh otot-otot sebanyak hampir 50%! Ini bermaksud bahawa lebih banyak tenaga dan kurang pergantungan terhadap caffein, sekiranya anda seorang heavy coffee drinker. Ini juga bermaksud yang anda perlu minum lebih banyak air yang sangat baik untuk semua sistem badan dan boleh meningkatkan daya ingatan anda.

Sebab ke – 2: Meningkatkan keyakinan diri

Malu kerana badan yang berisi dan gempal? Mulakan bersenam dan anda akan perasan yang badan dan minda anda akan bekerja bersama-sama. Walaupun anda melakukan senaman selama 5 minit setiap hari, pasti anda akan merasa sedikit yakin dalam setiap perkara yang anda buat. Anda juga akan perasan yang perasaan anda yang rendah diri akan diganti oleh satu perasaan yakin diri yang baru! Pada masa itu anda akan tahu yang keyakinan tinggi boleh memberi perubahan yang besar dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Sebab pertama: ANDA!

ANDA adalah sebab yang paling penting untuk menjalani kehidupan yang sihat. Jika anda sayangkan diri sendiri (akan mesti sayang diri sendiri!), kehidupan yang sihat adalah jalan yang terbaik untuk menunjukkan sayang anda itu. Ia membuktikan yang badan dan minda anda yang anda boleh melakukannya. Cuba anda tanya rakan-rakan anda yang sudah memulakan cara hidup yang sihat, adakah mereka berasa menyesal? Saya pasti tiada sesiapa yang menyesal! Mungkin anda akan terasa susah pada permulaannya, tetapi selepas 3 hari, anda akan dapat mula membina rasa bersemangat untuk meneruskan apa yang anda telah mulakan dan anda pasti akan rasa teruja untuk melihat hasilnya kepada seluruh hidup anda. Perspektif diri anda juga akan berubah dan anda akan dapat melihat sesuatu itu sebagai peluang yang ada, bukannya sebagai suatu halangan untuk anda melakukan sesuatu. Kehidupan yang sihat pasti akan sentiasa meningkatkan kualiti kehidupan anda!

Privacy Preference Center