fbpx

Acai Berry Scam?

Dalam 1-2 tahun yang lepas, kita sering dengar tentang kehebatan suplemen atau minuman acai berry sebagai miracle atau super food. Dalam ruangan Ask Kevin, saya juga ada bertanya – Berkesankah Acai Berry (monavie) untuk kurangkan berat badan?

Kalau rujuk kepada penjual dan iklan-iklan, ia menjanjikan pelbagai kebaikkan termasuklah kurangkan berat badan. Jadi jom kita kaji acai berry itu dengan lebih dekat.

Ada dia buah acai berry?

Acai adalah buah pokok kelapa dari hutan khatulistiwa negara Brazil. Rupanya seperti blueberry.

Kandugan nutrisi acai berry?

Kalori

Seperti buah beri yang lain, acai juga mengandungi kalori. Ikut info dari livestrong.com, 100g buah acai mengandungi 247 kalori tapi kalau ia dalam bentuk serbuk, 50g bekalkan 265 kalori (26g karbohidrat, 4g protein dan 16g lemak).

Pandai-pandai lah membaca fakta nutrisi atau supplemen facts.

Serat (fiber)

Acai memang merupakan sumber serat (fiber) yang hebat. Setiap 50g serbuk acai, bekalkan 26g dietary fiber (hampir 100% keperluan serat seharian). Secara am, buah beri yang lain pun merupakan sumber serat yang baik. Dan sepertimana yang kita tahu, serat penting dalam mengawal nafsu makan, kolesterol dan diabetes.

Antioxidants

Seperti buah beri yang lain, acai kaya dengan antioxidant yang bantu kurangkan kesan penuaan dan dikatakan dapat kurangkan risiko barah (cancer). Ada kajian yang memutuskan bahawa beri acai mempunyai nilai antioxidant (daripada Vitamin A) melebihi buah beri yang lain -cranberry, raspberry, blackberry, strawberry, or blueberry.

Jadi apa masalah suplemen acai berry? Bagi saya, bukan beri acai yang bermasalah dan di sini, pelbagai syarikat pengeluaran acai berry memberikan janji-janji manis yang tidak tepat.

Boleh ke acai berry bantu kurangkan berat badan?

Secara ringkas – tak jugak.

  1. Tiada kajian yang membuktikan bahawa acai berry mempercepatkan proses penurunan berat badan.
  2. Fiber is fiber: Yes serat penting dalam diet sebagai penahan nafsu makan tapi tak semestinya ia datang dari sumber acai berry.
  3. Fikir sendiri: Minum acai berry tanpa gabungan diet dan gaya hidup tidak akan berkesan TAPI diet dan gaya hidup aktifk TANPA acai berry berkesan. Penting di sini bukanlah acai berry tapi amalan pemakanan dan gaya hidup keseluruhan.

 … Minum acai berry tanpa gabungan diet dan gaya hidup tidak akan berkesan TAPI diet dan gaya hidup aktif TANPA acai berry berkesan! …

Harga dan MLM yang merepek.

Inilah masalah saya yang paling besar dan boleh dikatakan saya menyampah. Yes buah acai berry memang baik samalah seperti buah beri yang lain tapi apabila ia dipakej sebagai produk MLM dengan objektif keuntungan and harga yang melampau – ia betul-betul menghampakan.

Berapa kosnya? Antara produk acai berry yang paling popular di Malaysia rasanya is Monavie – daripada rujukan laman web, saya rasa 1 kotak (botol) harga dalam RM100 dan bekalkan 13 hidangan – jadi sekali minum dalam RM8! Mampukah anda?

…My problem with MLM dan health product combo is that focus is more on “mari kaya” … daripada “mari sihat” …

4 Lagi Janji Acai Berry yang tidak tepat (bukan tak benar)

1. Anti-penuaan

Nak tak nak kita semua akan tua. Yes, anti-oxidant memainkan peranan tapi gaya hidup dan pemakanan keseluruhan lebih penting.

2. Merendahkan Kolesterol?

Tiada suplemen mahupun ubat yang boleh jamin cegah atau kurangkan kolesterol. Ia bergantung kepada genetik, berat badan, pemakanan am dan lain-lain.

3. Pencegah Diabetes?

Samalah macam kolesterol. Tanda pengalaman pemakanan dan gaya hidup keseluruhan yang baik, acai berry sendiri tak tak mana.

4. Pencegah Kanser

Tiada suplemen yang boleh menjanjikan pencegahan kanser atau mana-mana penyakit. Ia tidak begitu mudah.

Privacy Preference Center