fbpx

Aizat Razak: JK1M mengubah kehidupan 360 darjah

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua.

Mohon maaf kerana lewat menyambung cerita. Komitmen kerja + workout menyebabkan tidak sempat berkongsi kisah di sini. Mohon maaf sekali lagi.

Berita gembira, kini berat saya sudah 184.4kg. Ini bermakna saya sudah hilang 35.6kg dalam masa 3 bulan lebih bermula 1 Januari 2014 yang lalu. Lihat semua sudah longgar siap dengan kasut sekali.

Seluar dah boleh masuk tangan.. Kasut dan macam pakai kasut mc donald.. So how? Syukur alhamdullilah.
Seluar dah boleh masuk tangan.. Kasut dan macam pakai kasut mc donald.. So how? Syukur alhamdullilah.

Semuanya bermula 11 Januari, secara rasminya saya menyertai JK1M siri 1 di Bangi. Berkenalan lah saya dengan keluarga baru saya dan team leader saya AKA Coach Aizzat Adnan. Orangnya ada di atas sana. Ini pula keluarga baru saya:

Pertemuan kali pertama
Pertemuan kali pertama

Dalam proses menguruskan badan secara sihat, formula utama dalam senaman adalah dilakukan secara progressive dan ikut kemampuan. Itulah yang diajar oleh coach saya dan sebab itu kami sangat suka dengan kaedah ini dan semuanya dilakukan dengan gembira dan kami semua menjadi gian untuk sentiasa mengeluarkan peluh! heheheh..

Sepanjang JK1M #1, banyak ilmu yang kami dapat dari coach Aizzat. Dari diet yang betul sehinggalah apa jua jenis senaman yang di ajar. Setiap hujung minggu Sabtu & Ahad sentiasa penuh dengan aktiviti yang memenatkan tetapi berbaloi. Apabila konsistensi dalam senaman, pasti stamina kita akan bertambah.

Alhamdulillah, memang JK1M mengubah kehidupan saya 360 darjah. Pemakanan saya dan juga hidup lebih aktif. Penting untuk diketahui diet adalah faktor utama untuk kita mengurangkan berat badan. Banyak ilmu yang saya dapat dan kita perlu sesuaikan dengan kemampuan kita. Coach saya pesan amalkan diet yagng boleh diamalkan dalam jangka masa panjang dan bukan yang pendek.

Bagaimana dengan pemakanan saya? perlu diakui pemakanan diet saya sedikit ekstrim dan alhamdulillah saya masih mampu mengamalkannya. Antaranya:

  1. Minum air putih sekurang-kurang 4L sehari (jangan minum malam nanti tidur tak tenang)
  2. Tidak mengambil makanan bergula, garam, minyak.
  3. mengurangkan pengambilan karbo. Setiap hari saya hanya makan 2 keping roti wholegrain bagi menggantikan nasi, yang penting kena ada karbohidrat.
  4. Sarapan dengan dua biji telur putih, salad, dan roti
  5. Makan tengah hari  dan malam dengan protien (ayam/ikan) yang dibakar/kukus/sup (make sure less oil ya) bersama sayur-sayuran yang dikukus atau direbus atau masak air.
  6. Snack sampingan – Epal hijau.

Ini yang saya amalkan hingga hari ini. Disipilin dan minda yang penting.

Awalnya memang saya menjaga pemakanan saya dengan ketat. Tapi apabila kita berjaya mengaktifkan diri kita dengan melakukan senaman, ini sedikit sebanyak saya melonggarkan sedikit amalan diet saya.

Tipu lah kalau saya tidak teringin macam-macam seperti mana yang orang lain dan saya makan sebelum ini. Saya ini peminat dessert. Pantang nampak.. pejam mata je habis. heheh jadi apa yang saya buat, kalau betul-betul teringin akan saya makan satu sudu kecil sahaja buat cukup syarat. Lebihnya saya beri pada kawan ataupun keluarga. Jadi, kita boleh makan apa sahaja yang diingini, tetapi portion / kuantiti itu perlu di jaga. Bak kata Kevin, Nasi Segenggam!

Banyak senaman dan aktiviti pembakaran kalori dilakukan. Nanti saya kongsikan. Sebelum itu saya kenalkan pula keluarga kedua saya JK1M #2 Bangi.

Bersama Keluarga Siri Kedua JK1M Bangi
Bersama Keluarga Siri Kedua JK1M Bangi

Seronoknya ramai kenalan yang mempunyai misi yang sama iaitu KURUS & FIT!

Ini wajah terkini saya jika dibanding Selfie Pertama pada 11 Januari lalu..

Merah - Jom Fit 12 Januari Pink - wajah sekarang 16 April
Merah – Jom Fit 12 Januari
Pink –  Wajah Sekarang 16 April

Perjalanan masih jauh dan masih panjang.. semangat perlu kuat. Insyallah semuanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.

 

 

Privacy Preference Center