Terima kasih kepada NiagaTimes atas Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2019 dalam bidang kesihatan & kecergasan. Anugerah telah diadakan pada 4 April 2019 bertempat di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Anugerah Personaliti  Industri & Usahawan Malaysia oleh NiagaTimes adalah program anugerah berprestij yang mengiktirafkan pencapaian usahawan-usahawan SME di Malaysia yang bersedia untuk terus maju di masa hadapan. Program anugerah SME ini adalah bertujuan untuk menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan.