Assalamualaikum Kevin,
Saya seorang ibu kpd 2 org anak dan sangat aktif bermain liga dan training bowling. pada bulan 3/2017 saya mengalami sakit tennis elbow dan doctor ortho menasiahti saya supaya berhenti bermain bowling selama 6 minggu dan perlu buat fisioterapi. saya hanya mampu berehat selama 4 minggu dan 4 kali fisio sahaja. kemudian saya mengambil suntikan steroid dan ia hanya bertahan selama 4 bulan sahaja kerana selepas suntikan saya aktif kembali bermain liga dan training bowling. kini saya mula merasa sedikit kebas di lengan dan kini berhenti bermain bowling sudah masuk 4 minggu. saya ingin aktif semula selepas 2 minggu akan datang tapi saya masih rasa sengal2 dan irritating pain di lengan kanan. apa senaman yang sesuai untuk saya lakukan dirumah kerana fisio di hospital kos nye sangat mahal. Thank you Kevin.