fbpx

Air Dan Senaman: Apa Yang Anda Perlu Tahu!

Apabila anda melakukan rutin latihan senaman, adalah penting untuk anda mengambil langkah untuk kekal hidrasi di sepanjang waktu tersebut. Ramai yang memandang remeh pada kepentingan penghidratan semasa program latihan senaman, sedangkan inilah salah satu faktor yang sangat penting dalam mempengaruhi prestasi anda ketka latihan tersebut.

Adalah suatu tindakan yang sangat merugikan jika anda tidak minum air yang mencukupi dan tidak minum jenis air yang sepatutnya.

Jom lihat apa yang perlu anda tahu tentang kepentingan air dalam aktiviti senaman.

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Perkara pertama, kita perlu tahu berapa banyak pengambilan air yang diperlukan. Adalah mustahak untuk anda meminum air yang mencukupi, tetapi awas jika anda minum terlalu banyak, ini akan menyebabkan kekejangan berlaku, dan menggugat kualiti prestasi latihan senaman anda.

Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak air yang perlu anda minum ialah dengan menimbang berat anda sebelum dan selepas sesi latihan senaman. Lihat berapa banyak berat yang kurang, dan itulah jumlah air yang perlu anda minum.

Namun, bagi kebanyakkan ahli sukan, cara ini tidak wajar untuk dipraktikkan. Oleh itu satu garis panduan perlu diletakkan.
  • 2 jam sebelum senaman: Minum air sebanyak 450-600ml auns adalah anggaran yang sesuai.
  • 15 minit sebelum bersenam: Kemudian minum lagi sebanyak 240-300ml. Ini akan memastikan anda berada dalam keadaan yang terhidrat, seterusnya memberi kualiti dalam senaman anda.
  • Semasa latihan senaman: Anda boleh minum 240ml air setiap 15 minit, untuk mengekalkan keperluan hidrasi tubuh anda.
  • Nota: Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, anda boleh tambah sukatan air sebanyak 300-360ml setiap 15 minit.

Adakah Air Kosong Merupakan Pilihan Terbaik?

Ada masa-masanya anda tidak semestinya meminum air minuman atau air kosong sahaja. Dalam kes-kes tertentu minuman tenaga untuk bersukan adalah pilihan yang lebih baik. Jenis-jenis air begini mangandungi potassium dan juga sodium, yang membantu memastikan elektrolit dalam tubuh anda berada pada tahap konsentrasi yang betul.

Saya sendiri suka gabungkan air glukos dan air mineral semasa bersukan. Tapi tidak pekat.

Malah ada juga minuman untuk bersukan yang mengandungi glukos tambahan untuk memberi tenaga. Oleh itu ia membantu mengekalkan kualiti prestasi senaman anda jika anda mahu bersenam dalam jangkamasa yang lebih panjang.

Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda akan pitam atau pengsan dan menyebabkan penurunan kualiti prestasi yang mendadak.

Gabungkan kedua-dua

Secara amnya, air kosong berguna pada 60 minit pertama, selepas jangkamasa itu anda mungkin boleh memilih minuman bertenaga. Tambahan pula jika anda beraktiviti sukan dalam persekitaran yang panas, menyebabkan anda akan lebih banyak berpeluh. Di sinilah anda memerlukan minuman bertenaga selepas 30-45 minit beraktiviti, untuk memastikan tubuh anda mendapat gantian elektrolit yang diperlukan.

Oleh itu pastikan anda bersedia sepenuhnya dalam menjaga keperluan hidrasi tubuh setiap kali melakukan aktiviti latihan dan senaman.

Privacy Preference Center