fbpx

Atkins Diet: Sesuai tak untuk anda?

Boleh dikatakan setiap hari ramai yang sering bertanya di Facebook atau Instagram mengenai kesesuaian amalan diet aktins untuk kurangkan berat badan bagi rakyat Malaysia. Jadi di sini saya ingin berikan beberapa panduan ringkas tentang diet atkins, cara ia berkesan, samada saya sendiri amalkannya dan lain-lain.

1) Apakah cara amalan Diet Atkins sebenarnya?

Diet atkins dipopularkan oleh Dr Atins pada 70an dan ia antara diet yang popular seluruh dunia tapi tidak terlepas daripada kritikan hebat dengan adanya pantang-larang yang extreme. Dalam seminar atau cabaran Jom Kurus, ia sering menjadi topik perbualan. Ia adalah diet that you either love or hate. Yang berjaya dengannya akan sokong tapi yang tidak berjaya cepat salah kan diet tersebut. But secara ringkas, ia adalah diet very low carbohydrate (hadkan pengambilan karbohidrat seharian ikut fasa dan nilai yag sangat rendah). Mungkin peratusan kalori dari sumber karbohidrat dalam lingkungan 5% jumlah pengambilan kalori seharian sahaja. Jadi kuantiti pengambilan nasi, roti, buah-buahan, mee dll sangat terhad.  Amalan diet atkins ini berbeza daripada balanced diet, di mana lebih 50% pengambilan kalori datang daripada karbohidrat.

…”The limitation of carbohydrates dalam Atkins diet sering menjadi point of discussion or kritikan”…

2) Boleh kurangkan berat badan?

Of course. Boleh dikatakan setiap diet, termasuk lah atkins, boleh membantu anda kurangkan berat badan. Kunci kejayaan atkins dan diet lain, bergantung kepada 3 aspek:

  1. Reduction of calories: apabila anda kurangkan pengambilan karbohidrat, anda juga kurangkan kalori. Setiap gram karbohidrate mengandungi 4kcal. Jadi kalau anda kurangkan 200g karbo setiap hari, itu bersamaan 800kcal setiap hari. Anda boleh rujuk eBook atau siri video online saya untuk panduan lebih lengkap tentang hubungan kalori dan berat badan.
  2. Kurang gemuk air: Kepada pembaca eBook gemuk air saya, anda pasti tahu bahawa 1g karbohidrat (glukos) perlu 2-3gram air untuk menghadamkannya. Badan tidak boleh glukos tanpa air. Jadi kalau anda amalkan diet atkins dan tiba-tiba hadkan pengambilan karbohidrat, badan akan flush air untuk sesuaikan diri dalam minggu pertama. But again this only happens dalam minggu pertama. Once you stop a low-carb diet dan kembali kepada balanced diet, gemuk air akan naik semula dalam minggu pertama. Ini bukan suatu yang patut menakutkan anda tapi it is something you should understand. Again, eBook saya terangkannya dengan lebih lanjut.
  3. Kawal nafsu makan: Kurang pengambilan karbohidrat yang cepat hadam (nilai glycemic index tinggi) akan bantu stabilkan hormon insulin dan glukos darah. Ini kunci untuk mengawal nafsu makan. Diet Atkins does a great job dalam membantu anda.
  4. Lain-lain. Sudah tentu fasa-fasa Atkins memainkan peranan penting to breakthrough weight loss plateaus tapi kunci utama keberkesanan atkins terletak pada point 1-3.

3) Sesuai tak untuk rakyat Malaysia?

Haha ini yang sering menjadi masalah kerana gaya pemakanan di Malaysia kaya dengan sumber karbohidrat seperti nasi, buah-buahan dan lain-lain. Now pada masa yang sama, gaya pemakanan ini juga menjadi punca naiknya kadar obesiti di Malaysia.

Sesuai atau tidak untuk rakyat Malaysia?

Untuk majoriti, pantang makan nasi, buah-buahan dan lain-lain biasanya menjadi the breaking point di mana ramai yang akan give up selepas beberapa minggu atau bulan. Tapi untuk yang lain-lain, amalan Atkins sesuai. End of the day, pilihan masing-masing. [/one_whole]

4) Adakah saya amalkan diet atkins?

Tidak tapi saya memahaminya. Saya tidak amalkan mana-mana diet yang tertentu. Kalau lah saya rumuskan my diet, ia boleh dirumuskan seperti berikut:

  • Makan sebelum lapar dan kerap
  • Setiap hidangan ada sumber protein yang baik
  • Setiap hidangan ada segenggam sumber karbohidrat yang berserat (kalau boleh)
  • Kalau saya nak makan chocolate or kuih sikit, saya makan. Tiada larangan yang tertentu.
  • My diet tiada fasa yang tertentu, melainkan ada photoshoot dan nak kurang gemuk air (so yes, kurangkan karbo dan garam dll pada masa itu)
  • I am in full control of my diet. Ia bukan untuk memuaskan orang lain but untuk keselesaan objektif dan nikmat gaya hidup saya yang tersendiri.
  • Ia berpanduan kawalan kalori, recovery otot (saya aktif) dan kurangkan gemuk air.

As I always mention dalam my seminars, jangan ikut mana-mana diet tapi build your own diet based on citarasa, keperluan dan objektif masing-masing. Problem is ramai yang ikut diet Atkins dan lain-lain dengan membuta. Kalau mereka berjaya, they are thankful kepada diet tersebut tapi sekiranya gagal, cepat untuk salahnya diet Atkins. Bukan salah diet tersebut tapi salah diri sendiri kerana hanya mengikut.

…”Kalau mereka berjaya, they are thankful kepada diet tersebut tapi sekiranya gagal, cepat untuk salahkan diet Atkins”…

[one_whole boxed=”true” animation=”Fade In” delay=”100″]

5) Jadi apakah nasihat saya kepada pembaca tentang diet Atkins?

Nasihat saya mudah: Jangan ikut mana-mana diet, termasuk lah amalan diet Kevin Zahri sendiri. Keyword is “jangan follow” tapi fahami lah unsur diet Atkins, Paleo, blood type, diet seimbang dan bina lah diet anda yang tersendiri. Kalau anda “follow”, kebarangkalian besar ia tidak sesuai dengan cita rasa dan gaya hidup anda yang sememangnya unik!

Tapi sekiranya anda membina diet yang tersendiri berdasarkan pemahaman diet-diet di atas, anda boleh membina diet yang anda faham, gemari dan insyallah anda boleh amalkannya untuk selama-lamanya. But biar lah ada nikmat kehidupan!

Stay in control of your health, fitness and life!
[/one_whole]

aktins

Privacy Preference Center