Squat Jumps

Satu lagi variasi senaman squat tapi dengan lompatan. Dari kedudukan bawah squat, gunakan otot peha untuk melompat ke atas ikut kemampuan anda. Pada masa yang sama, gunakan tangan untuk seimbangkan dan luruskan badan semasa melompat.

Amaran: Senaman squat jump agak tinggi impak (high impact) dan tidak sesuai untuk mereka yang bermasalah
lutut, sendi, mengandung atau baru mulakan program kecergasan. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya anda was-was.