Saya dalam proses menurunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan pegambilan makanan yg tinggi serat dan dalam masa yang sama dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk harian saya.

Adakah oat boleh memudaratkan jika diambil setiap hari? Boleh dikatakan sy ambil oat nie setiap hari pada waktu makan tengahari… Boleh dikatakan sy gantikan oat nie dengan nasi. Tapi sy masih lagi amalkan mkn nasi tetapi hanya kadang2..

Pola pemakanan harian sy lbh kurang seperti dibawah :-

Pagi :-
– 3 keping Gardenia Wholemeal Bread
– 2 biji scramble egg
– 1/4 bawang besar
– Carrot
– 1 sudu minyak
– Sedikit black pepper / penambah rasa

Tengahari :- (Bubur oat)
– Kurang 10 sudu makan oat
– Carrot
– Kiub ayam
– Kubis
– Cili
– Air secukup rasa

Malam :- (Sup sayur – Jika lapar)
– Sayur-sayur yg sy rasa nk mkn.
– Semua dalam sukatan utk seorang makan.

Tapi malam sy dah jarang makan sbb makan oat tu mmg kenyang sampai malam… Air sy ambil dalam kadar yg diperlukan…macam Kevin ckp, tidak semestinya 3L-4L sehari..hanya perhatikan warna air kencing…

Cuma sy skrg dah obses dgn oat…kdg2 takut oat nie jika pengambilan terlalu berlebihan boleh memudaratkan proses penurunan berat badan..

FYI Kevin, lepas sy amalkan pengambilan makanan secara sihat dan teratur…mmg berat badan akan turun tanpa disedari.. Berat asal sy 68kg sekarang mencecah 59kg dalam masa lebih kurang 5 bln… Masih jauh dengan target yg saya inginkan tapi kena berpuas hati setakat ini sebab dalam tidak amalkan disiplin masih lagi boleh loss weight.

SAYA SANGAT MALAS UNTUK BERSENAM !!!!!!!

Senaman sy buat bila bosan shj…dan selalunya senaman yg sgt ringan… Sy cuma jaga pengambilan kalori supaya tidak lebih dr apa yg sepatutnya….

Sekian.

“Panjangnya..macam dah lari tajuk…. ^_^