fbpx

Guna Minyak Kelapa Untuk Kurangkan Berat Badan?

Memang tidak boleh dinafikan bahawa santan daripada buah kelapa mempunyai reputasi yang memang buruk dalam soal penjagaan kesihatan dan kawalan berat badan di Malaysia. Kenapa? Kerana ia tinggi dengan lemak tepu dan lauk-lauk seperi nasi lemak memang tinggi kalori. Tapi tidak semuanya negatif.

Samalah seperti buah fakta menarik durian sebelum ini, jom kita lihat fakta menarik buah kepala dalam pengurusan kesihatan diri.

  1. Tidak berkolesterol: Ramai yang sering mengatakan bahawa santan mengandungi kolesterol. Sebenar tidak. Kolesterol hanya boleh diperolehi dari sumber haiwan.
  2. Kaya dengan antioksida: Minyak kelapa muda atau extra virgin oil sering digunakan sebagai sebagai agen anti-penuaan dalam suplemen dan losyen.
  3. Lemak tepu yang sihat? Sememangnya minyak kelapa mempunyai peraturan lemak tepu atau saturated fat tinggi yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kardiovaskular. Sekarang di sini bukan soal ia sihat tetapi lemak tepu kelapa lebih baik daripada lemak tepu haiwan yang berkolesterol.
  4. Laurik Asid. Santan mengandungi fatty asid bernama lauric acid dalam kandungan yang agak tinggi. Laurik asid bantu meningkatkan kolesterol yang bagus iaitu HDL – high density lipoprotein.
  5. Tinggi Potassium: Mineral ini penting dalam mengkawal bendalir badan dan pada masa yang sama mengurangkan impak garam.
  6. Lebih 1000kcal: Kalau anda makan isi sebuah kelapa saiz sederhana, jumlah kalori lebih kurang 1400kcal. Banyak tu!
  7. Bantu kurangkan berat badan? Minyak kelapa merupakan pilihan minyak masakan bagi mereka yang ingin kurang dan kawal berat badan kerana ia mempunyai Medium Chain Fatty Acids (MCFA) vs Ledium Chain Fatty Acids (LCFA). Kebanyakkan minyak sayuran mengandungi LCFA yang lebih panjang dan tidak boleh digunakan untuk tenaga serta-merta. MCFA lebih pendek, mudah dihadam dan tidak perlu disimpan sebagai tisu lemak. Organ hati badan boleh guna MCFA terus sebagai sumber tenaga tanpa perlu menyimpannya sebagai lemak badan.
Tapi ingat: Setiap minyak ada kelebihan yang tersendiri. Pandai lah dalam memilih minyak yang sesuai dengan masakan, citarasa, bajet dan objektif anda. Also jangan lupa amalkan kesederhaaan dalam menggunakan apa minyak sekalipun – 1g tetap 9 kalori.
kalori-isi-daging-kelapa
Fakta nutrisi isi satu buah kelapa yang saiz sederhana.

Privacy Preference Center